saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 21/06/2014

Syira Lokman gadis optimis

BUKU menjadi peneman Syira tatkala ada kelapangan dan biasanya buku motivasi akan menjadi pilihannya.

Tidak salah sekiranya individu yang masih mentah berusaha berkongsi maklumat dan pengalaman dengan masyarakat. Itulah adalah perkara yang dilakukan gadis bernama Wan Syahirah Mior Lokman, 20. Gadis ini tidak menghiraukan tanggapan masyarakat tetapi tetap dengan pendirian menjadi mentor kepada generasi muda yang muda ataupun lebih tua daripadanya.

Anak perempuan tunggal daripada lima beradik ini sebenarnya mempunyai minat yang agak lasak dan sangat aktif ketika bersekolah. Jadi, tidak pelik mengapa Wan Syahirah atau lebih mesra dengan panggilan Syira menjadikan pengalaman hidupnya sebagai subjek utama dalam penulisan blog.

Mula menulis blog pada tahun 2011 sekadar suka-suka tetapi menjadi serius sejurus menamatkan zaman persekolahan selepas dia memikirkan hala tuju penulisannya. Pembaca boleh melihat sendiri perubahan atau perkembangan minda yang dijana oleh gadis ini dan ternyata dia semakin 'dewasa' sejajar dengan tahap kematangan gadis ini menghadapi era global.

Memiliki sebanyak 3,882 pengikut, ia menjadi kekuatan bagi Syira untuk meneruskan penulisan apabila ramai antara pengikutnya memberi kata-kata semangat. Kini, Syira dapat fokus kepada penulisannya kerana mempunyai banyak masa lapang sementara menunggu keputusan melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT).

Tambah menarik, gadis ini mempunyai impian yang sangat murni iaitu mahu memiliki sebuah yayasan kebajikan dan membukukan segala pengalamannya untuk menjadi insprasi, sekali gus memberi motivasi kepada orang ramai.

Bagi anda yang mahu mengenali gadis ini dengan lebih mendalam, tunggu apa lagi. Sila layari http://syiralokman.blogspot.com dan anda boleh menikmati pelbagai bahan bacaan yang sangat berguna terutamanya bagi gadis seusia dengannya.

- AZRIN/HANAFI KHAMIS

Gadis aktif dan lasak

Siapa kata perempuan tidak boleh lakukan apa yang lelaki mampu. Banyak yang telah saya buktikan terutamanya dari segi penglibatan aktiviti lasak di sekolah seperti kawad kaki. Saya pernah menerima anugerah Ketua Platun Kawad Kaki Daerah Kinta kerana berjaya membimbing rakan seperjuangan dengan cemerlang. Selain itu, saya juga pernah menyandang jawatan wartawan redaksi sekolah, pengawas pusat sumber, ahli pembimbing rakan sebaya, ahli lembaga koperasi dan banyak lagi. Tidak ketinggalan saya turut pernah dinobatkan sebagai Tokoh Khemah Ibadah dan juga Tokoh Sahsiah Terpuji. Kebanyakan pengalaman yang saya perolehi selama ini berkait rapat dengan bidang motivasi dan juga kaunseling. Sebab itu, saya memilih subjek Sastera dengan Pendidikan dan juga Kaunseling ketika memohon melanjutkan pengajian di IPT tempatan kerana saya bercita-cita menjadi seorang pendidik atau kaunselor.

Yakin mampu tingkatkan semangat pembaca

Setiap yang hidup pasti perlu menghadapi pelbagai rintangan. Bagi yang kuat akan ke arah positif manakala yang lemah pula lebih cenderung ke arah negatif. Bahan bacaan di blog saya menyediakan banyak entri motivasi yang dekat dengan kehidupan seharian kita. Saya yakin sesiapa yang singgah pasti akan mula bersemangat dan terus kuat untuk bangkit menjalani kehidupan dengan lebih ceria. Saya melihat apa yang berlaku di sekeliling dan kemudian menulis sesuatu yang boleh mengubah tanggapan masyarakat terhadap perkara yang menjadi kebiasaan serta membantu untuk berubah dan lebih maju ke hadapan. Bagi saya, majoriti tidak semestinya betul tetapi ia lebih kepada logik akal. Selain itu, setiap entri yang dimuat naik sesuai untuk semua peringkat umur dan saya menyediakan hadiah yang menarik untuk diberikan kepada pembaca yang menulis komen terbaik setiap bulan.

Melancong mematangkan diri

Saya suka bercuti. Jika tidak mempunyai masa, saya akan pergi membeli-belah. Keluarga saya kebiasaannya memilih destinasi dalam negara sebagai lokasi percutian kerana Malaysia tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan negara lain. Saya lebih cenderung untuk memahami budaya setempat dan juga merasai makanan tradisi di destinasi yang dikunjungi. Destinasi menarik yang saya pernah lawati adalah Vietnam. Bagi saya yang masih muda, saya berasa sangat seronok melihat persekitaran dan gaya hidup masyarakat mereka yang sudah pasti berbeza dengan masyarakat kita. Budaya mereka membuatkan saya berfikiran luas dan mensyukuri nikmat dan kurniaan yang Maha Esa. Aktiviti melancong ini dapat memberikan saya pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

Ulat buku sejak kecil

Sekiranya tidak menulis, saya gemar menghabiskan masa melayari internet serta mengunjungi pelbagai blok untuk mendapatkan idea di samping menyokong penulis lain. Selain itu, saya mempunyai minat membaca sejak kecil. Buku yang menjadi pilihan saya adalah berkaitan dengan motivasi dan juga kisah-kisah nabi. Ini kerana jika saya tidak tenang ataupun diselubungi masalah, saya suka mencari kata-kata motivasi untuk menaikkan semangat saya yang pudar sebelum itu. Jika tidak berjaya, saya akan bersiar-siar bersama teman rapat untuk berkongsi masalah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.