saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/10/2012

Livescape akui bukan mudah

soulfly

PENGANJURAN Festival Rock Terbesar, Rockaway, bukan satu perkara baru di Malaysia. Bukan cuma berdiri sebagai sebuah acara yang mengumpulkan kumpulan pemuzik hebat, Rockaway malah tidak keterlaluan untuk dianggap seperti satu fenomena di negara ini.

Kekuatannya dalam menarik penyokong-penyokong muzik terutama dalam genre rock cukup nyata, apalagi tahun ini merupakan tahun ketiga Rockaway diadakan.

Bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor pada 20 Oktober ini, Rockaway seperti dua tahun lepas, mensasarkan sokongan yang padu daripada mereka yang bergelar pencinta muzik rock!

Dibawakan oleh Livescape Asia, Rockaway 2012 dijanjikan bakal memberi kepuasan sehingga ke tahap infiniti buat semua peminat.

Menurut Pengarah Livescape Asia, Iqbal Ameer, berdasarkan sambutan hebat yang diterima menerusi penganjuran Rockaway Fest dua tahun lepas, mereka menaruh keyakinan festival yang sama juga mampu mencipta kelainan kali ini.

Bakal menampilkan kira-kira 27 buah band, kata Iqbal, kesemua penyertaan band dibuat berdasarkan pemilihan peminat-peminat Rockaway sendiri.

"Hasil penelitian dan respons yang kami dapat, kami kumpul dan ambil inisiatif untuk berikan apa yang peminat mahukan.

"Secara dasarnya, penampilan kesemua band yang terlibat adalah mengikut kehendak dan selera komuniti dan penyokong Rockaway itu sendiri, " katanya.

Antara band yang bakal menyajikan persembahan mantap sempena festival itu nanti ialah Koffin Kanser, Love Me Butch, Hujan, Bunkface, Massacre Conspiracy, The Padangs, Go Gerila, Pee Wee Gaskins, Plainsunset dan ramai lagi.

Untuk kategori band antarabangsa, Livescape Asia membawa band-band terkemuka seperti MXPX All Stars, Unearth dan Set Your Goals.

Mahu memberikan lebih kepuasan buat peminat, penganjur juga turut membawa band legenda dengan muzik heavy metal, Soulfly yang dianggotai oleh Max Cavalera, Marc Rizzo, Tony Campos dan David Kinkade ke Malaysia.

Ketika ditanya, penganjur mengakui bukan mudah untuk membawa masuk band-band luar terutama Soulfly untuk menjayakan festival ini.

"Kesulitan memang ada. Malah kami sendiri terpaksa terbang ke London untuk bertemu secara peribadi dengan mereka dan menerangkan mengenai projek ini.

"Satu masalahnya kerana mereka tak begitu mengenali Malaysia berbanding Singapura dan negara Asia lain.

"Tapi itu bukan halangan apa yang penting, minat mereka untuk buat persembahan di sini sempena Rockaway," katanya.

Menurut Iqbal, kos penganjuran kali ketiga yang agak mahal memaksa Livescape Asia menaikkan harga tiket kepada RM138 seorang.

Ketika mengulas pertanyaan mengenai layanan berbeza terhadap band tempatan dan antarabangsa, beliau yakin perkara itu tidak akan berlaku.

"Mungkin penganjur lain pernah berbuat demikian sehingga artis atau band tempatan tak berpuas hati.

"Jangan risau, kami akan memastikan perkara ini tidak berlaku. Kalau boleh, kami mahu lihat band-band ini bersatu dan menjadikan Rockaway 2012 sebuah festival muzik yang boleh dibanggakan," katanya.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai tiket, layari laman web www.livescapeasia.com atau airasiaredtix.com.

Pembelian tiket juga boleh dilakukan di lokasi terpilih seperti Mukha Café, Mollydookers Coffee Bar, Dolls Store termasuk di semua kedai gitar di sekitar Lembah Klang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.