saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/06/2012

Syafiq Kyle mahu dikenali

LELAKI bernama Syafiq Shamim Abdul Razak, 20, ini masih belum cukup kuota untuk kita kategorikan dirinya sebagai artis popular.

Bak kata orang, masih jauh lagi perjalanan ‘budak mentah’ ini dalam pencariannya untuk bergelar pelakon yang disegani.

Dia yang mahu dikenali dengan nama komersial Syafiq Kyle sebenarnya sudah memulakan langkahnya dalam bidang lakonan sejak awal tahun lepas.

Ia dapat disaksikan melalui penglibatannya dalam drama Iparku Diva yang turut menyaksikan Syafiq bergandingan dengan pelakon Rozita Che Wan dan Norman Hakim.

Langkahnya makin panjang apabila dia kemudiannya menerima tawaran berlakon dalam beberapa buah drama lain.

Namun, drama bersiri Tanah Kubur arahan Rashid Sibir dilihat paling banyak membantu menaikkan nama Syafiq sebagai pelakon baru.

Menerusi watak Johan, Syafiq kini dilihat mula membuka mata banyak pihak.

Bercerita lanjut, kata anak kedua daripada tiga beradik ini, pada awalnya dia tidak menyangka akan diberi peluang untuk mencipta nama sebagai seorang pelakon.

Ini kerana hadirnya sebelum ini cuma sekadar orang di belakang tabir.

“Dulu saya banyak terlibat dalam kerja-kerja produksi. Tapi tak lama. Kemudian, pihak Zeel Production tawarkan saya untuk berlakon.

“Saya tak fikir panjang kerana menganggap ia adalah rezeki.

“Bagi saya tak salah untuk mencuba lagipun ia masih di dalam kitaran bidang yang saya ambil di universiti sekarang," kata pelajar tahun kedua jurusan Diploma Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini.

Tahu bahawa dirinya masih ‘hijau’, Syafiq tanpa segan mengaku bahawa dia perlu meraih lebih banyak pengalaman untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam bidang ini.

Sama sekali menolak populariti dan glamor, kata Syafiq, apa yang dia mahukan cuma penerimaan masyarakat terhadapnya sebagai seorang pelakon yang dihormati satu hari nanti.

“Kenapa saya tolak populariti dan glamor? Kerana saya percaya ia akan datang dengan sendirinya selepas diri saya dikenali.

“Ya, saya tak malu untuk mengaku yang saya memang mahu dikenali. Tanya mana-mana pelakon baru lain pun, jawapan yang sama akan diberi.

“Siapa yang tak mahu dikenali bukan? Tapi perlu diingat, dikenali, popular dan glamor adalah tiga perkara yang berbeza.

“Mungkin ada orang yang berlakon kerana mahu glamor dan popular. Namun cukuplah untuk saya katakan bahawa itu bukan saya, "katanya.

Masih ‘bersih’

Rekod kontroversi setakat ini masih belum dicatat oleh Syafiq dan ia sewajarnya mengundang pujian. Mungkin ada logiknya lantaran dia masih terlalu baru dan tidak banyak pendedahan mengenai dirinya oleh pihak media.

Atau mungkin juga kerana dia pandai membawa diri setakat ini. Siapa tahu bukan?

Namun, walau tertib mana seseorang artis itu menjaga tingkah-lakunya, andai kontroversi datang menjengah, mana-mana artis pun tidak mampu untuk mengelak.

Bersyukur kerana dirinya belum diterjah dengan sebarang gosip, kata Syafiq, dia seboleh-bolehnya tidak mahu perkara itu wujud.

“Sekarang mungkin saya boleh katakan yang saya selamat daripada sebarang gosip atau isu yang boleh mengundang kontroversi.

“Tapi esok lusa kita tak tahu. Andai perkara begitu terjadi, apa yang saya boleh katakan, sebaik-baiknya saya akan cuba untuk tidak lari daripada masalah.

“Saya tahu, semakin kita lari, semakin banyak masalah yang akan datang. Apa pun persiapan mental kena kuat," katanya.

Menyimpan hasrat untuk bergandingan dengan pelakon terkenal Eman Manan dan Remy Ishak, kata Syafiq, mencipta kontroversi adalah bukan fokusnya saat melangkah dalam bidang seni.

“Apa yang penting, biarlah saya dikenali dengan hasil kerja dan lakonan saya. Perkara-perkara lain, saya mahu tolak ke tepi.

“Dalam masa yang sama, saya harap masyarakat menerima saya sebagai pendatang baru dalam seni lakonan dan peluang untuk tonjol dan kembangkan bakat, "ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.