saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/06/2012

Neelofa kaki gaduh?

NEELOFA ketika menjawab pertanyaan wartawan pada sidang akhbar yang diadakan Rabu lalu.

MASAKAN tidak, belum pun filem sulungnya, Azura ditayangkan, Neelofa sudah mencipta polemik apabila 'bertengkar' dengan Maria Farida gara-gara menjadi punca perpisahan Maria dengan Shahrizal Jaszle yang menjadi pasangannya dalam filem arahan Aziz M. Osman itu.

Belum pun 'sejuk' kisah kontroversi tersebut, timbul pula cerita kononnya Neelofa 'bergaduh' dengan aktres Nur Fazura.

Terkini, baru sahaja reda kisahnya berbalah dengan Tasha Shila gara-gara kemenangan pelakon itu menggondol Artis Baru Wanita Popular, Neelofa dikatakan 'bergaduh' pula dengan seorang lagi pelakon, Anzalna Nasir.

Semuanya gara-gara tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Anzalna dalam sebuah akhbar yang mendakwa terguris dengan Neelofa yang memfitnah dirinya.

Khabarnya 'perbalahan' kedua-dua pelakon yang sedang meningkat naik ini telah bermula sejak mereka menyertai pertandingan Dewi Remaja 2010/2011 yang menyaksikan Neelofa menjadi juara.

Menganggap kenyataan Anzalna itu telah mencemarkan nama dan keluarganya, Neelofa baru-baru ini telah mengadakan sidang akhbar tergempar di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Bersama dua peguam yang dilantik, Neelofa bukan sahaja menegaskan segala tuduhan Anzalna kepadanya tidak benar sama sekali malah pihaknya juga telah menghantar tuntutan notis kepada pelakon Indera Joned itu menuntut penjelasan dan bukti tentang tuduhannya itu dalam tempoh seminggu berkuat kuasa Rabu lepas.

Ikuti rasa hati Neelofa terhadap isu yang hangat melanda dirinya itu.

Soalan: Selepas membaca kenyataan Anzalna, adakah Lofa menghubunginya untuk mendapat penjelasan?

Neelofa: Tidak. Lofa terus hubungi ahli keluarga yang kenal peguam tertentu dan Lofa diperkenalkan dengan Mohd Irwan Mohd. Mubarak dan Ahmad Hidaya Md. Noor dari Ahmad Hidayat Md. Nor & Co.

Mula-mula Lofa tanya dan minta nasihat peguam, sama ada perlu buat secara rasmi atau perlu bagi kenyataan akhbar sahaja. Tapi bila tengok artikel itu dan kenyataan yang diberi Anzalna agak kukuh untuk Lofa ambil tindakan.

S: Apa yang membuatkan Lofa nekad untuk mengambil tindakan?

N: Lofa dah kena banyak kali, sebelum ini dengan artis lain pun Lofa kena benda yang sama. Tapi kali ini kenyataan yang dikeluarkan agak keras dan 100 peratus tidak benar dan sebab itu Lofa perlu buat sesuatu untuk bersihkan nama dan reputasi kerana Lofa pun pegang beberapa jenama. Dalam tempoh jangka pendek atau panjang ia akan beri kesan kepada diri Lofa.

S: Sebelum ini Lofa sudah kena perkara yang sama tapi masih boleh bertoleransi, tapi kenapa baru sekarang ambil tindakan?

N: Sebelum ini Lofa boleh bertoleransi tetapi kali ini kenyataannya agak teruk dan tuduh Lofa macam-macam. Tidak adil untuk Lofa mendiamkan diri begitu sahaja kerana perkara ini beri kesan pada diri Lofa.

S: Sebelum ini Tasha Shila ada buat kenyataan tapi Lofa tidak ambil tindakan pun?

N: Kalau tengok daripada artikel Tasha, ia cuma cakap begitu sahaja. Lama kelamaan orang faham. Cuma kali ini berbeza.

S: Kenapa Anzalna buat kenyataan Lofa marah?

