FEMININ
ARKIB : 15/10/2014
Potongan ringkas, mudah dipakai

BERMULA dengan perniagaan selendang secara dalam talian pada tahun 2010, Butik Anggun Zara melangkah ke hadapan dengan membuka butik pada tahun lepas.
Dimiliki oleh pasangan suami isteri, Zac Zakaria dan Scha Md Nor, selendang yang dihasilkan mudah dipakai oleh mereka yang baharu hendak belajar memakai tudung.
Apa yang menggembirakan Zac dan Scha ialah selendang dan tudung Anggun Zara mendapat sambutan yang memang menggalakkan.
Mereka turut memuatkan tutorial cara memakai selendang rekaan Anggun Zara di YouTube yang diikuti oleh lebih sejuta orang pengikut.
Tahun ini, Anggun Zara menambah koleksi yang ada dengan menyediakan pakaian muslimah seperti dres satin yang semakin popular pada masa sekarang.
Dres yang dibuat potongan pada bahagian bawah dada ini kembang di bawah dan sesuai bagi digayakan oleh semua wanita termasuk yang sedang hamil.
Menurut Scha, dres satin ini tidak jarang, tidak panas dan amat selesa dipakai sama ada dalam ruang berhawa dingin atau tatkala berjalan-jalan.
Justeru, dres ini mudah dijual dan diminati oleh golongan muda mahupun oleh wanita yang berusia 50-an.
“Pada musim raya yang lalu, kami turut menyediakan dres ini yang dibuat dalam beberapa saiz, iaitu daripada XS hingga XL yang boleh dipakai oleh ibu dan anak yang ingin memakai sedondon. Saya memilih rekaan yang ringkas kerana mudah menarik hati pelanggan.
“Setiap rekaan terbaharu dibuat sebanyak 16 warna, iaitu lapan warna terang dan lapan warna lembut. Warna-warna terang yang kami ada ialah hitam, biru terang, biru kehitaman, hijau zamrud, jingga, merah terang dan sebagainya. Remaja biasanya menyukai warna terang sementara wanita golongan umur 30 hingga 50 tahun menyukai warna lembut.
“Bagi baju yang berwarna lembut sesuai digayakan bersama tudung berwarna gelap sedikit daripada warna baju dan baju berwarna terang sesuai dengan tudung warna lembut.
“Bagi memudahkan pemakaian, zip dibuat pada bahagian tepi baju. Dres kami juga sesuai untuk dibawa berwuduk," kata Scha yang menghasilkan sendiri rekaan pakaian di Anggun Zara.
Tambah beliau, terdapat dua rekaan dres, iaitu yang mempunyai renda di hujung lengan dan renda pada bahagian badan.
Baju yang berenda di hujung lengan dijual pada harga RM169 manakala bagi yang mempunyai renda di bahagian badan dijual pada harga RM189.
Renda Perancis menjadi pilihan kerana kualiti dan keindahan renda tersebut.
Walaupun hanya menyediakan saiz tertentu kata Scha, pada masa akan datang Anggun Zara akan menerima tempahan untuk saiz yang lebih besar.
Tampalan merawat masalah jerawat
Novel cinta 'lubuk' duit
Kraf cengkerang siput Pantai Sematan
Tudung perincian renda
Shakirah pakar pemasaran digital
Berkorban demi ibu
Inspirasi klasik moden
Potongan ringkas, mudah dipakai
Bergaya dengan snapback
Peluang tunjuk bakat
Duta wangian Avon
Sentuhan ringkas baju kurung
Lela dan Teja koleksi Sometime
Hazzirah Izzati Dr. Falsafah termuda
Jiwa kental Farah
Atika gemar aktiviti lasak
Falsafah reka bentuk Scandinavia
Pilih produk yang sesuai
Anggun bertudung manik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












