saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 23/09/2014

Perkasa Pendidikan prasekolah

BIDANG pendidikan merupakan pemacu dalam pembentukan modal insan yang berinovatif dan berdaya saing.

Usaha mempertingkatkan pembentukkan budaya ilmu perlu dilakukan pada peringkat asas lagi iaitu pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Ia penting bagi menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Memberi pendidikan kepada kanak-kanak di peringkat kecil ini, amat bersesuaian dengan hadis yang bermaksud, Menuntut ilmu sewaktu kecil itu seperti melukis di atas batu. (Riwayat al- Thabrani).

Kerajaan perlu untuk terus memberi tumpuan dan menambah peruntukan dalam sektor pendidikan prasekolah. Kita amat menghargai usaha kerajaan yang memperuntukkan sebanyak RM530 juta dalam Bajet 2014 bagi penyediaan program dan perkhidmatan prasekolah serta membina sebanyak 93 sekolah prasekolah.

Dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan dan bagi menampung peningkatan jumlah penyertaan murid prasekolah, kerajaan perlu menambah peruntukan dalam Bajet 2015 kepada RM795 juta, iaitu tambahan peruntukan sebanyak 50 peratus daripada bajet 2014.

Ini perlu diteruskan sehingga satu peringkat dimana kita mencapai sasaran seperti disarankan oleh beberapa negara maju iaitu nisbah murid dan guru tadika pada kadar 10:1 dengan bilangan kemasukan kanak-kanak ke prasekolah yang tinggi.

Peruntukan bajet yang lebih besar adalah bagi penyediaan program dan ko-kurikulum yang seragam dan lebih efektif, penyediaan bahan pendidikan, peralatan dan kemudahan fizikal yang bersesuaian serta inovatif, menambah bilangan tenaga pengajar dan menyediakan program latihan yang terkini serta membina lebih banyak lagi prasekolah di seluruh negara.

Semua kanak-kanak perlu menikmati peluang yang sama dalam pendidikan prasekolah tanpa mengira pendapatan keluarga, kawasan tempat tinggal sama ada di bandar, luar bandar atau pendalaman terutamanya orang-orang Me

layu yang kebanyakan tinggal di luar bandar.

Kanak-kanak Melayu di luar bandar dan pedalaman tidak ada pilihan seperti ibu bapa di bandar yang banyak kemudahan prasekolah dan mampu untuk mendapatkan pendidikan prasekolah yang terbaik.

Kanak-kanak perlu mendapat pendidikan asas yang berkualiti agar mereka terus berjaya dalam pendidikan yang dialami pada peringkat lebih tinggi kelak. Justeru itu, adalah wajar kerajaan perlu menambah peruntukkan dalam memperkasa pendidikan prasekolah dengan membina lebih banyak lagi kelas prasekolah yang berkualiti di luar bandar dan kawasan pendalaman di seluruh negara.

Kerajaan juga perlu memberi penekanan kepada aspek kecemerlangan pendidikan prasekolah se

perti meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru yang terlatih.

Kriteria kelulusan minimum untuk guru prasekolah ialah Ijazah Sarjana Muda. Ia dapat menjamin pendidikan berkesan dan berkua- liti tinggi seiring dengan kemajuan teknologi dan era globalisasi masa kini. Bagi memperkasa bahasa Me- layu di peringkat awal lagi, bilangan guru-guru yang mahir dan terlatih dalam bidang bahasa Melayu perlu ditambah.

Pembelajaran bahasa Inggeris juga sebagai bahasa kedua perlu diberi perhatian di peringkat prasekolah lagi. Selain itu, kemudahan asas pendidikan prasekolah yang mencukupi dan berkualiti di kawasan luar bandar dan pendalaman perlu di tingkatkan lagi agar setanding dengan kemudahan prasekolah di bandar. Ia dapat menarik minat kanak-kanak untuk hadir ke kelas dan dapat belajar dalam keadaan selesa.

Kerajaan juga perlu meningkatkan perkongsian pintar di antara kerajaan dan swasta dalam pendidikan prasekolah. Bagi menarik minat pihak-pihak swasta, insentif perlu diberikan kepada pengusaha-pengusaha prasekolah swasta di luar bandar dan pedalaman. Ia akan menggalakkan pihak-pihak swasta untuk membina lebih banyak pusat-pusat pendidikan prasekolah berkualiti tinggi. Tetapi, kerajaan perlu memantau dan menetapkan garis panduan kepada pusat pendidikan swasta agar ia menepati garis panduan yang ditetapkan.

Bagi membentuk kanak-kanak yang berakhlak tinggi dan mulia, pembelajaran agama Islam adalah penting selain pembelajaran akademik. Mata pelajaran Agama Islam yang diberi penekanan termasuklah asas fardu ain, tulisan jawi dan bahasa Arab.

Selain itu, penekanan perlu diberikan dalam amali solat dan juga hafazan doa-doa mudah. Pendedahan asas ini adalah penting bagi meneruskan kesinambungan di peringkat sekolah rendah, menengah dan seterusnya ke universiti. Bagi tujuan ini, kerajaan perlu menyediakan guru-guru terlatih dan berkelulusan dalam bidang agama yang diiktiraf.

Bagi merealisasikan hasrat mencapai objektif pendidikan prasekolah terutamanya di kawasan luar bandar dan pendalaman untuk membentuk sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif dalam menjadi warganegara yang patriotik, kanak-kanak perlu diajar menggunakan bahasa Me-

layu dengan betul. Disamping itu, kanak-kanak juga perlu didedahkan menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.

Justeru itu, bajet pendidikan untuk kanak-kanak prasekolah, tidak hanya tertumpu bagi mencapai objektif dan faedah semasa dan duniawi sahaja, tetapi kita perlu kembali kepada peringatan al-Quran Surah Ali-Imran: 187 yang bermaksud, Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): Demi sesungguhnya hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya. Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu kebelakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.

Diharapkan dengan model pendekatan bagi pendidikan prasekolah yang menumpukan kepada pencapaian akademik cemerlang dan penerapan nilai-nilai agama, suatu hari nanti dapat membentuk insan berketerampilan mulia, ummah yang bertaqwa dan bersatu dalam hala tuju pembangunan ummah dan negara.

Sesungguhnya, Bajet 2015 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri pada bulan depan akan memberi manfaat besar kepada murid-murid prasekolah ke arah melahirkan modal insan yang berketerampilan. Namun demikian, faktor kejayaan setiap dasar atau perancangan adalah bergantung kepada usaha keras setiap warga pendidik dalam menggalas tanggung jawab dan peranan yang telah diamanahkan kepada mereka untuk mendi-

dik anak bangsa.

DR. MUHAMMAD ARIF MOHD. HASHIM

Yang Dipertua Gabungan Ikhtisas Dan Usahawan Bumiputra Anak Selangor

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.