saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 11/09/2014

Jangan takut ceburi dunia keusahawanan

Apabila kita membaca akhbar, kita akan terjumpa artikel atau berita mengenai usahawan yang menerima bantuan melalui program-program kerajaan.

Pelbagai jenis program di bawah pelbagai jenis agensi dijalankan untuk memupuk keusahawanan di negara kita sehingga kita tidak tahu apa yang membezakan program-program ini.

Situasi ini ada baik dan ada buruknya; bantuan kerajaan itu memang ada tetapi disebabkan terlalu banyak program, kita tidak tahu yang mana satu sesuai dengan perniagaan yang kita bawa.

Berkemungkinan juga, ada di antara usahawan yang cuba sedaya upaya mendapatkan pelbagai dana tanpa mengambil kira, cabaran utama usahawan adalah untuk berjaya dengan usaha gigih dan idea unik tersendiri.

Dana hanya merupakan bantuan untuk meneruskan langkah seterusnya di dalam dunia usahawan dan bukanlah penyelesaian terakhir kepada semua masalah yang akan dihadapi.

Terdetik hati saya untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang akauntan selama 10 tahun yang mahu berjinak dalam bidang keusahawanan.

Saya sememangnya berminat untuk berniaga sejak kecil tetapi tidak pernah mengambil serius untuk memulakan apa-apa kerana saya tidak tahu hendak bermula dari mana.

Dengan kesedaran bahawa bidang perakaunan adalah penting bukan sahaja untuk syarikat besar tetapi juga syarikat kecil, saya dan rakan telah membuat kajian tentang satu perisian mudah yang dapat membantu usahawan kecil terutamanya di kampung untuk menguruskan kewangan mereka.

Dalam mencari dana dan pelabur yang sesuai untuk menjayakan idea perniagaan saya ini, saya terjumpa satu iklan di dalam akhbar berhubung program Superb dari Teraju.

Program ini berdasarkan idea yang kreatif dan inovatif jadi setelah berbincang dengan rakan, kami pun mencuba nasib dan memohon.

Saya berjaya masuk ke peringkat saringan pertama dan pada masa itu tidak begitu pasti apa yang patut dijangka.

Di peringkat saringan itulah kita dapat membentangkan idea perniagaan di depan para panel berpengalaman untuk masa yang sangat singkat.

Memang berdebar dan cemas tetapi saya gagahkan diri juga.

Akhirnya, walaupun hanya di peringkat saringan, saya dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta 'networking' dengan para peserta lain dan ahli panel.

Rupa-rupanya ramai seperti saya yang bekerja makan gaji tetapi ingin keluar dari kepompong itu dan menjadi 'bos' diri sendiri.

Kini, saya sedang menanti keputusan samada saya layak ke peringkat seterusnya.

Jadi, pengajaran paling penting bagi saya adalah, kita tidak perlu takut untuk mengambil langkah pertama untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan.

Jangan malas untuk membuat kajian berkenaan program kerajaan yang ada.

Ada banyak program kerajaan yang membantu usahawan muda atau perniagaan baru maka kita perlu rebut segala peluang yang ada, contohnya program di bawah MaGIC, Teraju, Pemandu, Matrade dan sebagainya.

Kita perlu bangkit untuk menjadi satu komuniti yang resourceful, berwawasan, berani mengambil risiko dan mahir dalam pelbagai bidang untuk pembangunan negara kita.

Imani,

Subang

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.