saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 25/09/2014

Setuju stesen televisyen jadi bakul sampah

SAYA merujuk tulisan Siti Jarum bertajuk Stesen televisyen jadi bakul sampah dalam Mingguan Malaysia bertarikh 21 September 2014.

Saya bersetuju 100 peratus pandangan beliau mengenai situasi drama dan program yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan.

Saya rindukan drama berkualiti seperti "Jejak Bakti" terbitan tahun 70-an lakonan Datuk Rahim Razali dan Allahyarham Noraini Hashim dan telefilem awal 90-an "Wawasan" lakonan Tan Sri Jins Shamsudin dan Abu Bakar Omar arahan Aziz M. Osman.

Drama ini menghiburkan di samping merangsang fikiran.

Tetapi sayangnya "species" drama seperti itu sudah semakin pupus. Saya kini sudah tidak menonton lagi drama dan telefilem terbitan tempatan yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan.

Baru-baru ini saya telah membeli musim pertama siri tv bercorak keluarga terbitan Hollywood mengandungi 25 episod yang saya minati pada awal tahun 70an, Little House on the Prairie yang kini dikeluarkan dalam format Bluray berdefinisi tinggi.

Siri tersebut mengisahkan mengenai kehidupan sebuah keluarga susah yang menetap di sebuah ladang di Walnut Grove, Minnesota, Amerika Syarikat pada tahun 1870-an and 1880-an.

Salah satu episod siri tersebut menceritakan kisah ketua keluarga kehilangan pekerjaan dan terpaksa mengambil dua pekerjaan untuk menampung hidup keluarganya.

Selain itu dua anak gadisnya masing-masing membantu dengan mengambil upah menjahit dan membuat kerja rumah, sementara isterinya membantu mengerjakan ladang seperti membajak.

Siri ini diolah begitu baik sekali dari segi penceritaan dan lakonan dan meninggalkan kesan kepada penonton. Saya tertanya-tanya bilakah syarikat televisyen tempatan akan menerbitkan siri seperti ini?..

Pura Cendana

Kuala Lumpur

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.