saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 10/10/2014

Jiwa kental Farah

Farah Nadhirah Kordy

Pertama kali menyapa gadis manis ini, Farah Nadhirah Kordy atau mesra dipanggil Farahi, ialah di laman sosial instagram miliknya.

Ini disusuli pertemuan empat mata apabila dia menerima pelawaan untuk sesi temubual dan fotografi di Studio Utusan Malaysia, beberapa minggu kemudian.

Perwatakan dan senyuman manis yang dilemparkan saat pertama kali bertemu, pasti ramai tidak menyangka bahawa gadis berasal dari Kuala Lumpur ini sebenarnya pekak dan bisu.

Ketika sesi fotografi diadakan, dia nampak bersahaja malah tidak kekok untuk beraksi di hadapan lensa kamera dan mudah memahami setiap arahan jurugambar biarpun sekadar menggunakan arahan gerak-geri tangan.

Membuka rahsia, dia mengakui kebolehan beraksi di depan kamera sedikit sebanyak hasil berjinak-jinak dalam industri fesyen tempatan sejak beberapa tahun lalu.

Walaupun tulisan nota di telefon pintar menjadi medium kami berdua berkomunikasi, nyata ia tidak susah untuk difahami.

Sesekali kami juga cuba menggunakan tangan untuk berkomunikasi tetapi tidak dapat difahami dengan baik memandangkan saya tidak ada kemahiran bahasa isyarat.

Mengenalinya melalui mesej yang dihantar dengan sistem pesanan ringkas(SMS), boleh ditelah Farah adalah seorang gadis yang berani, berdikari dan cekal mengharungi hidup.

Walaupun mempunyai kekurangan, dia tidak pernah menganggap ia satu kelemahan sebaliknya menjadi pemangkin untuk terus menikmati kehidupan sepenuhnya.

Jadi tidak hairanlah dalam keadaan tidak boleh mendengar dan bertutur, Farah tetap berani melancong ke luar negara seorang diri.

“Saya suka melancong ke luar negara. Banyak negara sudah saya lawati, antaranya Australia, Korea Selatan dan beberapa negara Eropah. Kebanyakan negara tersebut saya lawati seorang diri.

“Walaupun seorang diri tanpa teman, pengembaraan saya setakat ini berjalan lancar dan masalah komunikasi tidak menjadi halangan besar.

“Satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila melihat keindahan negara orang. Selain dapat meningkatkan keyakinan diri, dapat juga menambah ilmu dan mempelajari budaya dan perbezaan hidup negara tersebut," ujarnya.

Farah juga mengakui berbangga dengan dirinya kerana hasil usaha dan kesungguhan menuntut ilmu peringkat diploma dalam bidang rekaan fesyen di Universiti Limkokwing di Cyberjaya, dia kini merupakan pembantu pereka fesyen di salah sebuah syarikat rekaan fesyen di ibu kota.

“Pengalaman bekerja sebagai orang bisu dan pekak agak mencabar terutamanya apabila mahu berkomunikasi dengan rakan sekerja

“Pada permulaan bekerja timbul sedikit rasa kekok, tetapi keadaan itu cuma sementara sebelum segalanya dapat diatasi hasil persefahaman antara satu sama lain.

“Tambahan pula, bahasa isyarat yang saya gunakan untuk berkomunikasi dengan mereka agak mudah dipelajari, lama-kelamaan orang sekeliling dapat faham dan mudah bagi kami untuk berhubung," katanya.

Kata Farah, layanan yang diberikan terhadapnya juga tidak ada beza dengan pekerja-pekerja normal lain.

Tidak timbul diskriminasi mahupun pilih kasih hanya semata-mata disebabkan dia tergolong sebagai orang kurang upaya (OKU).

“Hubungan saya dengan rakan sekerja juga sangat baik dan tiada masalah antara kami. Mereka banyak membantu saya terutama berkaitan dengan pekerjaan.

“Layanan dari majikan juga baik dan tidak timbul masalah besar bagi saya untuk berhadapan dengan situasi tertentu," ujarnya.

Ditanya tentang persepsi masyarakat sekeliling yang memandang rendah terhadap golongan OKU, dia sama sekali tidak mempersetujui andaian tersebut.

“Kami juga seperti insan-insan lain, dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan dalam diri. Cuma mungkin ada orang sekeliling yang menganggap sedemikian berikutan wujud segelintir OKU yang tidak bekerja atau tidak berdikari dalam kehidupan seharian mereka.

“Namun, bukan semua OKU seperti itu kerana masih banyak lagi OKU di luar sana yang sudah berjaya dan mampu hidup berdikari tanpa bantuan daripada mereka.

“Apa yang diperlukan oleh kami adalah sokongan dan pengertian dari orang sekeliling apabila melihat situasi yang sedang kami hadapi," ujarnya.

Ujarnya yang juga gemar berfesyen mengakui, tiada apa yang paling berharga buat dirinya sehingga berjaya sekarang berkat sokongan dan dorongan kuat yang diberikan oleh keluarga tercinta.

“Besar tanggungjawab yang perlu digalas kepada anak sulung terutama kepada ibu bapa dan adik-beradik

“Walaupun keadaan saya seperti ini tetapi sebagai kakak saya sentiasa menunjukkan contoh terbaik buat adik-adik. Saya rasa sangat bersyukur kerana dapat menamatkan pengajian seterusnya mendapat pekerjaan yang boleh membanggakan kedua ibu bapa

“Ibu dan ayah sentiasa menjadi pembakar semangat saya untuk terus berjaya dalam hidup. Mereka sentiasa menyokong saya dari pelbagai aspek," jelasnya.

Ditanya tentang pengalaman manis sepanjang hidupnya, Farah yang gemar menghabiskan masa lapang bersama rakan-rakan mengakui banyak perkara yang dilalui dalam hidupnya penuh dengan kemanisan dan kebahagiaan.

“Selain itu, saya juga bersyukur apa yang dilalui sepanjang hidup ini, cabaran dan dugaan banyak mengubah diri menjadi lebih yakin dan berani berhadapan dengan orang sekeliling

“Saya percaya kunci utama perubahan pada diri bergantung kepada diri kita dan cara menangani masalah yang dihadapi. Banyak perkara yang dilalui menjadikan diri kita bertambah matang," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.