saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 25/09/2014

Panggil balik Exora Bold CFE dan Standard

PROTON merupakan sebuah jenama tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia kerana membolehkan masyarakat pelbagai kaum memiliki kenderaan mampu milik yang dihasilkan oleh pengeluar kereta nasional itu.

Saya tidak terkecuali dalam memilih Proton sebagai kereta pilihan saya sejak mula bekerja dalam sektor swasta.

Kenderaan pertama saya adalah Proton Iswara SE dan empat tahun kemudian bertukar kepada Proton Gen2 yang disifatkan kereta generasi baharu keluaran syarikat tersebut.

Kedua-dua kereta saya yang digunakan sepanjang tempoh tersebut tidak mengalami masalah besar. Kalau ada kerosakan kecil adalah perkara biasa.

Pada tahun lalu saya mengambil keputusan menukar kereta saya kepada model MPV keluaran Proton iaitu Exora Bold Standard. Minat saya pada Exora Bold bermula apabila Proton memperkenalkan keluaran pertama model tersebut pada 2012. pada waktu itu saya difahamkan model berkenaan menggunakan enjin CPS dan setahun kemudian dipertingkatkan kepada enjin CFE.

Apa ingin saya nyatakan dalam ruangan ini mengenai kebimbangan pemilik Exora Bold CFE apabila pihak Proton seolah-olah menyepi berkaitan isu radiator yang mudah rosak dan tidak memanggil balik kenderaan itu untuk menukarnya.

Ramai kalangan rakan saya yang memiliki kenderaan itu meluahkan perasaan mereka apabila tempat saluran hos radiator tersebut adalah plastik dan mudah patah jika memandu dalam perjalanan jarak jauh.

Perkara itu terjadi bukan kepada seorang rakan tetapi lebih daripada 20 orang yang mengalaminya. Itu yang saya ketahui dan belum ketahui mungkin ramai yang mengalami masalah berkenaan.

Bimbang dengan keadaan itu, rakan-rakan saya cuba menukar hos tersebut tetapi pusat servis Proton menyatakan mereka tidak mendapat arahan daripada ibu pejabat untuk menukarnya.

Bila pergi ke pusat servis, pihak terbabit menyatakan tiada arahan daripada ibu pejabat atau lebih mudah tunggu hos itu patah baru boleh tukar.

Difahamkan masalah itu hanya melibatkan Exora Bold CFE keluaran 2012 dan 2013 manakala tahun ini radiator tersebut sudah diganti dan tahan lasak.

Tidak hairanlah juga masalah tersebut turut berlaku pada Proton Preve CFE.

Sehubungan itu, saya sebagai pemilik kenderaan tersebut meminta pihak Proton memanggil balik kenderaan tersebut supaya tindakan segera dapat diambil.

Saya merasakan perkara itu tidak menjejaskan integriti Proton kerana pengeluar kereta terkenal luar negara juga turut memanggil balik kenderaan mereka jika menghadapi masalah melibatkan nyawa dan keselamatan pemiliknya.

Jangan jadikan Exora Bold CFE sebagai 'timing bomb' kerana jika silap langkah satu keluarga dalam kenderaan MPV itu mengalami kecelakaan akibat masalah kenderaan dan bukannya kecuaian pemiliknya.

PEMINAT SETIA PROTON

Seri Kembangan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.