saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/05/2012

Aidil cinta bola

Meskipun tidak dapat menjadi pemain bola sepak seperti idolanya, Cristiano Ronaldo tetapi Mohd. Aidil Aziz tetap berpuas hati kerana berjaya menampilkan skil tersebut menerusi lakonan.

Aidil yang sering bermain di posisi penyerang berkata, kebolehan bermain bola sepak itu ditonjolkan dalam drama Bola Cinta dan telefilem Cinta Bola.

"Ternyata minat bermain bola sepak itu membawa tuah kepada saya. Sah-sah untuk berlakon drama Bola Cinta, pelakon perlu tahu bermain bola. Malah drama yang menampilkan saya sebagai Jamal banyak membuka mata pelbagai pihak.

"Dari situ, saya mendapat tawaran berlakon drama Nilapura dan terbaru kisah berkisar bola adalah telefilem Cinta Bola terbitan A.Aida Production yang dibuat sempena Euro ini," katanya kepada S3 baru-baru ini.

Tambahnya, menerusi Cinta Bola dia diberi tanggungjawab sebagai peneraju utama, Johan dan turut mendapat latihan daripada bekas pemain kebangsaan, Zainal Abidin.

Kata Aidil, banyak teknik yang dipelajari daripada pemain tersebut dan Cinta Bola juga merupakan drama pertama yang membabitkan pemain bola sepak itu berlakon.

Dia yang sering diberi peranan sebagai playboy dan anak orang kaya ego juga dapat dilihat lakonannya dalam drama Cinta Shanxi yang disiarkan setiap Rabu, pukul 9 malam di TV1.

"Susah sikit berlakon Cinta Shanxi sebab saya perlu menangis. Dalam drama itu saya bercinta dengan anak pembantu rumah sendiri, lakonan Anne Ngasri.

"Selalunya saya akan membuat rujukan untuk setiap watak yang bakal saya lakonkan. Macam watak sebagai Adi dalam drama Adi & Meon, saya menjadi adiwira. Siap memakai pakaian seperti Superman yang diarah oleh Fauzi Nawawi," katanya yang juga minat bermain bola tampar.

Aidil yang baru habis penggambaran drama Trilogi Cinta musim kedua juga bakal muncul dalam drama bersiri Mss Cinta, arahan Fauzi menerusi watak Nik.

Dia yang pernah berlakon sebagai Laksamana dalam drama bersiri Nilapura berkata, setakat ini rezekinya tidak pernah putus dan disebabkan mendapat kepercayaan pengarah serta produser, dia sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik.

"Saya mahu kehadiran saya dalam setiap drama mendapat perhatian dan bukan sekadar muncul. Bila orang mengenal saya, pasti ada tawaran mendatang.

"Untuk tahun ini, saya ingin beri tumpuan pada drama dahulu. Sebelum ini saya pernah muncul sekejap dalam filem KL Drift 2 dan Kapoww. Untuk muncul dalam filem saya perlu mempunyai kekuatan mental dan fizikal," akuinya.

Menurut Aidil, dia sanggup melakukan kerja dua kali ganda jika mendapat watak yang bersesuaian untuk filem kerana mahu kehadirannya disedari.

Justeru itu, dia tidak kisah jika diberi watak kecil asalkan karakter yang dibawa mampu menarik perhatian penonton.

"Bagi saya untuk berlakon filem, perlu persiapan rapi kerana ini adalah kerja. Kalau saya berlakon 10 filem pun tapi orang tidak ingat, tak guna juga.

"Lebih baik muncul dalam satu filem dengan watak yang berkesan dan dari situ barulah peluang terbuka luas," katanya terus terang.

Aidil yang masih mencari teman istimewa itu berkata, jika ada peluang dia ingin berlakon drama yang menggunakan dialek Negeri Sembilan.

Katanya, walaupun dilahirkan di Kuala Lumpur namun ibu bapanya berasal dari sana dan dia mampu bercakap dialek Negeri Sembilan dengan lancar.

"Kalau ada drama yang memerlukan saya cakap negeri, memang saya tidak tolak sebab sudah lama saya tunggu.

"Sebab bila dengar orang bukan negeri bertutur bahasa itu, memang sedih.

"Macam saya, kalau bercakap utara mesti tidak sedap dengar. Lainlah kalau suruh saya cakap negeri, mesti lancar," katanya tersenyum.

Memandangkan, dia menjadikan lakonan sebagai punca pendapatan, jadi Aidil tidak menganggap pembabitannya untuk mencari glamor.

Sebaliknya, dia menanam azam untuk mencipta nama dalam bidang seni hingga ke puncak kejayaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.