saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/08/2012

Istimewa Ketupat Rendang Kopi 'o

BANYAK program menarik yang disajikan kali ini. Pengisiannya juga sedikit berbeza daripada rancangan Nasi Lemak Kopi O yang cukup setia menemani pagi hujung minggu jutaan peminat setia program kendalian TV9 ini.

Untuk hari raya, mereka tidak menggunakan nama Nasi Lemak Kopi O sebaliknya menukar kepada Ketupat Rendang Kopi O (KRKO) yang sudah pun bersiaran sejak semalam hingga hari raya ketiga nanti.

Pelbagai program menarik yang akan disajikan kepada penonton setia rancangan KRKO kali ini termasuklah pelbagai segmen Perantau Pulang yang memaparkan pelbagai kisah suka duka perantau ketika menyambut lebaran.

Bertemu dengan Luqman Hakim Abd. Malik yang juga merupakan pengacara dan Penerbit KRKO, dia menganggap pengisian rancangan sempena Hari Raya Aidilfitri ini adalah sesuatu yang cukup menarik dan bermanafaat untuk para penonton setia mereka.

"Memang kita dah merancang sejak awal lagi untuk memaparkan pelbagai segmen baru dengan pengisian yang lebih dekat dengan masyarakat untuk isu hari raya ini.

"Kita menyasarkan cerita yang berkaitan dengan golongan perantau seperti tahun-tahun sebelumnya tetapi garapan yang berbeza dilakukan untuk mencari kelainan.

"Pihak kita telah pun menemubual beberapa individu yang pernah menyambut Aidilfitri di luar negara sama ada mereka bekerja mahupun atas dasar kekangan undang-undang.

"Tahun ini merupakan tahun pertama mereka beraya di sini, sudah pasti suasananya lebih meriah," kata Luqman lagi.

MemaparkanSepatutnya esok KRKO akan memaparkan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang disertai oleh Luqman sendiri. Dia yang dijadualkan ke Gaza kira-kira dua minggu lalu terpaksa membatalkan hasrat tersebut atas sebab keselamatan.

"Sepatutnya saya dan jurugambar berlepas ke Gaza untuk melihat sendiri penderitaan rakyat Palestin yang masih dalam keadaan kacau bilau sejak dahulu lagi.

"Rombongan perdana Global Peace Foundation mahu menghantar sumbangan air bersih ke setiap khemah pelarian Palestin menerusi Water4Gaza. Tapi nampaknya rezeki untuk ke sana tidak kesampaian," tambahnya.

Pergolakan di sempadan makin buruk dan atas faktor itulah yang menyebabkan misi bantuan tidak dapat dilaksanakan yang sedikit sebanyak mengecewakan Luqman yang cukup bersemangat.

Meskipun begitu, ia langsung tidak mematahkan semangat anak muda yang berusia 30 tahun itu untuk memberikan yang terbaik kepada penonton KRKO nanti.

KRKO turut memaparkan kelainan kebudayaan menerusi paparan suku kaum orang Asli Mahmeri menyambut Aidilfitri. Untuk pengetahuan, rata-rata suku kaum Mahmeri beragama Islam tetapi tidak diketahui ramai.

Mereka telah pun mengadakan rakaman tentang sambutan Hari Raya di Perkampungan Orang Asli Gombak menyambut hari lebaran. Penonton juga boleh menyaksikan sendiri cara membuat makanan tradisional Bakul Mak Lang, sejenis makanan popular bagi mereka.

KRKO akan bersiaran sehingga hari raya ketiga menerusi TV9. Selain Luqman, pengacara lain termasuklah Fizo Omar, AG, Bienda, Hunny Madu dan penampilan istimewa Aziz Desa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.