saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/05/2012

Bea Remeshan mahu berdikari

MUNGKIN ramai belum mengenali pelakon Bea Rameshan sebelum ini. Tetapi selepas muncul dalam drama bersiri Bunga-bunga Syurga di TV3, namanya kini menjadi sebutan ramai.

Pelakon ini dicungkil menerusi program Pilih Kasih musim pertama. Selepas kejayaan dalam program itu, Bea mula berdikari dalam industri hiburan yang penuh pancaroba untuk mengembangkan bakat lakonannya.

Walaupun begitu sebelum itu Bea pernah berlakon tetapi menggunakan nama sebenarnya, Rabiatul Balqis. Malangnya nama itu tidak menyinar.

Tetapi seperti biasa, setelah menjengahkan dalam dunia penuh glamor sekaligus misteri ini, Bea diasak dengan tuduhan liar yang dilemparkan terhadap dirinya.

Dia dituduh melahirkan anak luar nikah. Tetapi baginya ini bukanlah gosip yang menjadi pemanis atau rencah dalam dunia hiburan. Ini satu tuduhan berat yang begitu mengaibkan. Tuduhan itu disebar dan kini menjadi bualan dalam industri hiburan.

“Saya terkejut dengan tuduhan lahirkan anak luar nikah. Saya baru dalam industri ini dan tidak perlulah menuduh saya sedemikian rupa," rayu pelakon ini kepada penyebar fitnah.

Baginya, ini tuduhan paling teruk yang pernah dialami selama ini. Kalau hendak dikatakan ada orang dendam, itu tidak mungkin kerana dia mendakwa tidak pernah membawa cerita buruk tentang orang lain.

“Kenapa ada juga orang yang nak busuk hati terhadap saya," demikian tanya dia berulang kali seperti tidak berpuas hati dengan nasib yang diterima selepas berada dalam industri hiburan.

Menurut Bea, dia sudah berkahwin hampir dua tahun lalu dan kini mempunyai anak berusia setahun tiga bulan.

“Saya lahirkan anak saya secara normal bukan seperti yang didakwa selama ini. Anak saya berbintikan suami saya, saya ada bukti kukuh yang anak itu bukan anak luar nikah," tegas Bea lagi.

Dia berkata, kalau anak itu luar nikah, kenapa dalam Mykid berbintikan suaminya?.

“Kalau nak buat tuduhan itu perlulah periksa asal usul terlebih dahulu, jangan main redah sahaja," ujarnya lagi.

Bea mengakui dia dan suaminya bahagia dengan anak sulung Adelfea Raina Amini walaupun alam rumahtangga memberikan cabaran baru kepadanya.

“Sejak melahirkan Raina pada Februari tahun lalu, kehidupan saya berubah ke arah kebaikan dan saya akui membesarkan seorang anak bukan semudah yang dijangkakan.

“Raina juga pengubat hati saya dan suami, setelah penat bekerja kami pulang ke rumah, melihat saja keletah Raina penat kami bekerja terus hilang," kata Bea.

Dia memohon supaya nama baik dan masa depan anak itu tidak dijadikan mangsa oleh pihak tidak bertanggungjawab. Tuduhan yang seberat itu tentunya memberi kesan psikologi kepada anak itu suatu masa nanti.

Mahu berdikari

Sebelum ini ada gosip yang mengatakan jika tidak menjadi pelakon, Bea boleh hidup senang kerana keluarganya kalangan orang berada. Tetapi jelas pelakon dari Machang, Kelantan ini, semua itu adalah milik keluarganya dan bukan melalui hasil titik peluhnya.

“Memang keluarga saya boleh dikatakan berada, tapi saya mesti berdikari apa lagi sudah ada keluarga sendiri," ujarnya.

Bea tidak mahu harapkan wang keluarga kerana mahu berdikari dan mencari wang sendiri. Sekarang dia sangat menyintai bidang lakonan dan menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa.

“Dulu saya pernah berlakon. Antara drama awal saya ialah Surat Cinta, Angelina O Angelina, Tok Ketua dan beberapa lagi. Saya juga pernah terlibat dalam iklan.

“Kalau nak tahu, cara saya menjadi pelakon pun kelakar juga, saya sebenarnya menyertai sebuah agensi modeling. Biasanya mereka menghantar saya untuk menjalani casting apabila ada pihak yang mahu mencari calon untuk iklan mereka.

“Ada satu hari tu mereka hantar saya untuk casting, saya ingatkan casting untuk modeling tapi rupa-rupanya casting untuk mencari pelakon.

“Saya tak pernah ada pengalaman berlakon, tapi saya hanya sekadar mencuba sebab sudah terlanjur pergi ke sana.

“Tak sangka saya terpilih dan selepas mula berlakon barulah saya berasa seronok berlakon. Daripada situlah saya sudah tanamkan dalam diri saya untuk menjadi pelakon yang berjaya," ujarnya.

Selain muncul dalam drama Bunga-bunga Syurga dan sitkom Moh Ke Cafe Kita di RTM, Bea turut akan muncul dalam drama 13 episod berjudul Mak Yong dan drama epik sejarah legenda Langkawi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.