saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 17/10/2014

Novel cinta 'lubuk' duit

[email protected]


Gambar abdul nazir mohamed">

“DALAM tempoh enam bulan, saya boleh dapat royalti sebanyak RM26,000 hasil jualan novel pertama saya." Ini adalah ayat yang diluahkan seorang penulis novel kepada saya semasa majlis pelancaran novelnya yang diadakan di ibu negara beberapa tahun lalu.

Masih melekat dalam ingatan, rupa-rupanya seorang penulis novel juga mampu ‘buat’ duit hasil daripada karya yang telah pun dibukukan.

Begitupun, untuk mendapat pendapatan sebanyak itu bukanlah satu perkara mudah kerana tanpa idea serta jalan cerita yang menarik, novel yang dihasilkan tidak mampu menarik orang ramai untuk membeli dan membacanya.

Kenyataan ini disokong kuat oleh seorang lagi penulis novel terkenal, Siti Rosmizah Semail, 42.

Cukup popular dengan genre cinta, Siti Rosmizah juga memberitahu, novel pertamanya, Andai Itu Takdirnya telah memberi pulangan yang cukup lumayan buat dalam tempoh setahun iaitu sebanyak RM55,000.

Nampaknya percubaan pertama tidak mengecewakan, malah dia, yang merupakan seorang peguam, tidak pernah menyangka hasil penulisannya akan mendapat sambutan di luar dugaan, kerana pada dasarnya dia bukanlah seorang penulis profesional dan tidak pandai untuk ‘menulis’.

Bertitik tolak daripada situ, dia meneruskan kerjayanya sebagai seorang penulis novel, lebih-lebih lagi apabila mendapat sokongan padu daripada para peminatnya.

Bercerita mengenai penglibatannya dalam bidang penulisan novel, ulas ibu kepada dua orang cahaya mata ini, ia terjadi secara tidak sengaja.

Ini kerana katanya, Andai Itu Takdirnya merupakan sebuah cerita berdasarkan mimpi yang dialaminya selama tiga malam berturut-turut.

Berbicara lebih lanjut mengenai mimpi yang menjadi titik tolak kepada minatnya itu, agak memeranjatkan apabila dia memberitahu, mimpi tersebut bersambung-sambung hingga menjadi satu cerita yang lengkap.

“Saya mula tertanya-tanya apakah makna mimpi yang saya alami itu dan saya ada menanyakan rakan-rakan tetapi kebanyakan daripada mereka mencadangkan agar saya jadikan ia sebuah novel dan bermula dengan sinopsis.

“Akhirnya saya memutuskan untuk menterjemahkannya dalam bentuk penulisan. Bermula daripada situ, terhasilnya Andai Itu Takdirnya pada tahun 2008 yang merupakan novel sulung saya," ujarnya ketika ditemui di syarikat penerbitannya di Rawang, Selangor, baru-baru ini.

Walaupun tidak pernah menyimpan cita-cita menjadi penulis mahupun memiliki pengetahuan dalam bidang penulisan, mimpi tersebut telah memimpin anak kelahiran Kuala Lumpur ini kepada penghasilan beberapa buah novel lain.

Hari ini siapa sangka, Siti Rosmizah telah memiliki tujuh buah novel yang dihasilkannya setiap tahun.

Bukan itu sahaja, dia kini turut memiliki syarikat penerbitan buku dan filem sendiri.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Siti Rosmizah mengakui, sifat kerjayanya yang banyak bergaul dengan orang ramai, terutama semasa mengendalikan kes-kes, menjadi antara faktor penyumbang kepada idea menghasilkan novel.

“Jika dilihat pada novel-novel saya seperti Cinta Kau Dan Aku, Lafazkan Kalimah Cintamu, 7 Hari Mencintaiku, dan Takdir Itu Milik Aku, jalan ceritanya lebih kepada kisah masyarakat setempat.

“Walaupun begitu, apa yang cuba diketengahkan dalam setiap novel yang dihasilkan ialah bertemakan cinta.

“Disebabkan itu jugalah saya terkenal sebagai seorang penulis novel cinta," tuturnya lanjut.

Mengambil contoh karya Takdir Itu Milik Aku, Siti Rosmizah memberitahu dia mengupas isu penderaan mental yang dilakukan oleh seorang suami.

Katanya, ia satu watak yang mungkin wujud dan jalan cerita novelnya boleh membawa elemen yang memeranjatkan pembaca.

Begitupun, dia turut mengetengahkan hakikat penderaan mental yang membawa impak lebih teruk buat mangsa sekali gus memerlukan pemulihan trauma yang jauh lebih lama.

Wanita yang meminati penulis novel dan skrip drama Sharifah Abu Salem ini mengakui, biasanya dia mengambil masa sekitar tiga bulan untuk menghasilkan sesebuah novel.

“Saya perlu mengehadkan tempoh masa penulisan dan memberikan deadline untuk menyiapkannya atas faktor kesibukan kerja.

“Jika saya tidak berbuat demikian, ia akan mengganggu tugasan saya yang lain dan atas faktor itu disiplin amat penting.

“Disebabkan itu jugalah saya hanya mampu menghasilkan sebuah novel setahun," ujarnya lagi.

Selain itu, Siti Rosmizah juga mengakui bahawa bidang penulisan novel mempunyai cabaran tertentu.

Baginya menjiwai watak-watak yang digarap, misalnya untuk watak sedih, dia perlu menyerap emosi kesedihan sebelum mula mengarang.

“Sebagai penulis, saya perlu beremosi seperti menangis dan sedih dalam usaha memberikan impak kepada diri pembaca.

“Begitu juga dengan watak komedi, perkara yang sama perlu dilakukan supaya pembaca yang membaca turut sama akan ketawa semasa membaca.

“Namun, untuk menghasilkan penulisan sebegini ia memerlukan komitmen yang tinggi sebab kita perlu hidup dalam dunia halusinasi seketika," katanya sebelum mengakhiri bicara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 6:59
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.