saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/05/2012

Nama Osman Kering idea Mek Habsah

DALAM filem Ringgit Kassorga, Osman terpaksa belajar menunggang kuda bagi menghayati wataknya itu.

OSMAN Kering mula melakar nama dalam bidang lawak jenaka dan lakonan drama televisyen (TV) serta filem tempatan sejak 33 tahun lalu. Dia mula menceburi bidang lakonan secara serius selepas muncul naib juara pertandingan Bakat TV yang dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1979.

Bagaimanapun, Osman tidak mencipta populariti menerusi nama Osman Kering, sebaliknya sejak 1979 sehinggalah pertengahan tahun 1980-an dia lebih dikenali dengan nama sebenarnya, Osman Kassim. Sayangnya, nama itu seakan-akan kurang dikenali ramai peminat dalam bidang lakonan.

Menurut anak seni berusia 58 tahun ini, dia lebih dikenali sebagai Osman Kering pada pertengahan tahun 1980-an iaitu selepas hampir 10 tahun menjadi pelakon. Sudah tentu dia bersyukur kerana nama Osman Kering yang diberikan pelakon dan pelawak, Mek Habsah itu kekal sehingga hari ini.

“Nama Osman Kering itu terpacul keluar dari mulut Mek Habsah dalam satu persembahan yang kami adakan bersama pada pertengahan tahun 1980-an. Ketika itu, saya dan Mek Habsah serta Yahya Sulong (sekarang Datuk) bersama dalam kumpulan lawak jenaka, Asam Pedas.

“Pada persembahan itu, Mek Habsah secara spontan telah menyebut nama saya sebagai Osman Kering sehingga menyebabkan para penonton ketawa. Mungkin ia kena dengan keadaan badan saya yang kurus kering menyebabkan timbul gelaran tersebut. Sejak saat itu, saya menggunakan nama Osman Kering sebagai nama pentas kerana ia lebih mudah diingati serta semakin popular pula pada ketika itu dan kekal hingga kini.

“Saya gunakan nama itu kerana ia lebih komersial bunyinya. Nama itu juga seperti memberi tuah kepada saya sebagai pelakon kerana ia sesuai dengan saya dan terus popular sehinggalah ke hari ini," katanya kepada S3 sewaktu ditemui di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bapa kepada Mohd Al Anas, 28, Mohd. Amin, 26, Nor Ain, 25, Nor Hidayah, 23, Habriyah, 16, Mohd. Al Adnin, 13, dan Mohd. Al Ajmim, 10, ini bersyukur kerana selepas 33 tahun bergelar pelakon, dia masih terus mendapat tawaran melakonkan pelbagai watak sama ada dalam drama TV atau filem.

Tambah datuk kepada empat orang cucu ini, dia juga bersyukur kerana meskipun lebih banyak ditawarkan melakonkan watak sampingan dalam drama dan filem, tetapi dia mampu menarik perhatian para penerbit serta pengarah bagi mengambilnya berlakon dalam produksi mereka.

“Saya rasa, antara sebab mengapa saya tidak putus-putus menerima tawaran berlakon adalah kerana tidak berkira soal bayaran. Begitu juga dalam persembahan pentas, asalkan ia berpatutan, maka saya akan terimanya dengan hati yang terbuka sejak dulu hingga kini.

“Pada masa sama, saya juga tidak suka bersikap sombong dengan peminat. Contohnya, kalau saya menjalani penggambaran drama di sesebuah kampung, saya akan melayani para peminat yang datang untuk bergambar atau mendapatkan tandatangan walaupun ketika itu sedang sibuk.

“Selain itu, saya juga suka bergaul dengan semua orang dan tidak memilih watak-watak yang diberikan. Apa yang penting, saya seronok dan mudah untuk bekerja dengan mana-mana juga syarikat produksi. Sebab itu, saya masih terus berlakon sehingga kini," ujarnya.

Biarpun cuma sekadar pelakon tambahan, tetapi Osman sentiasa memberi komitmen yang padu setiap kali terbabit dalam penggambaran drama dan filem yang disertainya demi memastikan setiap watak yang dilakonkannya itu mampu menghidupkan lagi jalan ceritanya.

Pelakon berasal dari Bachok, Kelantan ini misalnya sanggup membotakkan kepalanya sewaktu berlakon dalam filem XX Ray II arahan Aziz M. Osman pada pertengahan 1990-an semata-mata bagi menghidupkan lagi wataknya.

“Saya juga pernah sakit pinggang kerana terpaksa belajar menunggang kuda dalam filem Ringgit Kassorga arahan Shuhaimi Baba (sekarang Datin Paduka) kerana watak lakonan itu memerlukan saya berbuat demikian," tuturnya.

Osman yang telah membintangi lebih 30 buah filem termasuk yang terbaru berjudul Omak Kau berharap dia akan terus mendapat tawaran berlakon drama atau filem meskipun pada usia emas. Ini kerana katanya, bidang lakonan sudah sebati dalam dirinya sejak tiga dekad lalu.

Apatah lagi tambahnya, ramai pelakon seangkatannya seperti Yahya Sulong semakin kurang aktif berlakon kerana masalah kesihatan, selain persaingan dengan ramai pelawak generasi baru yang dilahirkan daripada pertandingan Raja Lawak dan Maharaja Lawak Mega terbitan Astro.

“Buat masa ini, mata pencarian saya adalah dalam bidang lakonan. Kalau dulu saya bekerja di sebuah agensi pelancongan selain bekerja sebagai pelakon tetapi kini mujurlah anak-anak pun sudah besar dan bekerja di mana duit berlakon sedikit sebanyak membantu kehidupan saya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.