saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/08/2012

Sinar Maya Karin & Yassin

SEMINGGU Syawal telah dirai, kemeriahannya masih lagi dirasakan. Di sana sini ada jemputan rumah terbuka dan sudah pasti inilah masa yang terbaik untuk meraikan sanak-saudara dan sahabat handai yang jarang ditemui.

Bagi Maya Karin dan Yassin Sulaiman, Aidilfitri kali ini memang cukup lain bagi mereka. Masing-masing membawa haluan sendiri, meraikan Syawal dengan sisi yang sedikit lain daripada kebiasaan.

Sejak bergelar solo, Maya tidak lagi kekok merayakan Aidilfitri sendirian. Sebabnya dia masih lagi punya keluarga dan sudah pasti ibunya tetap setia menemaninya sepanjang meraikan bulan kemenangan umat Islam.

Paling menarik apabila tahun ini menyaksikan adik lelaki Maya yang sudah ‘hilang’ selama lapan tahun kembali ke pangkuan keluarga tercinta. Cukup bermakna lebaran kali ini apabila mereka berkumpul melepaskan rindu.

Berbeza pula dengan Yassin. Dia memilih Kota Suci Mekah sebagai destinasi sambutan Aidilfitri kerana terikat dengan jadual penggambaran drama yang sudah dipersetujuinya sebelum ini.

Menganggap itu adalah peluang yang tidak harus dilepaskan, Yassin akan ke sana sendirian tanpa ditemani oleh isteri dan anak-anak. Tidak kecewa dengan apa yang berlaku, dia tahu segalanya tidak akan merubah apa-apa.

Bertemu empat mata dengan kedua-dua anak seni ini, macam-macam perkara yang diperkatakan. Pelakon yang cukup popular dengan filem Ombak Rindu ini tidak kekok bercerita mengenai sambutan Hari Raya kali ini.

Jelasnya, Aidilfitri memang hari yang cukup dinantikan olehnya saban tahun memandangkan pada masa itu dia akan berehat dan menumpukan kepada acara sambutan di rumah.

“Tahun ini saya beraya di Kuala Lumpur sahaja. Sudah dua tahun saya menyambut lebaran di sini dan suasananya tidak banyak berubah dengan Pulau Pinang seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Paling istimewa sudah pasti dengan kepulangan adik lelaki saya. Sejak lapan tahun lalu dia merantau dari satu negara ke negara yang lain sehinggalah dia bertemu jodoh dengan orang Mexico.

“Kali ini dia kembali ke sini. Dia pun dah bekerja di Malaysia dan tahun ini barulah kami sama-sama berpeluang untuk meraikan lebaran bersama dengan dia, isteri dan anak-anaknya.

“Mungkin ini adalah kebahagiaan saya di hari lebaran. Perasaannya sedikit lain yang mungkin orang lain tak fahami," kata Maya tertawa.

Mengaku mengambil cuti yang agak panjang, Maya mahu lebih banyak berehat memandangkan jadual kerjanya yang padat sepanjang tahun sedikit ‘menyesakkan’ dada.

“Sepatutnya saya berlakon sebuah filem tetapi nampaknya dah ditunda pula. Jadi saya mahu berehat panjang dan fokus dalam bidang nyanyian pula. Apalagi lagu Sinar Ini duet bersama Yassin sudahpun dimainkan dicorong-corong radio.

“Memang saya masih tidak dapat melupakan bidang nyanyian yang banyak memperkenalkan nama saya. Lagu ini pun saya tulis liriknya berdasarkan kisah satu malam yang saya lalui," katanya.

Bagi Yassin pula, dia menganggap kolaborasi antara dirinya dan Maya sebagai mengeratkan kembali silaturrahim memandangkan mereka sudah berkenalan sejak awal penglibatan Maya dalam industri seni.

Malah ketika pemilihan Maya sebagai rakan duet, Yassin menganggap ini sebagai kolaborasi menarik antara dirinya dengan seorang bintang filem yang cukup terkenal.

“Sejak lagu Sinar Ini diputarkan di radio memang saya dapat mendengar sendiri maklum balas peminat. Ada yang suka dan ada yang tidak. Saya mendengar apa juga pandangan orang untuk memperbaikinya.

“Memang lagu ini cukup berbeza. Kami siapkan sepenuhnya hanya dalam masa tiga minggu dan yang paling menarik rakaman dibuat secara langsung dengan pemuzik," jelas Yassin.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Salsabilla ini yakin percaturannya akan menjadi. Lagu Sinar Ini cukup lain daripada yang lain jika mahu dibandingkan dengan lagu hasil ciptaannya sebelum ini.

Bercerita mengenai hari raya pula, atas dasar sudah terikat dengan perjanjian menyudahkan drama Wasiat Rindulah yang telah membawanya ke Mekah empat hari sebelum raya, cerita Yassin;

“Sebenarnya kota Mekah bukanlah kota yang asing buat saya. Dulu saya pernah menetap di sana selama lapan tahun. Bila sudah tidak kembali ke sana, sudah pasti perasaan rindu itu menebal.

“Tidak sekadar hadir untuk bekerja saya juga menggunakan sepenuh peluang untuk beribadat kepada Allah. Suasana kota Mekah pun sangat lain jika nak dibandingkan dengan dahulu," katanya yang berada di sana selama dua minggu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.