saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 18/10/2014

Marketplace, platform label fesyen tempatan pamer rekaan

ZALORA buat julung kalinya menganjurkan festival fesyen bersempena dengan pelancaran medium terbaru ZALORA iaitu Marketplace di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Destinasi fesyen dalam talian terulung di Asia, ZALORA buat julung kalinya menganjurkan festival fesyen bersempena dengan pelancaran medium terbaru ZALORA iaitu Marketplace di mana pelbagai label fesyen tempatan yang semakin mencipta nama berada di bawah satu bumbung untuk mempamerkan rekaan masing-masing.

Medium ini dicipta oleh ZALORA dan diperkenalkan kepada peniaga dalam talian yang direka khas untuk membantu dan memberi peluang buat perniagaan fesyen seperti kedai dalam talian, butik dan pereka baru untuk mempamerkan reka bentuk dan produk mereka ke seluruh Malaysia.

Medium ini telah berjaya menghimpunkan lebih 100 label tempatan buat pelanggan ZALORA sejak ia diperkenalkan April lalu. Koleksi daripada beberapa peniaga medium Marketplace telah dipamerkan di festival fesyen tersebut, sekali gus memberi media dan tetamu pratonton produk yang boleh didapati di marketplace.zalora.com.my.

Festival yang berlangsung selama dua hari itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti antaranya persembahan artis serta pertunjukan fesyen yang mengetengahkan bakat pereka serta label fesyen tempatan.

Tetamu juga dipelawa untuk melayari laman web ZALORA dan membeli barangan secara dalam talian dengan transaksi tanpa tunai di stesen membeli-belah digital di festival fesyen tersebut.

Pengarah Urusan ZALORA Malaysia, Giulio Xiloyannis (gambar) berkata, ZALORA sentiasa mencari jalan untuk membangunkan jenama mereka dan juga industri fesyen Malaysia seluruhnya, selain medium itu adalah komponen yang kukuh dalam strategi mereka untuk mencapai matlamat ini.

"Kami ingin menyokong kreativiti keusahawanan jenama-jenama ini melalui Marketplace seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan industri ini.

"Dengan adanya Marketplace, peniaga boleh menikmati faedah pemasaran yang kukuh dari semua saluran kami serta bantuan logistik. Dengan menyertai ZALORA, mereka adalah sebahagian daripada komuniti fesyen terbesar di rantau ini," katanya dalam majlis pelancaran Festival Fesyen ZALORA di Boulevard, Paradigm Mall, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Festival yang berlangsung selama dua hari itu memperkenalkan jenama-jenama tempatan seperti Hi Style, MilkTee, Starroom, Coccha, Nunfish, Covetz, POPculture, Lovemartini dan Earth Heir untuk pakaian wanita; Azzara Cottons, Muslimah Clothing Couture dan Closetheart untuk pakaian muslimah; Posse dan Hi Style untuk lelaki; serta Paku, Luccacal, 2553, Dosscaps, VSoft dan ChentaWatie Scarf untuk aksesori.

Koleksi terbaharu daripada para peniaga Marketplace kini boleh didapati di marketplace.zalora.com.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:34
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.