saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/07/2012

Bila tak ada nama

Mawi sentiasa bersabar menempuh ranjau anak seni.

"MINTA maaf, saya tak boleh taja tempat fotografi awak sebab artis yang awak bawa itu tak popular. Kita pun nak kena jaga reputasi hotel. Mana boleh sembarangan kasi tempat pada artis. Lagi pun tempat kami sangat eksklusif," beritahu PRO (pegawai perhubungan awam) sebuah hotel di ibu kota bila ditanya tentang status permohonan fotografi raya artis baru sekitar tahun lalu.

Bait kata PRO itu masih segar dalam ingatan saya sebab jawapan yang diberikan itu pernah menggelegakkan darah saya. Bukan marah sebab permohonan kena tolak tapi sebab perangai PRO itu pandang rendah pada bakat baru. Mentang-mentanglah tak popular dan orang tak kenal. Tapi lama kelamaan, pasti orang perasan juga muka artis baru ini.

Sejak itu, saya dah tak berborak mesra dengan PRO yang berlagak hebat itu. Setelah setahun lebih tak berjumpa bau-baru ini kami bersua muka. Apa pun, artis yang tak popular di mata PRO itu kini dah jadi pelakon terhebat sekarang.

Situasi pilih bulu, hanya nak artis popular dah jadi macam penyakit. Bukan PRO hotel saja, malah penaja pakaian juga dah pandai pilih. Nak cari artis yang ada nama baru nak taja pakaian. Walhal tak ada bezanya kalau artis lama atau baru kalau masuk bab penajaan.

Apa bezanya artis baru atau artis lama? Mungkin bezanya terletak pada pengalaman kerja. Tapi, setiap artis yang dah ada nama itu, pernah bergelar artis baru. Mana ada artis yang diperkenalkan dalam industri terus masuk kategori senior.

Alasan utama tak bagi tajaan pada artis baru sebab tak nak ambil risiko. Takut si artis baru menumpang pada populariti penaja yang ramai pengikut. Jadi buat apa bagi tajaan pada artis yang tak ada nama, apatah lagi artis baru yang ada kontroversi.

Sepatutnya penaja lihat pada kehebatan bakat yang ada pada setiap artis. Bukan berdasarkan minat, paras rupa, cerita kontroversi dan kedudukan latar belakang artis itu.

Penaja kena nilai sendiri kekuatan artis dan bukan main dengar-dengar saja, dari mulut ke mulut. Tolak ke tepi soal kejelitaan, ketampanan dan populariti yang jadi ukuran utama. Buat sikit kajian tentang industri seni. Jangan lekas senarai hitam artis baru berdasarkan cerita kontroversi artis itu dan perlulah rajin tengok TV dan tengok persembahan live artis-artis baru ini. Kebanyakan daripada mereka memang hebat. Kalau tak hebat pun, mereka rajin untuk ‘hidangkan’ sesuatu yang baru untuk semua. Taklah bosan dan stereotaip saja!

Macam pelakon Johan As’ari. Dia antara bintang terserlah yang mendapat perhatian golongan penerbit drama dan filem hari ini. Begitu juga dengan pelakon jelita Neelofa.

Ada juga artis baru datang mengeluh pada saya kerana diskriminasi layanan sebab tak ada nama. Ada juga artis baru yang saja-saja cipta kontroversi supaya wartawan hiburan datang interbiu. Habis semua cerita bawah kelambu nak diberitahu wartawan walaupun mengarut dan entah apa-apa. “Bila ada kontroversi, boleh masuk surat khabar. Bila gambar terpampang, baru orang kenal," kata pelakon baru berpangkal nama S itu kepada saya.

Terus terang, saya malas nak layan perangai pelakon baru itu. Sebab memang ada segelintir artis baru hari ini yang perasan hebat, biarpun berlakon tidak semenggah mana. Kalau kategori artis yang ada masalah sikap macam itu, memang saya pun sokong kalau penaja tak bekerjasama dengan dia.

Apa pun, artis baru hari ini kena buktikan kepada semua yang mereka boleh jadi pelapis bakat seni negara. Kalau tak ada perubahan, mahupun kemajuan dengan artis sedia ada, baik cari kerja lain saja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.