saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 17/10/2014

Kraf cengkerang siput Pantai Sematan

Hiasan dinding daripada cengkerang siput hasil kreativiti Dayang Sosita Awang Mat Deli.

Di mata orang luar kraf daripada cengkerang siput yang diusahakan di rumah mungkin nampak kecil, tetapi bagi Ana Saili, 56, ia cukup bermakna kerana tirai pintu, lampu gantung dan pelbagai cenderamata lain inilah yang telah mengubah kehidupannya sekeluarga.

Pertemuan dengan ibu tunggal lapan anak dari Kampung Siru, Sematan, Kuching, Sarawak itu, berlangsung apabila perusahaannya terpilih untuk dikunjungi dalam program lawatan media anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan) bagi mempromosi produk kraf dari negeri Bumi Kenyalang itu, baru-baru ini.

Rombongan media dari Semenanjung, dibawa menjejaki beberapa pengusaha kraf tangan di beberapa daerah pedalaman sekitar Sarawak, untuk melihat sendiri hasil kerja tangan mereka yang boleh dibanggakan.

Perjalanan selama dua jam dari Kuching ke Sematan semata-mata bagi melihat perusahaan produk kraf tangan berasaskan cangkerang siput yang diusahakan penduduk pesisir pantai.

Berkecimpung dalam perusahaan cangkerang siput sejak sekitar 1960-an lagi, Ana bernasib baik kerana kampungnya yang terletak berhampiran dengan kawasan pantai, memudahkan dia mendapatkan bekalan cangkerang siput.

Pada awal pembabitannya, dia mencuba menghasilkan tirai pintu dan apabila melihat sambutan yang menggalakkan, dia mencuba pula membuat lampu gantung.

“Permintaan daripada pelanggan semakin tinggi dan saya mengupah penduduk kampung dan saudara mara untuk bersama-sama membantu menyiapkan tempahan.

“Saya juga mendapat bantuan daripada Kraftangan yang banyak memberikan idea-idea baharu seperti pembuatan rantai kunci, kalung dan bunga daripada siput, malah penggunaan manik pada lampu gantung supaya tidak mudah berkarat dan tahan lama juga diajar kepada saya," ujarnya.

Menurut Ana, walaupun di kampungnya terdapat tiga kumpulan perusahaan yang sama sepertinya, dia tidak berasa terjejas dengan kehadiran kumpulan itu kerana masing-masing mempunyai pemborong dan pembeli yang tersendiri.

Dia juga akan memastikan kualiti cangkerang siput yang digunakan agar tidak mudah pecah dan boleh bertahan sehingga 10 tahun.

Untuk itu, dia akan mengenal pasti dahulu cangkerang yang diambil mempunyai warna yang menarik dan saiz yang pelbagai bagi memudahkan rekaan perhiasannya.

Membuat perusahaan yang sama, Dayang Sosita Awang Mat Deli, 43, dia memulakan perusahaan cangkerang siput sejak di bangku sekolah kerana minat untuk menghasilkan sesuatu menggunakan siput.

Melihat kepada kepelbagaian produk yang dihasilkan, dia mengakui sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti supaya produknya lebih pelbagai dan menepati sasaran pelanggan yang tidak mengenal usia, tua ataupun muda.

“Saya juga boleh menghasilkan lukisan menggunakan cangkerang siput dan produk seperti ini lebih diminati oleh pelancong luar negara. Kadang-kala saya cuba memenuhi permintaan mereka sekiranya ada masa terluang dan mampu dibuatnya.

“Produk seperti patung beruang lebih digemari oleh kanak-kanak malah ibu bapa juga datang membeli di sini untuk diberikan hadiah kepada anak mereka," katanya.

Wanita ini mendapat bekalan cangkerang siput dari Teluk Melano, Serabang dan pesisiran pantai di Lundu.

Menggunakan pelbagai jenis siput seperti siput lompat, siput rintik, dan siput panjang membolehkan dia berimaginasi dengan lebih mendalam sehingga mampu menghasilkan produk yang begitu halus dan teliti.

Seringkali menyertai pameran-pameran yang dianjurkan beberapa agensi tempatan untuk mempromosikan produknya, dari situ Dayang Sosiata mula membina jaringan perniagaan yang lebih meluas dan orang ramai mula menyedari tentang produk yang dihasilkannya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.