saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 23/09/2014

Perangi rasuah dalam agensi kerajaan

SYABAS kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana berjaya mengesan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terlibat dalam amalan rasuah.

Akibat amalan itu kerajaan dan rakyat menanggung rugi berbilion ringgit akibat sikap tidak bertanggungjawab dan rasa tamak segelintir kakitangan kerajaan yang terbabit dengan gejala itu.

Kehidupan mewah perasuah dan simpanan yang banyak dalam akaun bank masing-masing yang tidak masuk akal sama sekali itu akhirnya memakan diri sendiri seperti kata pepatah Melayu 'sesal dahulu berpendapatan sesal kemudian tidak berguna' atau bila sudah tertangkap baru hendak sedar dan menyesal di hadapan hakim tetapi sudah terlambat dan itu juga dengan pepatah 'sudah terantuk baru tengadah'.

Inilah akibatnya kalau nafsu serakah telah menguasai diri maka terjerumus dengan gejala rasuah yang akibatnya meringkuk dalam penjara dengan penuh kekesalan dan terpaksa menanggung malu seluruh keluarga dan gelaplah masa hadapan sehingga ke akhir hayat.

Akhirnya semua harta dirampas dan di dahi seolah-olah tertera cop sebagai perasuah.

Oleh yang demikian sesiapa yang masih ada iman dan masih waras fikiran cepat-cepatlah insaf dan buangkan semua bentuk tabiat yang tidak sihat ini.

Adalah tidak berbaloi apatah lagi bila tidak semena-mena sedang khayal dengan kekayaan dan kemewahan hasil rasuah ini tiba-tiba kena cekup oleh SPRM dan pada masa itu baru tahu langit tinggi rendah tetapi semuanya sudah terlambat dan tidak guna menyesali diri lagi sebab puncanya adalah diri sendiri.

Siapa yang tidak mahukan ke

senangan dan kemewahan melimpah? Semua orang mahu tetapi untuk itu carilah sumber pendapatan yang halal dan bukannya cara yang terlarang oleh agama dan dikeji oleh masyarakat sekeliling.

Dalam masa yang sama mereka yang melakukan perbuatan rasuah ini adalah juga dianggap sebagai pengkhianat negara yang perlu dikenakan hukuman seberat-beratnya kerana dengan perbuatan terkutuk itu mampu merosakkan negara dan tidak secara langsung membuatkan rakyat menjadi derita.

Adalah menjadi harapan setiap warganegara Malaysia yang mahukan negara ini makmur dan aman sentosa supaya SPRM membersihkan semua gejala rasuah terutama sekali me

libatkan agensi kerajaan kerana penyakit yang paling ditakuti oleh rakyat selain daripada penyakit denggi ialah 'penyakit rasuah'.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL

Persatuan Keluarga Jamalullail Perak

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.