saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/04/2012

Reen Rahim juara Pilih Kasih musim ketiga

RASAH 23 April - Reen Rahim, 24, muncul juara program realiti televisyen Pilih Kasih Ketiga yang berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut dekat sini malam tadi.

Dia yang berasal dari Selangor berjaya meraih peratusan undi tertinggi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 50 peratus markah menerusi pelakon dan penerbit program, Rosyam Nor.

Kejayaan merangkul juara pada program realiti itu melayakkannya membawa pulang wang tunai RM10,000, sijil simpanan premium bernilai RM25,000, barang kemas dan baucer percutian ke Bali.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga diraih oleh Hakim Yazid, 26, yang berasal dari Selangor dan Marina Jose, 23, dari Sarawak.

Sembilan finalis daripada 16 peserta program tersebut berentap di Pentas Akhir Pilih Kasih itu bagi merebut gelaran juara setelah lebih 10 minggu menimba ilmu dalam seni lakon.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Reen berkata, kemenangan tersebut menjadi batu loncatan kepadanya untuk bergiat lebih aktif dalam bidang lakonan.

``Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua termasuk Rosyam Nor dan tenaga pengajar selain rakan-rakan seperjuangan," katanya.

Dalam pada itu, Anugerah Khas Pelakon Terbaik Telekom Malaysia (TM) Pilih Kasih disandang oleh Sura Sojangi dari Selangor.

Pilih Kasih merupakan sebuah program realiti mencari bakat baru dalam bidang lakonan terbitan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) bersama Suhan Movie dan Trading Sdn. Bhd. dengan kerjasama TM yang ke udara di TV2 sejak 5 Februari lalu. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.