saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/06/2012

Dahlan, superstar era 70-an

EFFA Rizan bukan setakat isteri malah dia juga penyanyi popular yang seangkatan dengan Dahlan pada era 70-an.

Penyanyi bertaraf superstar pada era tersebut, Dahlan Zainuddin antara penyanyi tanah air yang mengidamkan untuk beraksi di Stadium Negara. Menurut Dahlan yang kini berusia 71 tahun, dia berasa bangga kerana menjadi penyanyi tempatan pertama yang mendapat peluang mengadakan konsert di tempat yang besar seperti di Stadium Negara pada 1978.

"Ketika itu tidak banyak konsert besar diadakan oleh penyanyi-penyanyi tempatan termasuklah di Stadium Negara yang boleh memuatkan sehingga 12,000 penonton. Maknanya, ketika itu kalau ada penyanyi tempatan yang berjaya mengadakan konsert di tempat yang sebesar itu, maka penyanyi itu memang popular. Saya pula memang beruntung kerana ketika itu saya sedang popular.

"Lagu saya yang berjudul Biduan Pujaan ciptaan Ahmad Nawab sedang popular ditambah lagi dengan filem lakonan saya yang bertajuk Kisah Seorang Biduan juga telah pun ditayangkan ketika itu. Jadi konsert anjuran majalah Varia Pop itu memang kena pada masanya. Saya bangga kerana sebelum itu hanya artis-artis dari luar negara sahaja yang mengadakan konsert di situ.

"Saya bukan sekali, malah dua kali berturut-turut mengadakan konsert di Stadium Negara pada tahun 1978. Ketika itu, memang tidak ada penyanyi tempatan yang berbuat begitu.

"Selepas itu, barulah penyanyi lain seperti Sudirman Haji Arshad mendapat peluang mengadakan konsert di situ. Itu adalah antara pengalaman manis saya sebagai penyanyi," katanya kepada S3 baru-baru ini.

Dahlan yang dilahirkan di Ipoh, Perak dan dibesarkan di Singapura mencipta nama bukanlah kerana menjadi juara dalam pertandingan nyanyian. Sebaliknya, dia yang hanya muncul memenangi kategori Persembahan Keseluruhan Terbaik dalam pertandingan Bintang RTM 1975 semakin dikenali ramai dan menjadi buruan ramai komposer selepas pertandingan tersebut.

Bapa kepada Natasha, 36; Mohd. Danial, 29; Akesya Iman (sudah meninggal dunia) dan Nur Athinia Ines, 17, bukan setakat berpeluang mengadakan konsert di tempat besar seperti Stadium Negara tetapi juga sehingga ke luar negara.

Antaranya dia juga pernah mengadakan konsert di Dewan Malaysia di Kedutaan Malaysia di London, United Kingdom (UK) pada tahun 1976.

"Setahun selepas menyertai Bintang RTM tahun 1975 walaupun sekadar sebagai finalis tetapi saya mendapat banyak tawaran mengadakan persembahan pentas di seluruh negara termasuklah di UK pada tahun 1976. Mungkin ada hikmahnya saya tidak menang dalam Bintang RTM 1975 yang ketika itu dimenangi oleh kumpulan MARJ tetapi saya tetapi dikenali ramai.

"Sewaktu mengadakan persembahan di UK itu juga saya mengambil kesempatan menonton banyak konsert artis-artis pujaan antaranya kumpulan The Commodores. Sejak menyertai Bintang RTM 1975 itulah saya serius menjadi penyanyi sehinggalah ke hari ini dan tanpa disedari saya telah menjadi penyanyi selama 37 tahun," ujar datuk kepada seorang cucu, Adiah Sofia, 6, ini.

Meskipun usianya mencecah 71 tahun Dahlan seperti tidak dimakan usia. Dia masih sihat dan aktif memenuhi undangan mengadakan persembahan pentas di seluruh negara. Dahlan yang merupakan anak pelakon bangsawan yang berhijrah ke Singapura sewaktu berusia lapan tahun dan kemudiannya menetap di Kuala Lumpur pada 1965 mempunyai rahsianya yang tersendiri.

Sejak usia remaja dia banyak bersenam dan bersukan bagi menjaga kesihatan. Kecenderungan bersukan sehinggalah ke hari ini bukan sahaja membantu mengekalkan kesihatannya, malah kemantapan vokalnya sewaktu menyanyi. Bola sepak adalah sukan kegemarannya di mana sehingga kini dia masih bermain bola sepak.

"Sampai sekarang saya masih boleh berlari dan bermain bola sepak di padang biasa. Sebenarnya, saya kini masih bermain bola sepak dengan pasukan UKRC (Ulu Klang Recreation Club) sejak 15 tahun lepas. Sebelum ini pun kalau ada perlawanan persahabatan antara artis dan pasukan-pasukan lain, saya jarang ketinggalan turut serta dalam setiap perlawanan tersebut.

"Selain mengekalkan kesihatan, bersenam termasuklah bermain bola sepak mampu mengekalkan kecergasan badan dan vokal sewaktu saya menyanyi. Sebab itu, saya kini ada rancangan untuk menghasilkan album single terbaru saya selepas kali terakhir menghasilkan album berjudul 25 Tahun

Nostalgia Biduan pada tahun 1996 bersama Sony Music.

"Album itu pertama kali dalam bentuk CD (cakera padat) yang mana sebelum ini album-album saya hanya diterbitkan dalam bentuk piring hitam. Selama ini, saya selalu menyanyikan lagu-lagu lama. Jadi, sudah sampailah saya muncul dengan album baru selagi saya masih sihat dan boleh menyanyi," kata suami kepada penyanyi popular tahun 1970-an, Effa Rizan ini lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.