saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/04/2012

Mahu lebih agresif

DIA dikenali kerana keunikannya mendendangkan lagu sambil memainkan alat muzik gambus yang sudah semakin jarang dimainkan terutama oleh anak-anak muda.

Alat muzik tradisional itu ternyata telah memberi impak tersendiri bukan sahaja kepada perjalanan seni Fauziah Suhaili atau lebih dikenali sebagai Fauziah Gambus tetapi juga imej anak gadis berasal dari Bongawan, Sabah ini.

Seiring dengan gambus yang dikenali sebagai alatan muzik tradisonal, imej anak gadis berusia 23 tahun ini juga sinonim dengan penampilan tersebut.

Namun jangan terkejut jika selepas ini anda melihat penampilan Fauziah yang jauh lebih moden dan berani.

Semakin melebarkan sayapnya dalam industri seni tempatan, Fauziah yang mula bermain gambus secara serius ketika berusia 14 tahun mengakui, menyimpan impian tersendiri untuk melonjakkan namanya dalam dunia hiburan.

Yakin untuk memacu kerjaya nyanyian ke peringkat lebih tinggi suatu hari nanti Fauziah menegaskan, sudah tiba masanya untuk dirinya mencuba sesuatu yang baru demi jaminan masa depan.

Ia bukan sahaja tentang imej dan penampilan diri tetapi lebih penting gaya muzik yang akan ditonjolkan.

Malah Fauziah memberitahu bahawa keberaniannya untuk menukar haluan itu juga adalah hasil sokongan peminatnya selama ini.

“Saya tahu sebagai seorang penyanyi saya perlu menjadi seorang yang versatil dan mencuba pelbagai genre nyanyian dalam mengembangkan lagi bakat nyanyian saya ini.

“Keputusan untuk muncul dengan lagu lebih moden ini bukanlah daripada saya semata-mata tetapi juga daripada peminat saya selama ini sentiasa mendambakan sesuatu yang baru daripada saya," katanya.

Kini dalam perancangan untuk berduet bersama penyanyi Salma Mentor, Fauziah juga optimis untuk mengubah gaya penampilan.

Dilihat semakin berani bergaya kata Fauziah, sebagai penyanyi dia tahu bahawa penampilan merupakan antara elemen penting khususnya dalam menyampaikan imej sesebuah lagu tersebut.

“Saya tidak pernah membuat keputusan untuk hanya mengenakan satu penampilan sahaja.

“Dan sesuai dengan single terbaru saya, Gilakan Kamu yang berentak pop rock, saya fikir mungkin penampilan yang lebih moden mampu membawa makna yang lebih besar untuk single percubaan ini," katanya berharap.

Menangkis dakwaan kononnya dia kini lebih suka untuk mengenakan pakaian yang seksi, menurut Fauziah, dia hanya memilih pakaian yang selesa dan bersesuaian dengan usianya.

“Saya sendiri tidak selesa untuk berpakaian seksi jadi saya hanya akan mengenakan sesuatu pakaian itu jika ia benar-benar selesa dengan saya.

“Mungkin mereka di luar sana sudah terlalu biasa melihat saya berpakaian tradisional. Jadi bila saya mengenakan pakaian yang lebih moden, ia mungkin agak janggal bagi mereka," katanya jujur.

Ruang dan peluang

Biar mempunyai perancangan tersendiri untuk mengukuhkan lagi kerjaya seninya namun tegas Fauziah, dia tidak akan sesekali meninggalkan muzik tradisonal yang selama ini telah memperkenalkan dirinya kepada khalayak.

Apatah lagi kata Fauziah, pengalaman menjadi antara pemain gambus wanita banyak membuka ruang untuk dia beraksi di atas pentas- pentas penting.

Justeru katanya, tidak ada sebab untuknya meninggalkan muzik tradisonal yang selama ini menjadi perjuangan utamanya.

“Tidak dinafikan gambus dan lagu-lagu tradisional menjadi sebab utama saya berada di tahap ini dan saya tetap berbangga walaupun hanya akan di kenali sebagai penyanyi tradisional.

“Namun kerana umur saya yang masih muda ini tiada sebab untuk saya tidak mencuba sesuatu yang baru yang lebih segar dan bertenaga untuk karier saya," katanya yang mempunyai koleksi gambus dari serata dunia.

Sesuai dengan umurnya kini, Fauziah mengakui yang dia sudah bersedia untuk muncul dengan muzik yang lebih agresif.

Tetap memilih gambus sebagai imej utama pada setiap persembahan menurut Fauziah, apa yang bakal di perkenalkan itu bukanlah sekadar mengekalkan permainan gambus di kalangan generasi muda sepertinya.

Lebih penting tegasnya, muzik berasaskan gambus diharap mampu untuk mewujudkan satu lagi fenomena baru dalam dunia hiburan tempatan.

“Saya percaya perubahan muzik yang saya ingin bawakan ini sesuai dengan umur saya.

“Rasanya saya tidak akan menghadapi masalah dengan pandangan dari peminat muzik saya sebelum ini, walaupun ada perbezaan muzik yang ketara tetapi elemen gambus tetap menjadi identiti utama muzik saya," katanya yakin.

Menafikan mahu menukar haluan muziknya secara total menurut Fauziah, apa yang dilakukan dirinya kini hanyalah untuk mencari kelainan. Bagaimanapun menurut Fauziah muzik tradisional tetap akan menjadi kekuatan buat dirinya.

“Saya akan tetap mendendangkan muzik tradisional memandangkan saya dikenali melalui lagu-lagu seperti itu.

“Apa yang saya cari kini adalah untuk membuktikan kepada mereka di luar sana akan kebolehan saya untuk mendendangkan variasi muzik melalui gambus," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.