saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 15/10/2014

Bergaya dengan snapback

pemakaian topi snapback yang merupakan sebahagian gaya K-Pop.

Tidak dapat dinafikan trend fesyen anak muda masa kini tercetus daripada pengaruh muzik Korea atau K-Pop yang berjaya menembusi pasaran Malaysia malah dunia dalam masa yang singkat.

Penampilan artis Korea dilihat cukup menarik, sarat dengan elemen segar serta mempesonakan. Tidak hairanlah apabila ramai yang ingin meniru cara pemakaian atau mengambil inspirasi fesyen daripada idola pujaan masing-masing.

Pemakaian topi snapback yang dibawa dari Korea semakin digemari malah bersesuaian dengan cuaca di Malaysia yang panas terik, topi boleh dikatakan sebagai keperluan aksesori wajib untuk melengkapkan pemakaian seharian.

Snapback adalah perkataan urban yang digunakan untuk menggantikan perkataan topi dan caps. Pada kebiasaannya penggunaan aksesori ini dimonopoli oleh kaum Adam tetapi turut menjadi pilihan wanita moden pada masa kini.

Menyedari tiada satu pun rangkaian beli-belah dalam talian tempatan yang memfokuskan produknya kepada topi sahaja, Lee Pay Leng, 22, mengambil inisiatif itu untuk mewujudkan laman DOSSCAPS.

“Peminat-peminat KPop yang ingin memiliki topi yang dipakai oleh artis pujaan mereka terpaksa membuat pesanan dari talian antarabangsa yang mengenakan bayaran pos yang mahal.

“Dengan adanya pengedar dari Malaysia, ini akan memudahkan proses pembelian topi-topi berjenama seperti Teamlife, Premier dan Millitage dalam harga yang lebih murah serta berkualiti tinggi," katanya.

Pay Leng berkata, kebanyakan topi yang dijual di pasaran tempatan adalah lebih kepada fesyen jalanan Barat.

Justeru, DOSSCAPS ingin membawa kelainan dan nafas baru kepada industri fesyen jalanan ini dengan memperkenalkan topi snapback.

Padanan seluar denim dan baju panas (sweater) untuk penampilan gaya sporty, tambahan aksesori snapback pastinya lebih sempurna untuk keluar berhibur bersama teman-teman.

Dominan hitam dan putih dalam setiap rekaan membezakan mereka dengan aksesori topi dari jenama lain dan imej Korea yang dibawa dalam setiap rekaan menjadikan mereka jenama yang dipercayai bagi penggemar fesyen jalanan Korea.

Bermula pada harga serendah RM69 sehingga RM109, snapback tidak terhad kepada lelaki semata-mata, padanan snapback bersama skirt atau gaun memberi imej yang lebih comel dan anggun berbanding padanan biasa bersama sneakers atau kasut pumps.

Inginkan kelainan dalam bergaya menerusi koleksi topi snapback daripada boleh layari laman Instagram mereka, DOSSCAPS atau www.dosscaps.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.