saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/04/2012

KL Metal Camp V tampil kumpulan legenda

KONSERT KL Metal Camp yang diadakan pada setiap tahun sejak 2008 kini mula mencipta jenamanya sendiri. Sejak lima tahun lalu, konsert yang menampilkan banyak kumpulan metal tempatan itu tidak pernah menghampakan para peminat genre muzik tersebut.

Terbaru KL Metal Camp edisi yang kelima akan diadakan di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur pada 29 April ini.

Selepas empat kali dianjurkan, konsert anjuran bersama Thy Syndicate dan Nebiula Production itu bukan sahaja telah menampilkan banyak kumpulan metal legenda tanah air tetapi juga dari luar negara.

Pada KL Metal Camp V itu kelak, pihak penganjur telah mengundang sebuah kumpulan punk, hardcore, crossover legenda dari Amerika Syarikat (AS), D.R.I. sebagai tarikan utamanya.

Menurut wakil Thy Syndicate, Amir Hamzah Arshad, D.R.I. Atau Dirty Rotten Imbeciles merupakan kumpulan dari luar negara pertama yang ditampilkan dalam konsert yang akan mengenakan tiket berharga RM75 dan RM90 itu.

Malah kata Amir, KL Metal Camp edisi kali ini juga adalah yang terbesar pernah dianjurkan daripada segi tempat konsert itu diadakan.

"Sebelum ini, KL Metal Camp hanya diadakan di tempat-tempat yang kecil seperti One Cafe yang cuma boleh menampung sekitar 500 penonton sahaja, sedangkan kali ini di Stadium Chin Woo ia mampu menampung lebih 3,000 peminat.

"Malah KL Metal Camp kali ini juga bukan untuk kumpulan-kumpulan tempatan tetapi juga dari luar negara yang bertaraf legenda.

"D.R.I. Yang ditubuhkan di Houston, Texas pada Mei 1982 menjadi yang pertama dari luar negara dijemput pada konsert kali ini. Malah, ini juga adalah konsert pertama D.R.I. di Malaysia dan Asia Tenggara selepas 30 tahun mereka ditubuhkan," kata Amir pada sidang akhbar KL Metal Camp V di Switchblade, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain D.R.I., para peminat juga berpeluang menonton persembahan sebuah lagi kumpulan legenda dari AS iaitu Hate Eternal serta enam kumpulan metal tempatan iaitu Bloodshed, Koffin Kanser, Infectious Maggots, Hayagriva, Sarjan Hassan dan Lobotomy.

Bloodshed antara kumpulan rock legenda tanah air yang telah lebih 20 tahun tidak mengadakan konsert berskala besar seperti ini.

Kata Amir, pihaknya berharap agar KL Metal Camp akan terus popular dan membesar sama dan menjadi sebuah festival yang mampu membina jenamanya sendiri seperti di negara-negara Eropah.

Antaranya festival Wacken Open Air di Jerman, Hellfest (Perancis), Obscene Festival (Republik Czech), True Thrash Fest (Jepun), Bloodstock (England) dan Milmaukee Metal Fest (AS).

"Kalau boleh pada tahun depan kami akan cuba mula rangkaian hubungan dengan kumpulan-kumpulan metal ternama dari luar negara untuk ditampilkan dalam edisi KL Metal Camp yang seterusnya.

"Ia bagi menarik perhatian para peminat, apatah lagi semakin banyak konsert berskala besar diadakan akhir-akhir ini membabitkan kumpulan-kumpulan dari luar negara.

"Untuk itu, kami juga mempunyai strategi pemasaran yang tersendiri. Kami yakin setiap kumpulan yang dibawa dari luar negara mempunyai peminat sendiri.

"Begitu juga dengan muzik yang dibawakan juga berbeza genrenya. Sebab itu, kami gunakan kumpulan-kumpulan legenda seperti D.R.I. Dan Bloodshed bagi menarik lebih ramai peminat," ujarnya penuh optimis.

Jelas Amir yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang, KL Metal Camp tidak gentar dengan persaingan biarpun pada 29 April itu turut diadakan dua lagi konsert berasingan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya membabitkan banyak kumpulan popular dari luar negara seperti Avenged Sevenfold, August Burn Red dan Bless The Fall yang masing-masing dari AS.

Beliau berharap konsert anjurannya itu sedikit sebanyak dapat membuka ruang dan peluang bukan sahaja para peminat menyaksikan persembahan kumpulan-kumpulan metal legenda dari luar negara .

Sebaliknya, para pemuzik tempatan juga berpeluang menimba pengalaman dalam bidang muzik dengan berkongsi pentas bersama kumpulan-kumpulan ternama dari luar negara.

"Kami mahu memberi peluang dan membuktikan bahawa kumpulan-kumpulan metal tempatan juga setaraf dengan pemuzik dari luar negara. Kami tidak mahu membeza-bezakan mereka dengan kumpulan lain.

"Peluang berkongsi di atas pentas tentunya akan memberikan mereka semangat dan kebanggaan kerana konsert KL Metal Camp hanya diadakan setahun sekali," jelasnya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.