saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/10/2012

Kemenangan syamsul membakar semangat

SEBAGAI seorang adik, saya berasa bangga dengan kejayaan abang saya Syamsul Yusof. Lebih-lebih lagi di "Anugerah Blokbuster" baru-baru ini apabila abang merangkul 5 anugerah sekaligus. Dulu sewaktu kemenangan beliau di festival filem sebagai pengarah terbaik, ramai yang pertikaikan para juri memandangkan usianya yang terlalu muda ketika itu. Tetapi kali ini saya rasa tidak perlulah lagi sesiapa nak pertikaikan kerana anugerah ini ditentukan oleh undian orang ramai yang telah terbukti tiada kepentingan.

Untuk pengetahuan semua, abang saya bukan sahaja seorang pengarah, beliau juga seorang penulis skrip dan penyunting. Walaupun dalam bidang yang sama, ketiga-tiga pekerjaan ini sangat berbeza prosesnya. Sebagai seorang penulis, beliau perlu memastikan jalan cerita yang menarik untuk difilemkan. Proses ini mengambil masa yang agak lama kerana ia memerlukan kajian serta inpirasi yang asli. Untuk mengarah pula, beliau perlu berada di lokasi setiap masa dan memastikan semua berjalan dengan lancar serta memastikan visual dan lakonan artis yang sempurna. Proses pengarahan sangat memenatkan tubuh dan minda seseorang. Apatah lagi, beliau mengambil masa pengambaran yang panjang. Proses penyuntingan pula harus melalui potongan tertib yang dilakukan di studio suntingan. Mungkin tidak memenatkan badan, tetapi proses ini sangat rumit yang mendatangkan stress. Harus diakui kekuatan sesebuah filem bergantung kepada kebijaksanaan penyunting selain kekuatan skrip,arahan dan lakonan yang menjadi nadi kepada sesebuah filem.

Ketiga-tiga pekerjaan ini dilakukan sendiri oleh abang saya dan beliau telah melakukannya dengan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan yang terbaik. Bikin filem bukanlah pekerjaan yang mudah. Ia bukan untuk suka-suka, membikin filem adalah suatu tanggungjawab yang berat. Hanya yang mencintai dan sanggup memberikan jiwa dan raga diri kepada filem sahaja yang mampu bertahan.

Semasa saya menghasilkan filem SAM, saya juga melakukan pelbagai kerja seorang diri seperti menulis skrip, mengarah,menyunting,skor musik, dan kesan khas visual. Ramai yang bertanyakan "kenapa perlu melakukan pelbagai kerja sekaligus dan memenatkan diri, padahal kebanyakan pengarah diluar hanya melakukan satu kerja sahaja?" Jawapan saya mudah, saya melakukan semua ini kerana itulah yang diajar sejak kecil lagi oleh papa dan abang saya. Biarlah jalannya susah dan berliku asalkan kita dapat menguasai pelbagi aspek dan ilmu dalam pembikinan filem untuk menghasilkan yang terbaik.

Kejayaan Syamsul telah membakar semangat dan memberikan motivasi bagi saya untuk lebih bersungguh-sungguh dalam berkarya. Abang saya memulakan karier sebagai pengarah pada usia 19 tahun(mengarah drama) dan mengarahkan filem pertamanya, Evolusi KL Drift pada usia 23 tahun. Pelbagai anugerah telah dimenanginya dalam usia muda. Mampukah saya mencapai kejayaan sepertinya? Jumpa lagi di artikel akan datang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.