saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 08/10/2014

Falsafah reka bentuk Scandinavia

Warna-warna tradisi ECCO seperti biru dan coklat gelap kekal untuk koleksi terbaharu musim luruh/dingin 2014 ini.

ECCO menyambut ketibaan musim luruh/dingin 2014 dengan gaya mewah yang disuntik dengan rekaan, inovasi, keaslian dan keperibadian dari wilayah Scandinavia.

Koleksi yang memaparkan pelbagai rangkaian kasut untuk mereka yang aktif tidak kira sama ada hidup mereka diinspirasikan oleh gaya urban atau alam semula jadi, profesional atau kasual, bergaya cergas atau santai.

Keseluruhan koleksi adalah gabungan eklektik penuh gaya memaparkan rekaan hibrid, efek digital, perincian dan penyerlahan sintetik untuk memastikan padanan yang ideal bagi setiap gaya dan saat-saat kehidupan.

Koleksi terbaharu ini juga menjangkaui sempadan palet warna biasanya, dengan dua rona luar biasa yang baru untuk menceriakan koleksi musim ini iaitu midnight blue dan green gables.

Namun, rona-rona tradisi seperti classic black, espresso, coffee, red burgundy dan rust brown turut dipaparkan bagi memenuhi ‘tanda dagang’ jenama tersebut.

Pengurus Jenama ECCO Malaysia, Walter Chan berkata, jenama tersebut sentiasa mencipta kasut yang menjamin keselesaan dan mengikut falsafah reka bentuk Scandinavia iaitu ‘kasut mesti mengikut kaki’.

“Apabila anda membeli sepasang kasut kulit ECCO, anda patut tahu yang kasut itu ialah sepasang kasut ultra-premium yang terus sesuai untuk kaki tanpa perlu mengambil masa untuk proses penyesuaian.

“Gayanya yang versatil dan keselesaan pada setiap koleksi membuatkan ia mudah dipakai dari siang ke malam tanpa perlu menukar kepada kasut lain," katanya pada majlis peragaan koleksi musim luruh/dingin ECCO, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

ECCO yang beribu pejabat di Denmark, kini mempunyai 25 buah butik di Malaysia.

Sementara itu, rangkaian paling bergaya untuk para wanita musim ini ialah kasut Touch 15 yang penuh gaya dan feminin.

Ia memaparkan bahagian atas yang direka dengan tangan daripada kulit yang lebih halus dan fleksibel, tahan kejutan, bertapak ringan dengan bahagian dalam yang dibentuk khas untuk keselesaan sepanjang hari.

Disebabkan sneaker kasual telah berevolusi menjadi hip dan sesuatu yang perlu dimiliki, ramai wanita di seluruh dunia telah memadankan gaya yang dahulunya agak ringkas dengan dres, sut, jean, mahupun skirt.

Sneaker kasual Women CS14 berinspirasikan retro, sesuatu yang perlu dimiliki kerana penampilan mampu menonjol dengan gaya tersendiri yang berani dalam apa jua suasana urban di sekeliling anda.

Mencabar kebiasaan dengan profilnya yang asimetrik, tekstur seiringan dengan warna, Sculptired 45W adalah elemen penggayaan unik yang dicari selama ini.

Sesiapa yang berasa kasut tumit tinggi kurang selesa untuk bergaya hebat ke pejabat, kasut tumit baji (wadges) menjadi pilihan tepat dengan kekemasan minimum yang disuntik padanya.

Untuk jejaka pula, ditampilkan ECCO Findlay, kasut kasual kemas dengan perincian riang untuk menambah gaya pada apa saja pakaian, dari denim ke sut kasual.

Koleksi Cairo pula memaparkan kasut formal klasik asas dengan perincian dan teknologi unik.

Turut mencuri perhatian, ialah koleksi beg yang memaparkan kulit premium dari pusat pemprosesan kulit ECCO.

Beg untuk wanita termasuklah Derna Clutch dengan inspirasi retro, cukup padan untuk mereka yang gemar berfesyen, manakala Sculptured Shoulder Bag pula tidak lapuk ditelan zaman.

Rangkaian elegan untuk jejaka pula penuh maskulin dengan Denio Messenger, yang lasak tetapi menggunakan perincian halus.ernataan gaya yang menyakinkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.