saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/11/2012

Tak suka jaja kisah peribadi - Nadia Aqilah

Foto FATAH SULAIMAN
Solekan Alha Alfa (012-2758475)
Pakaian Din Anuar (017-5911745)

WALAUPUN sudah hampir 14 tahun berkecimpung dalam dunia seni, namun gerak-geri pelakon ini jarang sekali kita lihat dan dengar sepanjang tempoh penglibatannya itu.

Gadis yang lebih mesra di sapa Nadia ini sebenarnya pernah menubuhkan kumpulan Luscious bersama Eenaz dan Ruzana untuk mencuba nasib dalam rancangan realiti televisyen Gangstarz pada 2007 lalu.

Tidak tahu dimana silapnya, nama Nadia sedikit tenggelam dalam pentas nyanyian sehinggalah dalam lima tahun kebelakangan ini namanya pula disebut-sebut dalam dunia lakonan.

Memegang watak utama dalam filem Zaiton Ceritaku, ternyata bakat seni yang sedia ada dalam dirinya dilontarkan sebaik mungkin bagi menjayakan watak Zaiton Sameon yang cukup terkenal pada eranya sebelum ini.

Ternyata, apa yang ditunjukkan oleh pelakon yang kini menginjak usia 27 tahun ini telah terbukti bahawa bakat lakonan lebih bererti daripada hanya memiliki wajah yang cantik.

"Bukan senang untuk berlakon dan menyanyi dalam satu masa yang sama, bagi saya pengalaman serta bakat yang ada dalam diri kita sendiri perlulah diolah sebaik mungkin.

"Sebelum ini ramai yang menuduh saya menyorok dari media, sehinggakan saya sendiri tidak mendapat publisiti yang meluas. Sebenarnya saya mempunyai alasan saya tersendiri.

"Saya berpegang pada prinsip hidup saya di mana saya tidak suka untuk memperbesarkan perkara yang tidak sepatutnya terutamanya hal-hal peribadi.

"Bagi saya kita perlu lakukan apa yang lebih penting dahulu dalam hidup kita, selesaikan dahulu apa yang penting terutamanya tugas kita sebagai orang seni," jelasnya.

Sebelum ini Nadia pernah menghasilkan sebuah album solo yang mengandungi tujuh buah lagu berbahasa Inggeris dan tiga lagu Melayu berjudul DIVA. Bagaimanapun album itu dianggap gagal setelah dua tahun berada di pasaran.

"Album itu tidak berjaya kerana silap percaturan dan perancangan. Tetapi saya menerimanya secara positif untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

"Namun buat masa ini masih belum ada hitam putih untuk menghasilkan album seterusnya. Sekadar ada perancangan sahaja, saya harap ianya akan menjadi kenyataan suatu hari nanti" ujar Nadia.

Hormat ZaitonMenurut Nadia, selepas disahkan memegang watak Zaiton Sameon, dia terus meminta untuk berjumpa dengan penyanyi yang cukup popular dengan lagu Menaruh Harapan itu untuk mengetahui dengan lebih dekat apa yang sebenarnya berlaku kepadanya.

"Apabila jumpa Zaiton, saya cukup hormat dengannya, dia masih gagah berdiri dan tetap menyanyi walaupun di kenduri kahwin. Saya tidak tahu dari mana dia dapat semangat itu," katanya.

Jelas Nadia, dia membuat pertemuan sebanyak tiga kali dengan Zaiton bagi menyelami dan mengenali dalaman hati dan nurani wanita cekal itu.

Dia juga menjelaskan, apabila menonton filem tersebut, orang ramai akan tahu bahawa Zaiton sebenarnya bukan seorang yang sakit jiwa.

"Saya cukup menghormatinya, dia adalah diva sebenar. Zaiton mempunyai suara yang sangat unik dan sungguh merdu, jika ada kesempatan saya mahu belajar dengan figura ini.

"Bila lihat mata dia, saya tahu dirinya sakit, filem itu akan beri penjelasan bahawa dia banyak kehilangan terutama anaknya Irwan, ketika bersembang dengan Zaiton dia banyak sebut nama arwah anaknya itu," jelas Nadia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.