saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/09/2012

Ainan Tasneem tolak soal peribadi

HATI Ainan Tasneem... sudah dimiliki.

LAGU Aku Suka Dia semakin popular dan kerap diputarkan di stesen radio saban hari. Melodi dan lirik bersahaja hasil nukilan penyanyi kelahiran Youtube ini memang sedap didengar. Ia dihasilkan bersesuaian dengan cita rasa orang muda pada hari ini yang gemarkan satu lagu berorientasi ringkas dan mudah diikuti. Lantaran itu, ada yang menganggap lirik Aku Suka Dia berkaitan dengan kisah cinta Ainan Tasneem Ridzuan dengan kekasihnya yang dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Semuanya bertitik tolak selepas penyanyi yang bakal menyambut hari jadinya ke-20 tahun pada 4 November ini membuat pengakuan dalam sebuah program hiburan televisyen bahawa hatinya sudah dimiliki.

Benarkah Aku Suka Dia itu diilhamkan dari kisah cinta Ainan? Liriknya berkisarkan perasaan seorang perempuan yang meminati seseorang lelaki dari jauh dan tak menyangka perasaan cintanya itu berbalas.

Menjawab persoalan itu, penuntut jurusan Sarjana Kejuruteraan Bioproses, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ini tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Katanya: “Itu tidak betul sebab lagu itu rekaan semata-mata dan saya cipta lagu itu atas perminaan peminat.

Tidak berpuas hati dengan penjelasan itu, Ainan ditanya tentang penjelasan lirik Aku Suka Dia.

“Betul, saya ambil idea cerita dongeng Cinderella dan buat lirik secara suka-suka. Dapat ilham, saya ubah sikit-sikit kemudian saya bermain-main dengan gitar. Lagi pun, saya reka lagu ini masa umur 17 tahun, sebelum berjumpa dengan kekasih saya ini.

“Apabila orang kaitkan persamaan dengan kisah cinta kami, saya nafikan kerana ia tiada kaitan antara satu sama lain," jelasnya.

Dalam perkembangan yang sama, tatkala Ainan ditanya tentang kekasihnya itu, mukanya tiba-tiba merah menahan malu. Jadi bilakah Ainan akan berkongsi dengan umum tentang siapa lelaki yang bertakhta di hatinya itu?

“Sebenarnya, saya tak boleh dedahkan terlalu banyak soal peribadi terutama teman lelaki. Banyak benda yang perlu difikirkan, hati yang perlu dijaga sebab saya takut ia akan melukakan hati sesiapa.

“Saya juga tak nak orang cakap saya sengaja cari publisiti murahan bila sudah dikenali. Jadi, lebih baik tak payah cakap terlalu banyak tentang siapa kekasih saya itu," katanya jujur.

Kalau tak boleh cakap, kenapa Ainan dedahkan kepada semua orang yang hati Ainan sudah berpunya? Katanya: “Saya cuma mahu beritahu semua orang yang saya sudah berpunya. Jadi tak timbullah cakap-cakap orang bila nampak saya berjalan dengan dia di luar nanti. Saya tahu benda ini terlalu personal, tapi saya kena jelaskan.

“Saya tak nak dicop sebagai hipokrit. Bermati-matian mengaku dengan wartawan yang saya belum ada kekasih, walhal ada. Hanya itu nawaitu saya," ujar penyanyi yang mempunyai tujuh lagu ciptaannya yang masih dalam simpanan.

Pensyarah impianku

Ditanya tentang pelajarannya, Ainan yang bakal mengikuti pengajian semester baru di UniMAP mengakui hatinya tidak sabar untuk menjalani kehidupan sebagai pelajar esok setelah bercuti kira-kira tiga bulan lalu.

“Saya rindukan kawan-kawan sekuliah. Dah lama tak jumpa mereka. Saya kena fokus pada pelajaran, lupakan sebentar soal dunia artis. Saya nak capai cita-cita menjadi pensyarah. Itu impian yang harus saya sasarkan. Saya tahu ada orang cakap saya tamak, nak jadi artis, nak belajar. Saya kena jelaskan yang saya sekadar berkongsi bakat dalam dunia seni sementara impian realiti nak jadi pensyarah," tutup Ainan penuh pengertian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.