saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 11/09/2014

SPA beri peluang kedua duduki peperiksaan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) ingin merujuk kepada tulisan Rakyat Yang Kecewa dalam ruangan forum Utusan Malaysia bertarikh 2 September 2014 yang bertajuk Gagal Sertai Ujian SPA.

Untuk makluman Rakyat Yang Kecewa, seramai 22,242 calon telah berjaya menduduki peperiksaan yang telah dijalankan pada 5 Ogos 2014.

SPA dengan kerjasama JARING Communications Sdn. Bhd. telah menyediakan jalur lebar dengan kapasiti 100MBps untuk tujuan peperiksaan tersebut yang membolehkan sehingga 100,000 calon menduduki peperiksaan ini.

Walau bagaimanapun terdapat juga sebilangan calon-calon yang tidak dapat memasuki sistem peperiksaan online tersebut disebabkan oleh masalah penyambungan ke pelayar dan juga kemungkinan aspek-aspek persediaan yang perlu oleh pihak calon sendiri seperti kemudahan komputer, kapasiti dan kelajuan internet.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Post Mortem Peperiksaan Online SPA yang diadakan pada 5 Ogos 2014 telah memutuskan bahawa calon-calon yang menghadapi masalah teknikal semasa menduduki peperiksaan tersebut dan membuat aduan sebelum atau selewat-lewatnya jam 12.00 tengah hari pada 8 Ogos 2014, telah diberikan peluang kedua menduduki peperiksaan bertarikh 13 Ogos 2014.

Selain itu, bagi tujuan memberikan lebih kefahaman kepada calon-calon mengenai konsep peperiksaan dan tatacaran peperiksaan online, SPA telah menganjurkan program outreach kepada calon-calon yang telah diadakan diseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Sehubungan itu, 'Rakyat Yang Kecewa' adalah dialu-alukan supaya mendaftar dan hadir ke kursus tersebut untuk memperolehi input berkaitan tatacara peperiksaan online yang dijalankan oleh SPA.

Radziah Mohd Sharif,

Pegawai Perhubungan Awam,

SPA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.