saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 18/10/2014

Tampalan merawat masalah jerawat

OXY memperkenalkan satu lagi inovasi hebat untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat iaitu Anti-Bacterial Acne Patch yang berkesan menentang jerawat dan menutupi jerawat pada muka.

Ia diformulasikan dengan bahan antibakteria yang terbukti mampu menghalang bakteria dan menyerap cairan isi jerawat untuk memberikan dua kali lebih kuasa.

Diperbuat daripada hydrocolloid yang bergred perubatan, ia berkesan menyerap sekresi berminyak serta nanah, sekali gus mengeluarkan isi jerawat seperti span bagi membantu pemulihan jerawat.

Dengan reka bentuk yang ultra-nipis iaitu 0.03cm dan warna yang hampir dengan warna kulit menjadikannya tidak ketara di permukaan kulit. Gunakan di bahagian berjerawat dan jerawat akan disamari dengan serta-merta.

Dengan lekatan yang kuat dan formula kalis air serta kalis peluh, OXY Anti-Bacterial Acne Patch bukan sahaja dapat kekal di permukaan kulit, malah mengelakkan jerawat daripada sentuhan jari dan kotoran yang boleh menyebabkan ia bertambah teruk.

Tampalan ini turut dirumuskan dengan pelindung UV bagi menghalang jerawat daripada sinaran UV berbahaya. Ia didatangkan dalam tiga saiz untuk merawat saiz jerawat yang berbeza.

Selain itu, ia juga dapat menentang jerawat dengan lebih berkesan bagi hasil yang lebih cepat. Dengan OXY Anti-Bacterial Acne Patch, anda boleh menyamar jerawat yang hodoh dengan serta-merta dan dalam masa yang sama membantu menghalang bakteria serta mencegah kemunculan jerawat baru.

OXY Anti-Bacterial Acne Patch kini boleh didapati di farmasi terkemuka dan semua cawangan pasar raya besar di seluruh negara. Ia berharga RM13.90 untuk pek 26 keping yang terdiri daripada tiga saiz berbeza.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zuhur 1:11
Asar 4:34
Maghrib 7:07
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.