saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 08/10/2014

Atika gemar aktiviti lasak

BERGAYA penuh kewanitaan, mengenakan hijab dan bertutur lembut, Nur Atika Sani, 20, sebenarnya berperwatakan berbeza. Gadis ini amat menyukai aktiviti lasak sejak di bangku sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.

Amat sukar baginya untuk meninggalkan aktiviti lasak yang diminati seperti selam skuba, mendaki gunung, bersukan dan sebagainya.

Semasa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Bestari Jaya, Selangor, Atika pernah terpilih sebagai wakil sekolah ke pelbagai acara sukan peringkat daerah. Dia mengambil bahagian dalam bola baling dan olahraga.

Selain itu, dia sering dipilih mengikuti kursus-kursus membabitkan aktiviti ko-kurikulum seperti pencegahan jenayah, pengawas dan kepimpinan di institusi pengajian tinggi.

Kata Atika, semua aktiviti tersebut dilakukan secara sukarela kerana seronok.

Memandangkan dia seorang yang aktif dan lasak, dia langsung tidak berasa tertekan dengan aktiviti yang dijalani.

Berbeza dengan rakan sekolah lain yang mungkin akan mengelak jika terpilih menyertai aktiviti seperti itu kerana tidak mahu kulit menjadi gelap dan sebagainya. Namun bagi Atika, dia tidak pernah mengambil peduli akan hal tersebut.

Kedua-dua ibu bapa juga tidak menghalang malah menyokong minatnya itu. Begitu juga dengan abang dan kakak yang lebih suka dia menyibukkan diri dengan aktiviti berfaedah.

Menurut anak bongsu daripada enam beradik ini, keluarganya memang mengetahui akan minatnya. Biasanya anak bongsu akan mendapat lebih perlindungan daripada anak-anak yang lain namun bagi Atika, dia dilayan sama seperti abang dan kakak.

“Saya ini tidak berapa terserlah dalam akademik. Bagaimanapun saya memang aktif dalam ko-kurikulum dan menyertai semua acara sukan di sekolah sehinggakan semua guru mengenali saya.

“Kawan-kawan saya di sekolah pun ramai lelaki kerana sata lebih senang berkawan dengan mereka yang sama minat dengan saya.

“Bagi saya berkawan dengan perempuan leceh sikit kerana mereka asyik bercerita pasal teman lelaki, fesyen baju, hendak pergi menonton wayang atau berjalan-jalan. Saya rasa kurang selesa kerana membuatkan kita jadi tidak aktif.

“Kalau dengan kawan lelaki, mereka selalu merancang hendak melakukan aktiviti lasak yang saya sukai seperti berbasikal, mendaki bukit atau menyelam.

“Oleh kerana suka sangat dengan aktiviti lasak, saya pernah menyatakan hasrat kepada keluarga untuk menyertai polis bantuan.

“Bagaimanapun abang saya melarang kerana bimbang saya tidak tahan dengan latihan yang perlu dilalui," kata Atika yang kini bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat minyak kelapa sawit di Selangor.

Dia menambah, oleh kerana minat dengan aktiviti lasak, dia secara sukarela memohon untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Walaupun awalnya tidak diterima tetapi setelah tiga kali membuat permohonan, akhirnya dia dipanggil untuk menyertai program tersebut.

Teruja dan berasa seronok menyertai program tersebut, setiap aktiviti dilalui dengan lapang dada tanpa ada rasa terpaksa, penat mahupun rungutan atau sedih kerana berjauhan dengan keluarga.

Meminati program televisyen Fear Factor, Atika seronok melihat aktiviti lasak yang dilakukan oleh peserta program tersebut.

Setiap kali program tersebut disiarkan, dia tidak pernah ketinggalan menonton kerana ingin menimba ilmu pengetahuan bagaimana menjalani sesuatu aktiviti yang dijalankan.

“Pada masa kini, saya teringin sangat hendak mendaki Gunung Erau di Cameron Highlands. Kawan lelaki saya memberitahu ketinggian gunung ini mencabar kerana licin dan sejuk. Tempoh masa untuk mendaki sehingga ke atas mengambil masa selama dua jam. Apabila di atas, kita akan dapat melihat pemandangan yang cantik dengan kehijauan ladang the yang luas mata memandang. Suhu di atas memang sejuk dan boleh membuatkan kita menggigil.

