saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/08/2012

Joey legenda yang dilupakan

GAMBAR terbaru Joey yang dirakamkan sewaktu majlis berbuka puasa bersama Prism Sdn. Bhd. baru-baru ini.

PEMINAT lebih mengenali Joey sebagai vokalis kumpulan rock Bumiputra Rockers (BPR). Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu sebelum menganggotai BPR, Joey merupakan penyanyi kumpulan rock Split Times yang popular pada awal tahun 1980-an.

Menurut Joey atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi, ketika itu tidak banyak kumpulan rock tempatan ditubuhkan apatah lagi merakamkan album. Kalau adapun kata Joey ialah kumpulan Sweet Charity yang berasal dari Singapura.

Justeru Joey antara vokalis rock terawal di negara ini yang berpeluang merakamkan album secara berkumpulan bersama Split Times menerusi dua buah album berjudul Degil pada 1981 dan Kesepian (1983) terbitan Josal Records.

“Setahu saya kumpulan Search antara kumpulan rock tempatan terawal yang merakamkan album pertama mereka berjudul Cinta Buatan Malaysia. Itu pun pada 1984. Saya dan Split Times telah merakamkan album sendiri tiga tahun lebih awal daripada Search.

“Dua album Split Times itu diterbitkan oleh Hussaini Ajmain iaitu penerbit yang pernah menerbitkan album-album Sweet Charity pada penghujung 1970-an dan awal 1980-an," ungkap Joey kepada Hits sewaktu ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Penyanyi berusia 49 tahun ini juga antara vokalis rock termuda ketika era itu yang diberi peluang merakamkan album iaitu berusia 18 tahun bersama Split Times. Kini selepas 31 tahun, Joey masih aktif menyanyikan lagu-lagu rock.

Berasal dari Wadihana, Johor Bahru, Johor, kini Joey tidak lagi bersama BPR selepas keluar daripada kumpulan itu sejak tiga bulan lalu.

Namun itu tidak bermakna kerjaya penyanyi rock legenda ini akan terhenti begitu sahaja. Sebaliknya, dia kini meneruskan perjuangannya dalam bidang nyanyian bersama kumpulan Jim.

Dia yang telah menduda sejak 20 tahun lalu menganggap pembabitannya dalam muzik rock sudah sebati dalam jiwanya. Ini kerana, biarpun tidak lagi bersama BPR, penyertaan di dalam Jim mampu meneruskan kesinambungannya dalam bidang yang amat diminati itu.

“Cuma bezanya kalau dulu saya menyanyi kerana mahu memuaskan hati para peminat tetapi sekarang ini saya mahu memuaskan hati sendiri. Dulu saya terikat dengan pelbagai peraturan seperti terpaksa berpakaian kemas dan berambut kemas.

“Sedangkan di Barat golongan penyanyi dan pemuzik rock mereka ada gaya berpakaian sendiri. Ia umpama orang yang bekerja di pejabat yang berpakaian kemas dengan bertali leher. Maka begitu jugalah dengan penyanyi rock yang ada imej sendiri.

“Sebab itu, sekarang ini saya mahu memuaskan hati sendiri dengan mengekalkan imej rock saya. Malah kalau mengadakan persembahan pun, saya dan Jim akan menyanyikan lagu-lagu rock lama yang agak keras seperti lagu Holy Diver nyanyian kumpulan Dio ataupun Two Minutes Two Midnight (Iron Maiden). Itulah jiwa saya yang sebenarnya," luahnya.

Selain Joey, Jim turut dianggotai oleh barisan pemuzik berpengalaman iaitu Joe Burnmark selaku pemain gitar, Yunos (bass), Eddie (gitar) dan Syamir (drum) di mana mereka pertama kali mengadakan persembahan di kelab Ruum Jungle, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur pada Jun lalu.

Bapa kepada dua anak iaitu Danial Iskandar, 21, dan Dinnie Dzulqarnaen, 21, (menetap bersama bekas isterinya, Anita Samat di Singapura) tetap tidak putus asa biarpun perjalanan seninya pernah melalui pasang surut yang mencabar kesabaran.

Antaranya, dia tidak mempunyai kerja lain selain menyanyi sejak lebih tiga dekad lalu. Namun mujurlah rezekinya dalam bidang nyanyian tidak putus-putus dan masih menerima undangan mengadakan persembahan pentas di merata-rata tempat.

“Saya masih menerima tawaran menyanyi walaupun dalam persembahan secara kecil-kecilan. Malah kadang-kala persatuan orang-orang buta di Kuala Lumpur juga sering menjemput saya menyanyi dan seboleh-bolehnya saya tidak akan menolak jemputan seperti itu.

“Pada masa sama, selain menyanyi saya juga aktif dalam persatuan artis. Saya adalah adalah Pengarah Prism Berhad yang menguruskan royalti artis-artis tempatan," beritahunya yang juga merupakan Naib Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lirik Tanah Air (Papita).

Anak kedua daripada tiga beradik berharap pembabitannya dalam Jim akan terus mendapat sokongan para peminat irama rock. Tambahnya dalam meniti sisa-sisa hidupnya kini, Joey berharap dapat menyumbangkan tenaga dan pengalaman dalam bidang muzik bagi membantu rakan-rakan seperjuangannya dalam Prism.

“Saya mahu berkhidmat kepada golongan artis terutamanya penyanyi dan pemuzik supaya nasib mereka lebih terbela pada masa depan melalui perjuangan dalam Prism bagi mendapatkan hak royalti yang lebih baik.

“Mungkin zaman saya dulu taraf hidup artis dan hak mereka kurang terbela. Jadi sudah sampailah masanya, saya melakukan suatu perubahan dalam Prism dengan pengalaman yang saya ada bagi mencapai hasrat tersebut," ujarnya lagi yang popular dengan lagu-lagu seperti Seribu Tahun Takkan Mungkin, Aku Hanya Serangga dan Harum Subur Di Hati.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.