saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 08/10/2014

Pilih produk yang sesuai

Pelakon Scha Alyahya (tengah) turut berkongsi pengalaman menggunakan Dettol Body Wash pada majlis pelancaran produk tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Memiliki kulit yang sihat dan bersih adalah tanda kepada tubuh badan yang sihat. Namun, untuk memastikan kulit bersih dan bebas pencemaran bukanlah perkara mudah.

Keadaan cuaca dan iklim panas di Malaysia menyebabkan kita sentiasa terdedah kepada pelbagai pencemaran dan ancaman luaran seperti kuman serta masalah kekeringan.

Senior Konsultan Dermatologi, Dr Steven Chow berkata, faktor persekitaran seperti pencemaran, perubahan cuaca, diet dan penggunaan produk yang tidak sesuai, menyumbang kepada masalah kulit.

“Kebanyakan daripada kita mengabaikan cara penjagaan kulit yang betul. Kebersihan merupakan elemen penting bagi memastikan kulit kekal sihat dan mencegah daripada masalah bau badan.

“Rutin harian mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari membantu membunuh kuman dan menghapuskan segala kotoran yang melekat pada badan," katanya.

Beliau menambah pemilihan produk mandian dengan kadar p-h yang sesuai juga penting supaya kulit kekal sihat dan tidak menghakis permukaan kulit.

“Produk mandian yang sesuai dengan kulit membantu membersih dan membuang kotoran dengan mudah tanpa memberi kesan sampingan pada kulit. Hasilnya kulit lembab dan sihat

“Ukuran kadar p-h yang sesuai digunakan untuk semua peringkat umur adalah sekitar 4 dan 6 adalah kulit sihat

“Manakala produk mandian dengan kandungan acid, ukuran p-h antara 1 hingga 3 menyebabkan kulit kemerahan dan sensitif.

“Kadar alkali pula diukur pada tahap 8 yang memberi kesan kekeringan dan kulit pramatang," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Dettol ph balance body wash di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya lagi, terdapat beberapa amalan yang boleh diamalkan untuk mengekalkan kesihatan dan kelembapan pada kulit.

“Pastikan penjagaan kesihatan dikekalkan dengan rutin harian membersih menggunakan produk mandian dengan ph 5.5 dan menggunakan pelembap yang bersesuaian.

“Gunakan produk pembersihan yang membantu membunuh kuman selain elakkan diri daripada terdedah kepada sinaran matahari dengan kadar yang terlalu lama.

“Rawat kulit yang bermasalah dengan segera seperti kulit rosak, pigmentasi, jerawat menggunakan rawatan yang bersesuaian," katanya.

Selari membantu rakyat Malaysia memiliki kulit yang sihat dan bebes kuman, ienama produk antiseptik terkemuka Dettol, telah memperkenalkan produk terbaru Dettol ph Body Wash.

Produk yang telah diperbaharui dengan pencegahan 100 peratus bebas kuman dan bakteria turut memberikan kesegaran, kesihatan dan kelembapan pada kulit.

Pengarah Urusan RB Malaysia dan Singapore, Hina Nagarajan, berkata, misi jenama tersebut adalah untuk membantu rakyat Malaysia mengekalkan kulit yang sihat dan bersih.

“Sejak tahun 1992, Dettol sentiasa memastikan penjagaan kesihatan pelanggan menjadi keutamaan dengan melancarkan produk yang berinovatif dan selari dengan keperluan pengguna.

“Kami sentiasa memahami kulit yang sihat bermula dengan kulit yang cantik. Dengan sebab itu, kami melancarkan produk yang telah diperbaharui ini supaya pelanggan boleh menikmati hari mereka dengan bebas kuman, kulit yang sihat dan cantik," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.