saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 03/09/2014

Kakitangan kontrak sektor awam mohon agar tidak disisih ke jawatan tetap

SABAN tahun, kakitangan kerajaan dalam kategori Contract For Service (CFS) sentiasa menantikan berita gembira akan bilakah mereka boleh diserapkan ke jawatan tetap oleh kerajaan.

Setiap tahun, apabila tiba hari-hari perayaan termasuk Hari Raya Puasa, kakitangan CFS lah antara golongan yang kurang bernasib baik.

Ini kerana bukan sahaja mereka tidak memperoleh wang bantuan khas dari kerajaan maupun bonus, malah dengan gaji yang statik (tanpa kenaikkan) menyebabkan mereka menghadapi pelbagai masalah kewangan.

Bagaimana boleh berbelanja untuk menyediakan pakaian dan keperluan keluarga termasuk anak-anak yang ingin turut bergembira seperti anak-anak kakitangan kerajaan.

Di Kementerian Kerja Raya (JKR), kini masih terdapat kira-kira 155 kakitangan CFS yang masih belum diserapkan ke jawatan tetap.Mereka ini membabitkan bahagian Kejuruteraan Awam, Ukur Bahan (Quantity Survey), Arkitek, Mekanikal dan juga Elektrikal. Ketika ditawarkan jawatan berkenaan tahun 2009, mereka telah ditempatkan di pelbagai jabatan di seluruh negara.

Mereka telah melaksanakan tugas dengan jayanya dan menyiapkan pelabagai projek mega kerajaan seperti pembinaan lebuhraya, komplek kerajaan maupun kemudahan-kemudahan asas lain sejak 6 tahun berkhidmat sebagai kakitangan CFS .

Kumpulan ini pernah menjalani beberapa siri temuduga untuk diserapkan ke jawatan tetap tetapi keputusannya menghampakan apabila mereka tidak dipilih padahal mereka telah berjaya menunjukkan prestasi kerja yang baik.

Bagaimanapun, terdapat dikalangan segelintir kakitangan CFS terutamanya dari kumpulan Kejuruteraan Awam telah bernasib baik apabila mereka telah berjaya diserapkan ke jawatan tetap dan kini telah ditempatkan di pelbagai jabatan di seluruh negara sejak pertengahan tahun lalu.Jadi, sampai bilakah mereka akan terus berada dalam CFS.

Untuk itu dimohon pihak yang bertanggungjawab melihat akan nasib mereka ini supaya tidak terus berada dalam CFS yang seolah-olah tiada penghujungnya.

Saya berpendapat kerajaan boleh meluluskan mereka ke jawatan tetap memandangkan mereka mempunyai tanggungjawab tugas yang diperlukan dalam menjayakan pembangunan negara ke arah menjadi Malaysia sebagai sebuah negara yang maju di masa depan.

Kepada kerajaan, kami amat berharap agar jasa kakitangan CFS termasuk di jabatan-jabatan lain perlu dibela sesuai dengan tema Rakyat Didahulukan Pencapaian DiUtamakan.

BAPA KAKITANGAN CFS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.