saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 02/09/2014

TNB beri notis potong

PIHAK kami ingin merujuk kepada beberapa aduan yang tersiar di dalam beberapa akhbar baru-baru ini mengenai sikap penyewa yang tidak menjelaskan bil elektrik yang menyebabkan pemilik/pengguna berdaftar terpaksa menanggung tunggakan bil elektrik yang tinggi.

TNB ingin melahirkan keprihatinan kepada pemilik-pemilik rumah kediaman/pengguna berdaftar yang terpaksa menanggung tunggakan bil elektrik yang ditinggalkan oleh pihak penyewa yang kebiasaannya juga tidak membayar sewa bulanan rumah tersebut.

Adalah menjadi amalan di TNB, mana-mana akaun yang tertunggak melebihi tempoh sebulan dari tarikh bil dikeluarkan, satu notis pemotongan bekalan akan dihantar kepada pengguna berkenan.

Sekiranya selepas menerima notis tersebut, pembayaran masih tidak dibuat dalam tempoh yang ditetapkan, pihak TNB akan mengarahkan kerja-kerja pemotongan bekalan diambil terhadap pengguna berkenaan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes terpencil di mana pihak TNB tidak dapat melaksanakan kerja-kerja pemotongan bekalan sepenuhnya disebabkan oleh beberapa perkara, di antaranya ialah, pekerja TNB tidak mendapat laluan ke tempat kotak meter kerana pintu pagar berkunci, kotak meter berkunci atau dihalang oleh anjing-anjing garang.

Sehubungan dengan itu, pihak TNB ingin menasihatkan pemilik-pemilik rumah kediaman/pengguna berdaftar supaya mempertimbangkan kaedah-kaedah, berikut bagi mengenai masalah-masalah yang dinyatakan di atas:

* Pemilik rumah kediaman/pengguna berdaftar boleh meminta penyewa untuk menandatangani kontrak bekalan elektrik dengan pihak TNB melalui satu proses yang dinamakan pertukaran penghuni (COT) di Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) berdekatan.

Langkah ini bertujuan untuk meletakkan tanggungjawab membayar bil elektrik kepada pihak penyewa dan bukan kepada pemilik rumah tersebut.

* Sekiranya pemilik rumah kediaman/pengguna berdaftar masih ingin kekal sebagai pengguna berdaftar, beliau adalah disarankan agar memantau bil elektrik beserta pembayaran dengan menggunakan TNB's e-Services. Pemantauan ini adalah secara online melalui lawan sesawang TNB iaitu http://tnb.com.my.

* Selain daripada pemantauan menggunakan kaedah di atas, pengguna berdaftar juga boleh menggunakan kemudahan pemantauan melalui telefon pintar dengan cara pemilik rumah kediaman berkenaan perlu memuat turun aplikasi myTNB melalui Playstore.

Sebagaimana yang termaktub di dalam terma dan syarat kontrak yang ditandatangani oleh pihak TNB dan pengguna, adalah menjadi tanggungjawab pengguna berdaftar untuk menjelaskan tunggakan bil elektrik masing-masing.

Adalah diharapkan juga agar tanggungjawab memastikan bil elektrik dijelaskan mengikut tempoh yang ditetapkan dapat digalas bersama di antara pihak TNB dengan pengguna.

Untuk sebarang maklum balas atau pertanyaan mengenai pemasangan dan perkhidmatan TNB, pengguna boleh menghubungi TNB melalui :-

* Telefon atau sms ke talian khidmat TNB atau TNB CareLine 15454 (bagi aduan gangguan be­kalan elektrik dan kerosakan lampu jalan).

* Telefon atau faks ke 1300 88 5454 (bagi pertanyaan berkaitan bil elektrik dan berkaitan).

* E-mel ke [email protected]

DATO' MOHANDASS S. Nair,

Pengurus Besar (Perhubungan Pengguna)

TNB

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.