saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/08/2012

Pertimbang saman beberapa blog lain

FARA mahu segera membersihkan namanya yang sudah tercalar.

TINDAKAN saman ini diambil untuk memberi pengajaran kepada bloger berkenaan berkaitan dengan isu fitnah tersebut. Saya dan pihak peguam juga sedang mempertimbangkan untuk mengheret beberapa bloger lain ke muka pengadilan berhubung kes fitnah ini," kata Noorfarashikin Othman baru-baru ini.

Bagi yang mengikuti perkembangan kes berkenaan, wanita yang lebih mesra disapa dengan panggilan Fara ini mengambil tindakan undang-undang terhadap blog Oh Bulan yang telah memfitnah dirinya melalui penyebaran gambar peribadi dirinya sebaik sahaja bercerai dengan Datuk Hattan.

Tindakan difikirkan wajar oleh pihaknya memandangkan reputasi Fara terjejas dengan penyebaran cerita yang tidak benar ini. Perkara ini tidak hanya melibatkan dirinya tetapi turut menjejaskan bisnes yang sedang berkembang maju.

Bagi Fara, biarpun ada yang menganggap kes tersebut sudah lama berlalu tetapi perbuatan tidak bertanggungjawab pihak terbabit mendiamkan diri selepas insiden berkenaan turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya.

Ketika ditemui baru-baru ini, Fara yang turut ditemani peguam Amir Hamzah Arshad dan Nizam Bashir ini meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Tidak menganggap tindakan tersebut sebagai trend, Fara hanya mahu membersihkan namanya yang sudah tercalar akibat perbuatan mereka.

"Saya melakukan semua ini bukan kerana duit. Tak usah bercakap soal wang RM1 juta itu tetapi apa yang mereka lakukan pada saya lagi teruk. Orang mula curiga dengan saya dan percaya bulat-bulat. Yang lagi teruk apabila ia turut menjejaskan bisnes saya!

"Saya yang bercerai dan hanya saya dan bekas suami yang tahu apa terjadi. Penyebaran fitnah seperti itu memang tidak boleh dimaafkan memandangkan mereka langsung tak bagi respons apabila pihak peguam saya mengambil tindakan awal sebelum ini.

"Ini adalah pengajaran kepada mereka. Saya bukan artis dan saya bukan selebriti yang perlu mereka jadikan mangsa. Harap-harap tindakan undang-undang ini mampu memberi pengajaran kepada semua pihak agar lebih bertanggungjawab dengan apa juga penyebaran berita selepas ini," kata Fara lagi.

Bagi peguam Amir Hamzah pula, pihaknya telah menghantar surat tuntutan kepada Oh Bulan sebelum ini tetapi tidak mendapat maklum balas. Oleh kerana pihak tersebut berdiam diri, maka tindakan lain harus diambil untuk meneruskan kes berkenaan.

"Kira-kira dua minggu lalu kami telah memfailkan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan masih menanti pernyataan pembelaan daripada pihak mereka. Bukan tidak ada cara lain yang boleh dilakukan tetapi mereka hanya berdiam diri.

"Kalau boleh kami mahu menyelesaikan kes ini secara baik di luar mahkmah. Tak mengapa, setidak-tidaknya ini menjadi bukti yang anak guam kami sudah pun mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum meneruskan kes berkenaan.

"Mereka (pihak terlibat) menulis tanpa mengambil kira kesahihan berita itu. Tidak ada sesiapa pun yang menghubungi anak guam kami untuk mendapatkan penjelasan atau bertanyakan tentang kesahihan penyebaran cerita yang tidak benar itu.

"Kami juga berharap pihak media, bloger dan laman web hiburan tempatan beretika dan lebih bertanggungjawab kepada apa yang mereka tulis," kata Amir Hamzah yang mewakili firma guaman Tetuan Ranjit Singh & Yeoh.

Mengimbas apa yang telah terjadi penyebaran gambar peribadi milik Fara bermula sekitar tahun 2008 apabila akaun e-mel miliknya digodam. Penggodam berkenaan juga telah mencipta e-mel lain dan menyebarkannya bertujuan untuk menjatuhkan maruah dan reputasinya.

Sekali lagi pada tahun 2011, facebook Fara digodam oleh pihak lain sehinggalah mereka memuat naik beberapa artikel palsu untuk tujuan mengaibkan dirinya.

"Anak guam saya telah pun membuat banyak laporan polis berhubung dengan hal penggodaman sejak tahun 2008 lagi. Selain pihak polis, laporan juga dibuat kepada pihak Cyber999 dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Berikutan dengan insiden penggodaman dan pemalsuan artikel berkenaan, beberapa blog dan laman web media tempatan telah menggunakan artikel palsu berkenaan sebagai bahan bacaan termasuklah bloger yang disaman oleh Fara.

Fara juga telah memberitahu hal pencerobohan ini kepada umum melalui akhbar Malay Mail (2008) dan rancangan Melodi! (2012)," jelas Amir Hamzah lagi.

Bagi wanita berusia 32 tahun itu pula, dia percaya masih ramai lagi orang biasa di luar sana yang menjadi mangsa jenayah siber seperti dirinya tetapi masih tidak mendapat pembelaan daripada pihak berwajib

"Buat laporan tetapi tidak ada apa-apa tindakan lanjut daripada pihak SKMM. Saya pasti ramai yang kecewa dengan SKMM yang tidak berjaya mengambil langkah untuk menangani jenayah siber ini.

"Apa yang pasti saya mahu menyelesaikan kes ini dengan cara yang paling baik. Saya masih boleh mengawal diri walaupun maruah saya sudah terjejas dengan perbuatan mereka. Doakan semoga segalanya dapat diselesaikan cepat," kata Fara lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.