N: Lofa memang marah dengan kenyataan Anzalna. Kenapa dia buat macam ni? Jangan main-main dengan benda macam ini. Jangan fikir, dia bagi kenyataan suka-suka yang tidak betul macam itu.

S: Apa tindakan Lofa?

N: Kita ikut undang-undang yang betul. Kalau dalam masa tujuh hari, dia tidak tampil dengan bukti dan penjelasan, barulah tindakan selanjutnya diambil. Peringkat kedua kita bagi pilihan, sama ada dia nak buat atau tidak dan seterusnya bergantung kepada reaksinya.

S: Jika dalam masa tujuh hari, dia tidak endah notis tuntutan itu, macam mana?

N: Kalau selepas tujuh hari dia tidak mampu menyediakan bukti, kita akan ambil tindakan seterusnya di mana dia akan diberi pilihan sama ada memohon maaf atau kami saman dia. Apa pun tengok keadaan waktu itu.

S: Betul ke sejak pertandingan Dewi Remaja lagi Lofa sudah bergaduh dengan Anzalna?

N: Ya, kami sama-sama masuk Dewi Remaja. Semua aktiviti yang kami buat ada disiarkan di Astro Ria, memang antara kami berdua ada isu dan begitu juga dengan peserta lain.

Apa pun isu masa Dewi Remaja sudah selesai sebelum Lofa menang. Tapi lepas menang, kemenangan Lofa dipersoalkan, kata Lofa tidak layak menang dalam Facebook keluarganya. Kemudian ada pertelingkahan antara peminat Lofa dengan keluarga dia.

Lepas itu keluar akuan Kami Benci Anzalna, dia tuduh Lofa yang buat. Dulu masa tak popular, orang kisah. Sekarang ini baru orang ambil kisah.

Sekarang ini apa yang Lofa nak tahu, mana bukti yang mengatakan Lofa buka akaun itu atau hina dia dalam Facebook. Lofa hanya nak info dan bukti atas dakwaan dia itu.

S: Bila seorang demi seorang artis serang Lofa, Lofa tak takut ke lama kelamaan orang terpengaruh dengan apa yang diperkatakan mereka?

N: Mungkin ya, mungkin tidak. Semua itu bergantung kepada cara Lofa kendalikan tersebut. Sebenarnya orang begini akan sentiasa ada. Sebab itulah Lofa akan sentiasa berjaga dan bijak mengatasi perkara itu.

S: Apa reaksi Lofa apabila Hans Isaac tampil menyokong?

N: Pada Lofa, kalau ada artis lain yang baik dengan Lofa sudah tentu Lofa hargai. Kalau artis itu tidak popular sekali pun tapi dia ada memberi nasihat dan menyokong Lofa, sudah tentu Lofa hargai niat baiknya.

S: Lofa dilihat lantang meluahkan rasa hati di Twitter dan ada yang melihatnya seola-olah Lofa suka cari pasal dengan orang lain?

N: Lofa tidak suka cari pasal dengan orang. Pandangan Lofa tentang kemenangan Tasha Shila itu tidak ada kaitan dengan iri hati tapi ia amat rasional. Pandangan jujur Lofa itu logik kerana banyak pihak dalam industri ini juga mempunyai pandangan yang sama. Mereka tidak menyangka dan terkejut dengan kemenangan Tasha.

S: Adakah persaingan menjadikan Lofa dan artis baru sanggup bergaduh?

N: Kalau daripada pihak Lofa, tidak pula terfikir untuk bersaing menjadi lebih cantik, popular atau banyak job. Orang lain Lofa tak tahu. Bagi Lofa, artis yang suka bergaduh ini nampak macam low standard dan tidak ada kelas. Itu sebab Lofa tak nak bergaduh di media. Lofa buat sidang akhbar ini sebab nak selesaikan secara rasmi.

S: Apa pengajaran yang Lofa dapat daripada kejadian ini?

N: Kesal tapi ia mengajar Lofa cara menjawab, berfikir dan bertindak. Lofa sedar siapa kawan, siapa lawan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.