saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/04/2012

Didie berlakon, kahwin pada usia muda

BERSAMA anak-anak hasil perkahwinannya dengan Redzuan Hashim suatu ketika dulu.

DIDIE Alias bukanlah nama baru dalam bidang lakonan di negara ini. Dia mula terbabit dalam dunia lakonan teater kanak-kanak yang banyak dianjurkan oleh Perpustakaan Negara pada tahun 1980-an seawal usianya lapan tahun lagi. Kini, pada usia 39 tahun Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohammed Ali masih berlakon dan akan terus berlakon.

Menurut ibu kepada empat orang anak ini, dia sukar melupakan bidang lakonan kerana ia merupakan bakat yang dianugerahkan Allah kepadanya dan menjadi sumber pendapatannya ketika ini. Justeru selepas 31 tahun menjadi pelakon, anak kelahiran Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11 Januari 1974 yang dibesarkan di Melaka ini berkata, dia sudah serasi dalam bidang tersebut.

“Saya sudah menjadi pelakon sejak kecil sehinggalah sekarang sudah beranak pinak pun masih berlakon. Apabila sudah termula bidang ini sejak kecil, ia seperti menjadi serasi dalam diri saya. Mungkin ini sahaja bakat yang ada dalam diri saya yang boleh diketengahkan. Saya bukan setakat berlakon pada usia muda malah berkahwin juga pada usia yang muda muda.

“Perkahwinan pertama saya pada 1992 dengan Redzuan Hashim sewaktu usia saya 19 tahun. Ia hanya bertahan sehingga tahun 2002. Hasil perkahwinan itu, saya mendapat lima orang anak dan seorang daripadanya telahpun meninggal dunia.

“Pada tahun 2009 saya berkahwin buat kali kedua bersama Norisham Ismail dan jodoh kami kekal sampai sekarang," katanya kepada S3.

Jelas ibu kepada Dania, 19, Danial, 18, Danie, 14, dan Diana, 13, ini dia bersyukur kerana berpeluang menyerlahkan bakatnya sebagai pelakon pada usia muda.

Menurut Didie, memulakan alam rumahtangga pada usia muda banyak memberikan pengalaman berharga dalam kehidupannya pada hari ini.

Didie yang mula berlakon dalam filem pertamanya berjudul Boss, 21 tahun yang lalu menganggap pengalamannya sebagai pelakon antara faktor dia masih mampu bertahan sehingga kini. Secara tidak langsung bakat yang ada pada dirinya itu kini diperkembangkan lagi. Daripada pelakon, Didie kini turut menempa namanya sebagai pengacara popular tanah air.

Bekas naib juara pertandingan Dewi Remaja tahun 1988 ini laris menerima undangan mengacarakan banyak rancangan televisyen berskala besar seperti Anugerah Bintang Popular sehinggalah ke majlis-majlis makan malam. Bakat dan keletah Didie yang versatil sesuai dengan sesuatu majlis yang diacarakan menyebabkan dia tidak menang tangan menjadi pengacara.

“Saya pun tidak pasti mengapa sejak kebelakangan ini saya banyak mendapat tawaran menjadi pengacara majlis. Mungkin kerana gaya dan mulut saya yang kepoh, apatah lagi apabila digandingkan dengan pengacara seperti Raja Azura dan Sharifah Shahirah. Apa yang penting kami tahu menjaga adab serta sensitiviti sesuatu majlis dan penonton pun terhibur.

“Terus terang saya cakap, walaupun saya sudah lebih 20 tahun terbabit dalam bidang lakonan saya rasa baru sekarang saya rasa betul-betul laris dengan mendapat pelbagai tawaran. Tidak kiralah berlakon drama, telemovie atau filem. Dulu masa mula-mula menjadi pelakon pada usia yang masih muda tawaran semua itu tidaklah sebanyak apabila sudah tua seperti sekarang ini," ujarnya.

Sungguhpun semakin laris sebagai pengacara rancangan televisyen dan majlis makan malam tetapi Didie tetap tidak akan melupakan bidang lakonan apabila dia terus menerima pelbagai tawaran berlakon drama ataupun filem. Buat masa ini Didie sedang menjalani penggambaran filem terbarunya berjudul Nasib Si Pemandu Teksi bersama Yassin Senario arahan pengarah baru, Mazli di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur sejak minggu lalu.

Dia yang menjadikan Aznil Haji Nawawi dan Oprah Winfrey sebagai idola dalam bidang pengacaraan tidak menafikan bidang itu banyak mengangkat serta mempopularkan semula namanya dalam dunia hiburan tempatan. Pada masa sama, dia tidak menafikan kerja-kerja pengacaraan lebih mudah berbanding berlakon yang mengambil masa penggambaran yang agak lama.

“Kalau berlakon kena ada skrip yang perlu dihafal dan penggambarannya mengambil masa seminggu hingga sebulan. Sedangkan menjadi pengacara durasinya sekitar satu jam hingga empat jam sahaja. Biasanya kalau mengacara majlis-majlis biasa seperti makan malam skrip tidak diperlukan dan ayat-ayat yang keluar dari mulut saya secara spontan sahaja.

“Bagaimanapun, saya juga harus sentiasa peka dengan keadaan serta kesesuaian majlis. Kalau para penonton terdiri daripada mereka yang sporting saya akan cuba memeriahkan suasana mengikut keadaan majlis itu. Kalau tidak saya lebih berhati-hati supaya tidak ada hati yang tersinggung nanti. Saya pula suka mengenakan kostum tertentu mengikut tema sesuatu majlis itu.

“Oleh kerana sudah semakin banyak menjadi pengacara, saya teringin pula untuk mempunyai sebuah rancangan bual bicara sendiri di televisyen. Idea itu sudah ada dalam kepala saya cuma saya belum mengusulkannya kepada mana-mana stesen televisyen lagi. Kalau boleh saya mahu mengacarakan sebuah rancangan bual bicara tentang pelbagai topik termasuklah hiburan," kata pemenang anugerah Artis Komedi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular 2011 ini lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.