saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/11/2012

Emma mula rasa perit

EMMA dan Fazreen Rafi bergandingan dalam drama cinta itu milikku.

KEJELITAAN wajah kacukan yang dimiliki gadis ini nyata telah membuka laluan untuknya berada dalam dunia lakonan.

Mula dikenali melalui drama bersiri Kau Yang Terindah, Emma Maembong, 20, memberitahu setelah lima bulan berada dalam industri ini, dia kini kian merasai keperitan.

Menerima kritikan pedas melalui lakonannya sebelum ini, Emma berjanji akan terus memperbaiki teknik lakonannya.

"Saya tahu ada yang kurang berpuas hati dengan lakonan saya tapi perlu diingatkan di sini, yang saya masih lagi baru.

"Saya bukan hadir dengan ilmu lakonan dan saya hanya belajar sewaktu mula berlakon. Jadi saya harap peminat di luar sana akan terus memberi peluang kepada saya," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri terbaru lakonannya yang berjudul Cinta Itu Milikku.

Belum sempat membuktikan kemampuan dalam bidang lakonan yang diminati, malang sekali dunia hiburan dikejutkan pula dengan gambar-gambar kontroversi milik pelakon cantik ini sedang beraksi asmara dengan seorang lelaki.

Jujur mengatakan itu kesilapan lampau dengan teman lelakinya, Emma berharap ia tidak terus dibangkitkan.

"Saya akui itu gambar saya tetapi waktu itu saya masih muda dan perilaku itu sudah lama ditinggalkan. Saya terjun ke dalam dunia lakonan secara tiba-tiba. Jadi saya tidak pernah fikir perbuatan itu akan memberi impak kepada dunia seni saya pada hari ini," katanya.

Anak ayah

Di sebalik raut wajah yang manis penuh kelembutan, Emma juga sebenarnya mendapat kasih sayang tidak berbelah bahagi daripada ayahnya, yang juga pelukis terkenal negara Ismail Embong.

Apalagi menurut Emma, selepas kedua orang tuanya bercerai, dia merupakan satu-satunya anak yang memilih untuk tinggal bersama ayahnya.

"Saya memiliki 11 orang adik beradik dan saya anak ke sembilan. Saya sebenarnya lebih rapat dengan ayah kerana saya satu-satunya anak yang memilih untuk tinggal bersamanya.

"Boleh dikatakan ayah merupakan insan paling penting dalam hidup saya. Dibesarkan oleh seorang ayah, banyak mempengaruhi kehidupan saya pada hari ini. Ini termasuklah cita rasa saya dalam berfesyen yang tidak seperti gadis lain yang lebih ke arah kewanitaan," katanya tersenyum manja.

Walaupun dibesarkan dengan seorang lelaki, Emma mengakui amat bersyukur kerana ayahnya seorang yang memahami.

Sudahpun memiliki teman lelaki Emma memberitahu, hubungannya itu juga direstui ayahnya.

"Ya, saya sudah mempunyai teman lelaki. Ayah saya seorang yang memahami. Bagaimanapun dia tidak mahu terlalu mencampuri urusan sebegini. Tetapi saya yakin dia merestui hubungan saya," katanya.

Tidak cukup dengan bakat lakonan, antara bidang seni lain yang ingin kuasai Emma adalah lukisan.

Memiliki bakat daripada ayahnya, Emma memberitahu, bidang seni lukisan akan terus menjadi sebahagian daripada kehidupannya.

"Saya memang suka melukis sejak dari kecil. Saya selalu melukis bersama-sama ayah. Walaupun sudah berlakon, saya masih juga melukis. Cuma sekarang waktu untuk melukis sangat terhad," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.