saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 09/01/2014

Masalah Kuin masih seperti di zaman Pas?

TUJUAN saya menulis adalah untuk menyatakan berkenaan kedudukan terkini di Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Alor Setar, Kedah.

Umum mengetahui sejak Kerajaan Negeri Kedah diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, berlaku rombakan besar-besaran untuk semua jawatan di dalam Kuin itu sendiri.

Ini termasuklah jawatan rektor, timbalan rektor dan juga ketua-ketua jabatan.

Kami kakitangan Kuin amat bersyukur kerana kerajaan negeri bertukar tangan setelah hampir empat tahun berjuang, berpanas dan berhujan demi menegakkan keadilan yang telah diragut oleh kerajaan terdahulu.

Tetapi yang hairannya, penasihat sewaktu kerajaan dahulu masih tetap diguna pakai oleh pengurusan yang baharu.

Penasihat inilah yang menjanjikan bulan dan bintang semasa kerajaan terdahulu, sekarang berjanji pula perkara yang sama kepada kerajaan BN.

Kita sangat berharap kerajaan BN mengambil iktibar apa yang telah dilakukan oleh mereka ini dalam Kuin suatu ketika dahulu.

Umpamanya, berkenaan kampus Kuin di Kuala Ketil. Sudah jelas bahawa untuk mengurus kampus sebesar itu tidak mudah dan memerlukan belanja yang banyak, namun dengan adanya penasihat ini, semuanya dijanjikan indah-indah belaka.

Semua yang dibentangkan kepada Menteri Besar adalah keuntungan di atas kertas dan tidak menggambarkan realiti sebenar.

Dahulu, apabila kami menyatakan kesengsaraan kakitangan Kuin untuk berpindah ke Kuala Ketil kepada kerajaan BN (masa itu pembangkang di Kedah), mereka berjanji akan menyelesaikan isu perpindahan ini.

Tetapi sekarang, mereka pula tergesa-gesa untuk berpindah sehingga terlupa janji-janji yang ditaburkan dahulu.

Bayangkan, dengan kos sara hidup yang tinggi, bukan mudah untuk staf Kuin berulang-alik 160 kilometer setiap hari.

Bagi yang mempunyai rumah di Alor Setar, mereka terpaksa pula menyewa atau membeli rumah di Kuala Ketil.

Bagaimana pula dengan anak, isteri, suami, ibu dan ayah yang telah menetap di Alor Setar serta membina kehidupan di sini?

Tidakkah ini akan membebankan kakitangan Kuin sekiranya perpindahan berlaku?

Kita harap kerajaan negeri agar membuat keputusan yang tidak membebankan kakitangan Kuin. Fikirlah staf bawahan yang hanya bergaji RM1,000 sebulan sebelum membuat keputusan.

Kepada Menteri Besar dan barisan Exco, renungilah, selamilah, simpatilah, kasihanilah kepada kakitangan Kuin.

Dahulu, kamilah yang ke hulu, ke hilir turun berceramah setiap malam sehinggakan ke awal pagi semata-mata untuk memenangkan kerajaan BN di Kedah.

Tetapi sekarang, apabila sudah mempunyai kuasa Exco dan sebagainya, kami pula dilupakan. Janji entah ke mana, pengorbanan dicampak ke laut.

Sewaktu di awal kemenangan, janji Kuin akan dijadikan badan berkanun negeri.

Namun sekali lagi janji itu dimungkiri dan ia terus diratapi oleh kakitangan Kuin.

Percayalah kakitangan Kuin tidak memerlukan segunung intan dan berlian, tidak pula emas permata, tetapi cukuplah setiap keputusan yang dibuat mengambil kira keadaan semasa kos sara hidup.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.