“Setakat ini, saya belum berkesempatan lagi hendak ke sana kerana sedang sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan saya yang dijangka akan diadakan pada bulan Februari tahun hadapan," ujar Atika yang sudah bertunang dengan jejaka pilihan hati, Fadzlie Ramli.

Perkenalan melalui laman sosial instagram, dia tidak berasa usia muda menjadi halangan untuk melangkah ke alam rumah tangga.

Malah kata Atika, dia sudah bersedia dan menganggap usia 20 tahun merupakan usia yang sesuai untuk berkahwin jika hubungan tersebut direstui oleh kedua-dua belah keluarga.

Lagi pun tidak perlu melengahkan sesuatu yang baik jika telah ditakdirkan jodohnya telah sampai.

Mengenai Atika

Minat sukan bola sepak.

Sangat suka makan makanan pedas. Boleh ratah cili api sambil makan nasi.

Suka makan coklat.

Impian untuk membuka butik Muslimah.

Ingin menjadi seorang artis.

Bakal menjadi duta produk penjagaan muka.

Memiliki kulit cerah dan halus, kata Atika, dia banyak mengamalkan petua tradisional yang dipelajari daripada nenek dan ibu. Selepas mekap, dia akan menuam muka dengan tangan yang dibasahkan dengan air suam. Sebelum mekap pula, dia akan melembapkan muka dengan menyapu air.

“Saya juga mengamalkan banyak minum air suam, mengurangkan minum kopi atau minuman bergas. Minum air suam memang banyak kebaikan kerana membersihkan bahagian dalaman, menyegarkan wajah dan dalam masa yang sama mengelakkan kita daripada mengambil minuman manis," kata Atika yang mengakui tidak sukar menjaga kecantikan kulit mukanya.

Walaupun menyukai aktiviti lasak, Atika turut berminat dengan bidang peragaan, malah telah diperkenalkan dengan dunia peragaan, iaitu sejak berumur 16 tahun.

Waktu itu dia diperkenalkan oleh ibu saudaranya dengan seorang usahawan tudung yang kemudian mempelawanya untuk menjadi model tudung.

Atika juga pernah menjadi pelakon tambahan dalam beberapa buah drama tempatan seperti Bukan Bidadari, Ustaz Amirul dan Tanah Kubur.

Aktiviti lakonan dilakukan pada hujung minggu dan tidak mengganggu persekolahan.

Walaupun berasa letih namun kerana minat dan imbuhan yang diterima, dia menerimanya sebagai suatu pengalaman baharu.

“Saya sedar yang saya ini kasar. Oleh itu, saya cuba belajar cara bergaya melalui program-program model di televisyen dan melatih diri di rumah. Saya tidak pernah ke kelas kerana berpendapat jika rajin berlatih dan melihat gaya model-model terkenal tanah air dan antarabangsa, kita juga boleh melakukannya.

“Jika model antarabangsa, saya jadikan Tyra Banks sebagai contoh dan di Malaysia, saya menyukai gaya pelakon Scha Al-Yahya

“Sebenarnya apabila saya ingat semula, semasa kecil saya pernah ditanya oleh cikgu saya hendak menjadi apa setelah besar. Kelakarnya saya menjawab hendak menjadi mak andam. Seluruh kelas dan cikgu ketawa. Bagi saya mak andam dan model sama sahaja kerana kedua-duanya adalah berkaitan dengan kecantikan," kata Atika yang pernah menggayakan pakaian daripada beberapa butik pengantin dan Muslimah.

Gadis tinggi lampai ini pernah mendapat tempat kedua dalam pertandingan Oscar Award Malaysian Style, tempat kedua di pertandingan Pameran Pengantin Klang, memenangi tempat pertama pertandingan Dres Tercantik Jom Kahwin di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), juara model pertandingan Pakaian Pengantin di Mini Festival, Plaza Shah Alam dan kerap menjadi model fesyen dalam majalah dan akhbar tempatan.

Pakaian dan tudung BAKAWALI COUTURE, 1-110, JALAN PRIMA SG3/2, TAMAN PRIMA SRI GOMBAK, BATU CAVES, SELANGOR (03-61783753, 012-3547392)

Solekan YR MAKEUPARTIST TEAM (MAZ MAZZELLS, 019-3843944, INSTAGRAM Yann Rifft)

Nur Atika Sani

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.