saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/09/2012

Erry Putra diugut bunuh

Ugutan bunuh bukan satu perkara main-main namun Erry percaya membuat tindakan secara melulu cuma akan mengundang lebih banyak kesulitan.

JARANG kita dengar cerita panas mengenai pelakon yang begitu popular dengan drama bersiri Nora Elena ini. Siapa lagi kalau bukan Erry Putra. Bahang populariti dia juga semakin melonjak sekarang ini apabila dia muncul dengan watak antagonis dalam drama bersiri Naziha.

Nak dijadikan cerita, disebabkan wataknya dalam drama itu, agaknya ada yang menyimpan dendam terhadap pelakon yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini.

Ia dibuktikan apabila Erry sendiri membuat pengakuan bahawa dia telah diganggu oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya beberapa hari lepas.

Paling mengejutkan, dakwa Erry, nyawanya turut diancam apabila lelaki tersebut mengugut untuk membunuhnya.

Menggali hal ini dengan lebih mendalam, Pancaindera mendapatkan Erry untuk menjelaskan situasi yang sebenar.

Khabarnya, Erry telah diganggu oleh seseorang yang tak dikenali baru-baru ini. Apa cerita ni?

Ya, memang betul. Kejadian tu baru saja berlaku beberapa hari lepas. Saya memang tak tahu siapa dia tapi yang pasti dia memang psiko.

Apa yang dia buat?

Dia hantar macam-macam mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) pada saya termasuk menghubungi saya setiap masa. Saya pun hairan juga, macam mana dia boleh dapat nombor telefon saya. Dari hari pertama dia buat hal, saya memang langsung tak ambil peduli. Memang malas nak layan.

Macam mana pula reaksi lelaki psiko tu bila Erry tak layan dia?

Banyak kali dia hubungi dan hantar SMS tetapi saya tak balas atau layan, dia mula bengang. Kemudian dia mula hantar SMS mengarut dan maki-hamun saya macam-macam. Pun begitu, saya masih tak layan dia. Bagi saya buat apa nak layan orang tak betul macam ni. Tapi paling saya tak sangka, dia turut dapat nombor pembantu peribadi saya dan beberapa kawan saya yang lain. Mereka pun kena maki dan diganggu oleh orang yang sama. Alasan dia, sebab mereka semua sebelahi saya. Itu yang saya hairan tu.

Khabarnya Erry juga menerima ugutan bunuh daripada lelaki itu. Apakah Erry tidak risau?

Risau memanglah risau. Memang lelaki ni sengaja nak cari fasal. Itu saya tak nafikan. Sebab tu saya tak layan. Dia telefon saya setiap masa. Pagi, petang, siang dan malam. 24 jam tak henti. Rimas juga saya dan buat masa sekarang saya perlu berhati-hati.

Sudahkah Erry membuat laporan polis untuk jaminan keselamatan?

Kebetulan, saya ada kawan yang bekerja di sebuah syarikat telco dan saya minta bantuan dia untuk menyekat nombor telefon lelaki psiko tu. Jadi dia dah tak boleh ganggu saya lagi. Bukan saya tak nak buat laporan polis, tapi saya rasa selagi saya tak terima gangguan atau kecederaan fizikal daripada dia, rasanya lebih baik saya berdiam diri dulu.

Tidakkah Erry bimbang dia akan membuat tindakan yang di luar jangkaan?

Bukan tak nak ambil serius. Tapi saya akan mengambil langkah berhati-hati. Kalau ikut hati, memanglah kalau boleh saya nak cari siapa dia. Tapi malas nak layan. Sekarang ni tawakal sajalah.

Apakah mungkin lelaki psiko yang Erry maksudkan tu sebenarnya orang yang dekat dengan Erry. Mungkin kawan-kawan Erry juga?

Saya tak berani nak buat tuduhan melulu. Tapi saya tak rasa kawan-kawan yang cuba nak dajal. Memang lelaki ini psiko. Yang boleh saya beritahu, dia ni macam orang dari pantai timur berdasarkan loghat bahasa yang dia gunakan.

Pernah dapat ugutan seperti ini sebelum ini?

Tak pernah. Ini kali pertama. Kalau orang telefon atau SMS kacau-kacau tu biasalah. Ini sampai buat ugutan bunuh...siapa yang tak cemas kan. Agaknya dia ni terbawa-bawa dengan watak saya dalam Naziha kot sebab tu dia simpan dendam. Tak tahulah, mungkin tanggapan saya salah. Saya ada bercadang nak tukar nombor yang baru. Tapi sayang juga sebab nombor ni dah lama saya guna dan memudahkan kerja saya. Tak apalah, berhati-hati sajalah lepas ni.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.