saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 02/09/2014

Nasib pelajar lelaki ke IPTA

Tidak mengejutkan apabila diumumkan pelajar perempuan terus menerus mendominasikan kemasukan ke program ijazah sarjana muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara untuk sesi akademik 2014/2015 apabila 26,030 (69.5) adalah pelajar perempuan dan selebihnya baharulah pelajar lelaki.

Setiap tahun agaknya sudah menjadi trend pelajar perempuan berduyun-duyun masuk ke IPTA sedangkan pelajar lelaki berduyun-duyun pula menjadi penganggur terhormat dan ada antara mereka ini pula masuk ke pusat serenti ke­rana masalah dadah dan sebagainya.

Begitu juga dalam sektor pekerjaan, sama ada dalam sektor awam atau swasta, yang ramainya adalah pekerja perempuan.

Oleh yang demikian di manakah pemuda-pemuda yang kita harapkan itu berada sekarang?

Hendak dikatakan melanjutkan pengajian lebih tinggi kita sedia maklum bahawa mereka amat kurang dan dalam sektor pekerjaan juga mereka tidak ramai diberikan peluang.

Tidak menghairankan apabila kita berurusan dengan sesuatu jabatan kerajaan atau swasta, didapati kebanyakan pegawai-pegawainya terdiri daripada kalangan wanita.

Inilah realitinya dan disebabkan situasi itu maka masalah sosial akan berlaku.

Apabila merasakan diri tiada pembelaan, tersisih serta keluarga di rumah mula membebel, maka berlakulah jiwa muda yang memberontak.

Mereka ini mencari jalan keluar dan melakukan perkara-perkara yang tidak sihat saperti terlibat de­ngan masalah sosial yang serius dan akhirnya merosakkan diri sendiri.

Sebagai lelaki, saya mohon agar diberikan ruang dan peluang pelajar-pelajar lelaki ini dipermudahkan masuk ke IPTA dengan cara dilonggarkan syarat tertentu dan dengan kelayakan seminimum yang boleh untuk memastikan mereka ini masih berada dalam sistem pendidikan negara bagi menyambung pengajian dan bukan tamat setakat kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.

Dengan sijil SPM pada zaman sekarang ini memang susah untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai.

Diharap pada masa akan datang pengambilan pelajar untuk masuk ke IPTA biarlah pada nisbah 50/50 de­ngan cara melonggarkan syarat ter­tentu kepada pelajar lelaki itu sendiri dan begitu juga diharapkan pengambilan pekerjaan untuk sektor awam dan swasta biarlah seimbang.

Syed abdullah syed osman jamalullail

Ampangan Seremban

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.