saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 11/10/2014

Hazzirah Izzati Dr. Falsafah termuda

"SETIAP anak muda perlu yakin pada diri sendiri. Kenal pasti minat dan kebolehan yang dimiliki kerana tiada siapa yang mengenali diri kita lebih daripada diri sendiri," begitulah kata-kata hikmat yang keluar dari mulut penerima Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) termuda di negara ini.

Hazzirah Izzati Mat Hassim telah mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) baru-baru ini, hasil daripada kejayaan hebat yang diraihnya seawal usia baharu mencecah 24 tahun.

Anak kepada pasangan Mat Hassim Daud dan Martinawati Salleh itu menamatkan pengajian di peringkat ijazah Ph.D di bawah program Ph.D Fast Track Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Matematik Tulen selepas menerima biasiswa MyPhD yang diberikan Kementerian Pendidikan.

"Langkah kanan saya menerusi akademik bermula dengan pencapaian 5A di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 1. Syukur, rentetan kejayaan itu diteruskan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai dan MRSM Bitara Pengkalan Chepa dengan memperoleh 8A menerusi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (7A1 dan 3A2).

"Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawar untuk turut serta dalam program Ekspres UTM-Mara di UTM selama enam bulan selepas tamat SPM. Berdasarkan keputusan percubaan SPM dan program tersebut, saya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah daripada Mara ," kata anak kedua daripada lapan adik beradik itu yang berjaya memperoleh Kelas Pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Kata Hazzirah Izzati, tiada ramuan disifatkan luar biasa dalam meniti kejayaan selain daripada mendisiplinkan diri supaya bertanggungjawab, menumpukan perhatian kepada perkara utama, bersikap matang semasa menyempurnakan tugas dan berfikiran terbuka dalam menerima pandangan orang lain.

Ujarnya, anak muda perlu berani untuk keluar dari zon selesa dan tidak gentar untuk berdepan kepayahan dalam mencapai kejayaan yang diimpikan.

Ketika ditanya mengenai objektif utama penghasilan tesis Ph.D bertajuk "The Homological Functors of Bieberbach Groups with Cyclic Point Groups of Order Two, Three and Five", beliau memberitahu ia bertujuan menentukan beberapa struktur matematik baharu bagi kumpulan kristalografi bebas kilasan yang dikenali sebagai kumpulan Bieberbach.

Sepanjang pengajian peringkat ijazah Ph.D, anak jati kelahiran Kubang Kerian, Kelantan itu bergerak aktif dalam memartabatkan budaya ilmu dengan menerbitkan beberapa jurnal berindeks dan tidak berindeks.

Malah, Hazzirah Izzati turut menyumbang kepada penerbitan buku bertajuk "Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis" . Ia antara penghasilan buku dan jurnal beliau yang mendapat kelayakan hakcipta daripada UTM.

Sementara itu, kecemerlangan kehidupan personaliti .com minggu ini juga tidak terhenti setakat di bidang akademik sahaja. Ini kerana dia baharu sahaja menamatkan zaman bujangnya selepas melangsungkan perkahwinan dengan Muhamad Najib Zakaria, 26, pada 13 September lalu.

"Bagi saya, tiada sebarang masalah berkahwin di usia muda. Usia hanyalah angka. Keyakinan bahawa kami telah bersedia dan restu kedua-dua ahli keluarga begitu penting dalam mempengaruhi keputusan mendirikan rumah tangga ini," katanya. - DHIYA'ZULHILMI DAUD

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.