saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/09/2012

Slot Saranghae warnai

SALAH satu babak menarik dari filem My Boyfriend Is Type B yang akan menemui anda malam ini .

GELOMBANG K-pop atau apa sahaja yang berkaitan dengan industri hiburan Korea di negara kita kini bukan lagi satu perkara baru.

Mempunyai jutaan pemujanya, baik lagu, drama mahupun filem Korea dilihat menerima sambutan yang luar biasa di kalangan mereka yang memang gila dengan dunia Korea.

Menyedari kuasa luar biasa gelombang atau fenomena Korea ini, TV9 hadir dengan slot baru untuk penonton setianya.

Diberi nama slot Saranghae, TV9 menjanjikan hanya yang terbaik untuk semua penonton menerusi filem-filem yang ditayangkan di slot tersebut setiap Ahad pada pukul 10 malam yang sudah pun bermula pada 26 Ogos lalu.

Minggu pertama, penonton dihiburkan dengan filem berjudul Lost And Found yang menyaksikan gandingan mantap pelakon Park Jin Hee, Lee Ki Woo, Jo Han Seon dan Kim Dong-Wook.

Ahad ini juga istimewa kerana peminat-peminat filem Korea berpelung nyaksikan filem komedi romantik berjudul My Boyfriend Is Type B.

Filem itu mengisahkan mengenai Young Bin (lakonan Lee Dong Geon) seorang lelaki kacak tetapi sayangnya dia memiliki karakter yang cukup menjengkelkan.

Meski ramai gadis yang tergila-gilakan dirinya, dia bagaimanapun cukup memilih terutama dalam soal wanita idaman.

Berlainan pula dengan Han Mi (lakonan Han Ji Hye). Pelajar universiti ini percaya bahawa takdirlah yang menentukan siapakah pasangan hidupnya.

Satu hari, Han Mi telah tersilap menghantar pesanan ringkas kepada Young Bin sedangkan pesanan itu sepatutnya dihantar kepada seorang sahabatnya.

Mereka tidak mengenali antara satu sama lain sehinggalah kedua-dua mereka bertembung di sebuah stesen bas.

Selepas mengharungi insiden di mana telefon bimbit mereka terjatuh, Han Mi dan Young Bin kemudiannya bertukar-tukar nombor telefon.

Dari situ, bermulalah bibit-bibit cinta mereka.

Sepupu Han Mi, Chae Young (lakonan Shin Me) yang merupakan seorang konsultan pencari jodoh mendakwa lelaki seperti Young Bin yang berdarah B, adalah seorang lelaki yang tidak romantik, ego serta sombong.

Ini kerana, kebiasaannya, Chae Young banyak membantu kliennya mencari pasangan melalui kaedah jenis darah pasangan bagi menentukan tahap keserasian.

Disebabkan itulah, apabila Han Mi memperkenalkan Young Bin kepadanya, Chae Young tidak begitu menyenangi lelaki itu selain menganggap dia tidak sesuai buat Han Mi.

Meski hubungan cinta mereka ditentang, Han Mi tetap setia bersama Young Bin sebelum dia disisihkan oleh teman lelakinya itu.

Hatinya kecewa tetapi masih menahan sabar kerana wanita itu percaya bahawa pertemuan tanpa disengajakan bersama Young Bin tempoh hari adalah percaturan Tuhan untuk dirinya.

Young Bin yang terkenal dengan sikap playboy akhirnya merasakan hidupnya kekosongan apabila Han-Mi tidak berada disisinya.

Namun, Young-Bin yang sememangnya bersikap angkuh itu tidak mahu berterus-terang kepada Han-Mi.

Adakah Young-Bin benar-benar menyayangi dan mencintai Han-Mi?

Atau dia cuma mahu mempergunakan wanita itu semata-mata kerana Han Mi adalah seorang pelajar yang bijak dan pandai berdikari?

Untuk mengetahui apakah kesudahannya, jangan lupa untuk menyaksikan My Boyfriend Is Type B malam ini, menerusi slot Saranghae di saluran 119 (TV9).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.