saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/08/2012

Sofi tidak pandai beraya

SOFI JIKAN

BAGI kebanyakan orang, 1 Syawal antara saat yang dinanti-nantikan. Ini kerana waktu itulah mereka boleh melaram dengan berpakaian baru sambil kunjung mengunjungi ke rumah saudara mara dan handai taulan. Suasana itu dirasai di merata-rata tempat di seluruh negara pada musim perayaan yang datangnya setahun sekali.

Tambah meriah apabila Hari Raya Aidilfitri disambut di kampung halaman yang pernah meninggalkan pelbagai nostalgia.

Namun, bagaimana pula halnya bagi mereka yang tidak berapa suka beraya sakan dan dibesarkan pula di tengah bandar seperti pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan?

Pemenang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 ini secara terus terang mengakui tidak berapa pandai beraya apatah lagi menyambutnya secara berlebih-lebihan.

Kata pelakon berusia 42 tahun ini cukuplah baginya meraikan raya secara ala kadar tetapi yang penting pengisian di sebalik raya itu.

"Apa yang penting ialah ibadat puasa dan hari raya adalah kejayaan selepas berpuasa. Tetapi kalau kita lebih beraya daripada berpuasa itu sudah jadi lain.

"Raya bagi saya ringkas sahaja. Jangankan raya, sambutan hari lahir saya sendiri pun saya tidak pernah raikan. Saya sambut raya setiap tahun secara sederhana sahaja.

"Saya pula bukannya tinggal di kampung lagi. Ini kerana, sejak kecil saya dibesarkan di Damansara Jaya, Petaling Jaya iaitu kawasan yang dekat dengan bandar. Saya balik beraya pun cuma setakat di kampung isteri saya di Kampung Indah, Morib, Selangor," katanya kepada Hits sewaktu ditemui di Petaling Jaya baru-baru ini.

Pada pertemuan itu, bapa kepada Sufilyana Syahmi, 8, Ilham Izzuddin, 5, dan Irfan Solihan, setahun enam bulan ini baru habis menjalani penggambaran telemovie berjudul Anak Tengi arahan Izzman Hafiz Izzauddin terbitan Sazawan Supply Sdn. Bhd. yang akan ditayangkan di TV AlHijrah tidak lama lagi.

Bekas graduan Akademi Filem Malaysia ini menambah sifat bersederhana itu banyak diwarnai oleh latar belakang keluarga yang bukan daripada kalangan orang senang. Semua itu secara tidak langsung mempengaruhi Sofi sehingga dia seperti kurang terdedah dengan budaya beraya secara berlebih-lebihan.

"Bapa saya cuma seorang bekas askar yang sudah pencen dari Kem Seberang Takir, Kuala Terengganu. Keluarga saya kemudiannya berpindah ke Damansara Jaya dan tinggal di kawasan perumahan setinggan sahaja. Saya sejak kecil hanya biasa makan nasi dengan telur goreng campur kicap. Bagi saya itu sudah terbaik.

"Sebab itu, apabila orang lain sibuk beraya saya lebih suka duduk di rumah bersama isteri dan anak-anak. Kalau dulu semasa kecil emak dan ayah saya adalah juga membawa kami sekeluarga beraya di kampung mereka di Simpang Renggam dan Ayer Hitam, Johor. Tetapi apabila sudah berkeluarga saya beraya di rumah sahaja," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.