saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/08/2012

Duit lesap, hati berasap

Pelabur skim cepat kaya menyasarkan golongan figura awam sebagai mangsa mereka. - Gambar hiasan.

ARTIS kena tipu? Macam mana boleh kena tipu? Semua itu membuatkan kita tertanya-tanya. Sepatutnya mereka tidak boleh kena tipu. Macam tak percaya pula sebab mereka adalah antara anggota komuniti bermaklumat. Apa sahaja yang pada mereka tak pernah terkebelakang, sentiasa ke hadapan dan serba serbi kemas kini. Ia juga disokong dengan penggunaan teknologi canggih yang gajetnya harga beribu-ribu. Juga laman sosial tanpa had. Ada facebook, twitter, blog dan macam-macam lagi rangkaian dunia tanpa batasan.

Pergaulan harian artis juga cukup luas. Bukan sekadar bersama rakan artis, tetapi mencakupi pelbagai lapisan masyarakat. Pasti punya kenalan golongan orang kenamaan dan pergaulan itu pasti menyumbang pemikiran ke hadapan.

Sebab itu, bila dikaji semula, takkanlah artis yang hidup serba moden itu boleh terpedaya dengan kata-kata manis penipu skim cepat kaya? Senang-senang saja 'malaun' itu dapat kebas duit artis itu. Bukan setakat puluhan ringgit, tapi ribuan malah ada yang mencecah angka enam angka sekali gus.

Apa sebenarnya yang ada dalam pemikiran artis itu sebelum buat pelaburan itu? Kenapa tak buat kajian atau selidik latar belakang sebelum serahkan duit pada 'malaun' itu.

Mudahnya artis cakap: "Alah, benda dah nak jadi. Duit dah lesap, memanglah hati berasap. Orang yang mendajal dah hilang. Nak buat macam mana". Tapi kalau melabur di tempat yang orang lain melabur taklah jadi begini.

Kita ada banyak skim pelaburan yang diperakui oleh kerajaan misalnya skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau skim saham amanah di institusi kewangan.

Tapi kenapa pilih juga skim cepat kaya ? Kalau seorang artis yang terkena tak mengapalah, tapi artis mahupun figura awam yang kena tipu dengan 'malaun' ini dah banyak. Setiap tahun ada saja saja terdengar artis kena tipu.

Berita artis kena tipu ini pun meluas. Takkanlah artis tak pernah ambil pengajaran dari kejadian berlaku di kalangan artis terlibat dengan skim cepat kaya ini.

Media juga dah banyak kali melaporkan tentang bahana skim cepat kaya. Terbaru, pelakon terkenal kelahiran Singapura, Adi Putra terkena jerat 'malaun' skim cepat kaya dan kerugian RM19,000.

Mungkin pada pandangan masyarakat artis yang 'terkena' itu dari kalangan artis kurang cerdik. Sebab mereka membiarkan dirinya termakan janji palsu 'malaun'. Pendedahan tentang jumlah duit pelaburan artis juga antara perkara yang buat masyarakat rasa kebanyakan artis ini hidup senang dan ada banyak duit di bank.

Ada juga masyarakat yang bersimpati dengan nasib artis yang terkena jerat malaun skim cepat kaya. Iyalah, duit simpanan hasil titik peluh sendiri itu sejak bertahun-tahun lamanya itu senang saja lebur, hilang sekelip mata.

Sebab itu, saya syorkan kepada golongan artis untuk ambil langkah berjaga-jaga bila ada orang menjanjikan keuntungan yang cepat pada masa akan datang. Perlu menghindari kata-kata pujukan daripada penganjur skim cepat kaya ini yang selalunya beri banyak alasan kenapa orang patut buat pelaburan dengan mereka.

Janganlah kita ulang lagi peristiwa pelabur kena tipu dengan skim cepat kaya tahun 1980-an hingga awal 1990-an yang berjaya melesapkan wang pelabur. Belum pernah ada lagi laluan untuk pelabur cepat jadi kaya. Barangkali yang cepat kaya adalah pengendali skim itu bukan pelabur.

Kadang-kadang susah juga untuk kita bersimpati dengan mereka yang jadi mangsa skim ini. Kalau makcik duduk di kampung wajarlah juga. Ini artis terdedah dengan perkembangan semasa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.