saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 11/10/2014

Lela dan Teja koleksi Sometime

Beg tangan dan perempuan memang tidak dapat dipisahkan, apatah lagi ia bagaikan satu aksesori wajib yang disandang setiap daripada mereka setiap kali keluar rumah.

Jika diselongkar bahagian dalam beg tangan wanita, pasti kita akan menemui pelbagai barangan yang mereka simpan seperti dompet, alat solek, telefon, kunci rumah, kunci kereta, resit dan sebagainya.

Ia menunjukkan beg tangan adalah satu aksesori yang amat penting bagi mereka. Malah ada di antara penggemar beg tangan memiliki pelbagai koleksi beg tangan daripada pelbagai jenama.

Minggu ini, ruangan Trend menampilkan koleksi beg tangan daripada pengeluar tempatan iaitu Sometime. Jenama itu menampilkan koleksi terbaharu mereka, hasil inspirasi pelakon, pengacara dan usahawan berjaya, Sazzy Falak.

Di bawah jenama Sometime, Sazzy mengeluarkan dua rekaan beg tangan yang dikhususkan buat mereka yang berkerjaya dan mempunyai masa terbatas untuk membawa pelbagai barangan peribadi setiap kali keluar.

Dengan nama Teja dan Lela, beg tangan tersebut memberi pilihan kepada pengguna untuk menyesuaikan keperluan yang dilakukan seharian sama ada untuk ke kelas mahupun menghadiri majlis makan malam.

Teja bersaiz kecil seperti clutch dan boleh digayakan dengan beberapa cara sama ada dengan cara memegangnya, menjinjing, menggantung di lengan mahupun selepang di badan, membuatkan seseorang itu mampu bergaya dengan bebas.

Menggunakan tali daripada material besi bersadur warna emas yang tahan lasak, ia memberikan kesan yang mewah kepada beg tangan ini yang diserikan dengan stud yang dipasang menggunakan tangan.

Beg ini datang dengan pilihan enam warna yang mampu menyerlahkan gaya si pemakai.

Bagi koleksi Lela pula, beg ini bersaiz lebih besar dan mempunyai tujuh ruang menyimpan barang. Rekaan beg ini menyerlahkan gaya tersendiri.Ia tampil dengan dua pilihan tali samaada pendek mahupun panjang dengan tujuh pilihan warna yang menawan.

Kesemua beg tangan ini dihasilkan daripada kulit santatik yang berkualiti dengan harga yang amat berpatutan.

Pengguna boleh mendapatkan beg ini melalui laman web Sometime, www.sometime.com.my pada harga RM149 (Teja) manakala Lela RM189. - AMIRUL/FARIZWAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.