saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/08/2012

Izara penat menunggu

Izara dan Aiman meningkat popular hasil drama Vanila Coklat.

DRAMA Vanila Coklat telah mempopularkan Izara Aishah kepada peminat drama TV tempatan. Bagaimanapun apabila drama berkenaan akan difilemkan oleh Asia Media Content tidak lama lagi, peminat barangkali tidak akan melihat pelakon ini sebagai pemain watak utama. Menurut Izara, sehingga kini tarikh penggambaran filem berkenaan telah beberapa kali tertangguh dan menyukarkan dirinya merancang jadual lebih teratur.

"Saya memang tak dapat tunggu lagi kalau mereka terus menangguhkan penggambarannya.

" Saya hanya akan boleh menunggu sehingga paling lewat pun akhir Ogos ini sahaja," kata Izara menyatakan duduk perkara dan meletakkan syarat.

Menurut si cantik ini, jadual yang padat dan telah dipersetujui sebelum ini membuatkan dia perlu lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.

"Bermula September ini sehingga tahun depan, jadual saya sangat padat. Hendak atau tidak, memang saya kena dahulukan perkara lain jika penggambaran filem ini masih tertangguh," katanya yang bakal terlibat dalam empat buah filem pada tahun hadapan.

Bagaimanapun menurut Izara, jauh di sudut hatinya, dia memang mengharapkan filem itu diteruskan juga.

"Orang kenal saya melalui judul itu. Sudah tentu saya mahu bersama-sama apabila ia diangkat ke filem.

"Bagaimanapun saya perlu akur dan reda jika segalanya tidak berjalan seperti yang dirancang. Jika tidak ada kata putus lagi sehingga September nanti, saya terpaksa bersedia untuk melepaskan watak tersebut kepada orang lain," katanya, mengulangi pendirian.

Mengakui jika keadaan itu terjadi, dia akan bersedih, Izara tidak mahu larut dalam permasalahan lebih serius.

"Sedih memang sedih juga sebab kami yang menaikkan nama Vanila Coklat itu sendiri. Tetapi kami tidak ada pilihan lain.

"Sebelum ini saya sendiri telah korbankan banyak perkara lain semata-mata untuk filem ini, tetapi kali ini agak sukar kerana saya juga perlu memikirkan komitmen dengan pihak lain juga, " katanya dalam nada kecewa.

Cuba pelbagai

Semakin laris menghiasi drama di kaca TV, Izara juga dalam masa yang sama mahu mencari peluang untuk melakonkan pelbagai watak yang berbeza.

Mungkin tidak mahu dilabel dengan hanya membawakan watak yang sama setiap kali muncul di kaca TV, Izara serius untuk mencuba pelbagai watak.

"Buat masa sekarang, saya terima sahaja apa watak yang datang. Bukan apa, kalau boleh saya tidak mahu orang ramai lihat asyik lihat saya bawa watak baik sahaja.

"Kalau dapat watak antagonis pun saya berminat. Sudah lama juga rasanya tidak membawakan watak antagonis.

"Macam mana nak dapatkan feel jadi orang jahat pun, saya dah lupa," katanya berseloroh.

Sebelum ini, Izara pernah memegang watak antagonis dalam drama bersiri Soffiya dan tidak salah kiranya dia memang dibenci dalam drama tersebut kerana penyampaian yang berkesan.

Dan jika dilihat dengan usia Izara yang baru menjengah 20 tahun, mungkin banyak lagi perkara yang terpaksa ditempuhi oleh empunya diri untuk kekalkan prestasi di bidang seni.

Walaupun lakonannya mampu meninggalkan kesan, namun dia harus bijak mencatur karier supaya tidak dianggap sombong dan bongkak.

Berdasarkan usia yang muda, biarlah perjalanan seni Izara terus menebarkan ruang yang besar untuk dia mengaut untung.

Ini kerana, sebagai artis baru, jika tidak kena dengan caranya, sekali tersasar dan tersadung, sangat payah untuk kembali menjejak populariti kerana arus persaingan yang sangat hebat hari ini.

Ingatan untuk Izara Aishah!

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.