saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 15/10/2014

Peluang tunjuk bakat

Ariffin Ahmad (tengah) menyampaikan borang penyertaan Pertandingan Jarum Belian 2014 daripada para pelajar Giat Mara kapada Pengurus Kanan Korporat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Nur Shafina Redzuan (kiri) sambil disaksikan Amirudin Jamian (kanan).

PERTANDINGAN Jarum Berlian 2014 anjuran Pancaindera Mingguan Malaysia, Mega Utusan Malaysia dengan penaja utama Majlis Amanah Rakyat (Mara) mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak.

Antaranya penyertaan daripada para pelatih dan tenaga pengajar Pusat Latihan Teknikal Giat Mara (Giat Mara) yang mengambil inisiatif menghantar sendiri penyertaan mereka ke pejabat Utusan Malaysia baru-baru ini.

Pegawai Kokurikulum Fabrik, Giat Mara Kuala Lumpur, Ariffin Ahmad, mengakui Pertandingan Jarum Berlian 2014 mendapat sambutan menggalakkan daripada pelatih dan tenaga pelajar.

“Sebanyak 130 penyertaan diterima dari 121 pusat Giat Mara seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Sokongan baik diberikan oleh semua pusat Giat Mara untuk menghantar penyertaan mereka setelah mengetahui pertandingan ini melalui siaran iklan dan juga maklumat dari pihak Mara sendiri.

“Penyertaan di pihak kami dibuka sehingga 25 September lalu sebelum ke semua penyertaan dihantar pada Utusan Malaysia," katanya.

Beliau turut ditemani rakannya yang juga, Pengajar Kanan Fesyen dari Giat Mara Titiwangsa, Amirudin Jamain.

Tambahnya lagi, Pertandingan Jarum Berlian 2014 merupakan platform terbaik kepada pelatih Giat Mara menonjolkan bakat mereka dalam dunia rekaan fesyen.

Sebelum ini, katanya, setiap tahun Giat Mara akan menganjurkan satu pertunjukan fesyen yang melibatkan 121 pusat di seluruh Malaysia.

“ Memandangkan pada tahun ini acara tersebut tidak diadakan, maka Pertandingan Jarum Berlian 2014 merupakan peluang terbaik kepada pelatih dan pengajar untuk bersaing secara sihat dengan pereka-pereka lain," katanya.

Melalui penyertaan tersebut, pihaknya berharap sekurang-kurangnya lima peserta akan terpilih ke peringkat akhir.

Pertandingan tersebut akan diadili oleh juri professional termasuk dua pereka terkemuka negara, Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini bagi pemilihan peserta peringkat akhir.

Pertandingan yang masih dibuka hingga 17 Oktober ini turut mendapat tajaan dari Noor Arfa berserta rakan strategik lain, Habib Jewel, syarikat kecantikan dan kosmetik Avon, One Communication, dan tajaan lokasi rasmi finalis pertandingan Jarum Berlian [email protected] Mara.

Dalam pada itu, mereka yang berminat memiliki hadiah telefon pintar tajaan One Communication boleh menghantar hashtag di laman instagram.

Mereka hanya perlu mengambil gambar yang paling menarik berdasarkan jarum berlian 2014 dan muat turun gambar tersebut disertakan dengan #jarumberlian2014.

Borang penyertaan Pertandingan Jarum Berlian 2014 boleh didapati dalam Mega Utusan Malaysia dan Pancaindera Mingguan Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:35
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.