saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/04/2012

Zoey kecil-kecil cili padi

KEGEMBIRAAN jelas terpancar di wajah Zoey Rahman, 27, ketika bercerita tentang aktiviti sukan lasak.

Zoey gemar sukan lasak, macam tidak percaya sahaja. Tapi itulah kebenaran yang perlu saya akui, sebaik sahaja melihat foto yang ditunjuk oleh pelakon itu.

Pengacara program Gaya R yang disiarkan setiap Isnin, 11.30 malam di TVi (saluran 180 Astro) itu berkata, dia mula meminati kegiatan lasak sejak belajar di Kolej Twintech, Damansara, Kuala Lumpur pada tahun 2008.

Katanya, kesempatan menjadi hos untuk program Gaya R merupakan bonus kerana ia ibarat serampang dua mata.

“Gaya R memaparkan aktiviti lasak yang boleh dilakukan oleh golongan remaja atau sesiapa sahaja yang meminati sukan tersebut.

“Mengacara sambil melakukan aktiviti. Ia suatu pengalaman yang baik kerana semua aktiviti yang dilakukan untuk program itu saya suka," katanya kepada S3.

Menurut Zoey, sewaktu belajar di kolej, dia sering mengikut rakan-rakan yang gemar aktiviti lasak. Setiap kali cuti semester, ada sahaja kegiatan atau sukan ekstrem dilakukan bersama.

Kata pelakon drama bersiri Friday I’m In Love yang kini sedang ditayangkan setiap hari Khamis di TV9, aktiviti ekstrem pertama yang dilakukan adalah rock climbing di Putrajaya.

“Mula-mula panjat memanglah rasa takut. Ketakutan bertambah bila pandang bawah, terasa gayat sangat. Lama-kelamaan, ketakutan hilang dan timbul keseronokan pula.

“Bersukan begini, bukan setakat dapat mengatasi perasaan takut dalam diri tapi ia mampu memupuk rasa keyakinan diri yang menebal. Macam mana nak panjat tinggi atau melakukan aktiviti mencabar kalau tidak yakin pada diri sendiri," katanya.

Dalam pada itu, kata Zoey, melakukan aktiviti bersama rakan-rakan sebegitu juga membuatkan dia mampu mengumpul kelompok rakan baru.

Jelas Zoey, sepanjang mengacara program 13 episod, dia berpeluang melakukan aktiviti memandu kereta go-kart, rock climbing, menunggang ATV dan paintball.

Katanya, untuk musim pertama kebanyakan aktiviti sukan lasak dipilih di kawasan sekitar Lembah Kelang sahaja.

“Mungkin untuk musim kedua nanti, penerbit bercadang pergi ke Sabah atau Sarawak untuk memaparkan kegiatan sukan ekstrem di sana pula.

“Dalam banyak aktiviti yang pernah saya lakukan, saya paling suka aktiviti terjun di Pulau Perhentian di mana saya perlu panjat bangunan tinggi kemudian terjun ke laut. Memang berbahaya tapi seronok," katanya yang telah berjaya menawan puncak Bukit Broga, Semenyih.

Menurut Zoey, dia melakukan aktiviti lasak bukan ketika mengacara program sahaja. Malah setiap hujung minggu jika tidak bercanggah dengan jadual penggambaran, dia pasti beriadah.

Zoey atau Mohd. Hairey Azhar Abd. Rahman yang sebelum ini terkenal sebagai pengacara program kanak-kanak Gerak Geri Gasing berkata, jika ada kesempatan dia ingin mencuba lebih banyak aktiviti ekstrem.

Malah Zoey juga berharap, menerusi program Gaya R, ada pihak yang berminat untuk membuka pusat kegiatan aktiviti lasak di luar bandar.

Zoey yang suka berkongsi pengalaman bersama peminatnya juga mengalu-alukan mereka untuk berkongsi aktiviti bersama di laman sosialnya, www.facebook.com/zoeyrahman.club

Duta Oxcell

Zoey yang bakal muncul dalam filem Tanda Putra Ogos ini dan drama Mertua Vs Mertua di TV3 Ramadan depan berkata, sekarang dia bukan setakat mengacara atau berlakon malah turut memikul tanggungjawab sebagai duta.

Pelakon yang ingin melakonkan watak lelaki dewasa itu memberitahu, dia kini dilantik menjadi ikon Pusat Kecemerlangan Oxford (Oxcell) bersama-sama Neelofa, Fizo Omar, Intan Ladyana dan Aiman Hakim Ridza.

Katanya, tugas duta Oxcell adalah memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai peluang berjaya dalam perniagaan yang dilakukan melalui program Young Biz Ikon.

Dalam melaksanakan tugasan itu, Zoey dan rakan artis akan menjelajah ke 33 buah bandar di seluruh negara untuk memberi ceramah dan pendedahan kepada golongan belia mengenai peluang berjaya dalam perniagaan.

“Untuk memberi ceramah kepada golongan belia bukanlah perkara mudah. Saya perlu menyakinkan mereka tentang apa yang saya kata.

“Selain daripada info yang dicari, saya juga akan berkongsi pengalaman peribadi dengan mereka ketika bertemu kelak. Jika lima daripada 10 belia yang ditemui mampu mencapai kejayaan, ia merupakan satu kepuasan kepada kami," katanya yang bakal memulakan misi tersebut bulan depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.